Earth Academy

572 38 8
                                    

Bunyi burung berkicauan di luar tingkap + gegaran tanah di luar dorm membuatkan Rosella terkejut besar dan terus bangun dari tidurnya. Dia memandang sekeliling dan hanya seorang sahaja yang ada.

Seorang perempuan berambut ungu yang sedang membaca buku terus memandang Rosella yang masih mamai. Dia tersenyum dan duduk di tepi Rosella.

"Jenny, kenapa bising sangat dekat luar? Ada gempa bumi ke?"

Soalan dari Rosella membuatkan perempuan tersebut ataupun dipanggil Jenny, terus ketawa kecil. Jenny menggeleng dan menariknya untuk ke tingkap. Jenny terus membuka langsir dengan teruja.

"Tengok la. Awak pasti kagum dengan mereka." Ujar Jenny dengan senyuman.

Rosella terus memandang ke bawah dan terus berbinar matanya. Apa yang dia tengok? Jawapannya adalah bentuk tanah. Ada pelbagai bentuk tanah yang dilakukan oleh beberapa pelajar.

Dan pelajar itu terdiri daripada pelbagai warna tali yang ada di kepala mereka.

"Apa yang mereka lakukan?" Soal Rosella dengan teruja dan terus mendekatkan diri ke tingkap lagi. Kalaulah tingkap itu boleh dibuka, kepalanya mungkin akan terkeluar.

"Mereka sedang berlatih seni rekaan tanah. Tak lama lagi akan diadakan satu pertandingan kecil. Siapa yang paling cantik rekaannya, dialah yang menang." Ujar Jenny dengan masih tersenyum manis.

"Saya tak sangka ada juga pertandingan macam tu." Gumam Rosella dengan kecil tetapi tetap didengari oleh Jenny.

Dahi Jenny berkerut seribu.

"Memangnya di Fire Academy tidak buat pertandingan begini?" Soal Jenny dengan pelik.

"Tidak. Hanya pertandingan berlawan dengan kumpulan lain. Kalau ada pertandingan kecil, ia tetap sahaja berlawan. Hanya berlawan." Jawab Rosella dengan serius.

Jenny mengangguk faham.

"Kalau di sini, setiap akhir tahun barulah akan diadakan pertandingan berlawan sesama sendiri."

"Sesama sendiri?"

"Ya. Kami tiada kumpulan. Menjadi punguasa element tanah, kami akan berlawan secara berindividu. Itulah yang menentukan siapa yang kuat dan siapa yang lemah."

Mulut Rosella mula berbentuk 'O' apabila mendengar penjelasan dari Jenny. Rosella mula memandang seketika pelajar2 yang berlatih di bawah dan memandang Jenny semula.

"Saya perasan yang setiap warna tali di kepala mereka lain. Ia lambang kekuatan ataupun apa?" Soal Rosella sekadar ingin tahu.

Jenny mula mendekatkan dirinya ke arah tingkap tersebut dan menunjukkan setiap warna yang dipakai oleh yang lain.

"Kalau awak perasan, yang warna hitam adalah yang terkuat. Tetapi di akademi ini, hanya sepuluh sahaja pelajar yang terkuat daripada yang lain. Manakala yang memakai tali merah adalah yang kedua terkuat. Kalau tidak silap saya, hanya ada dua puluh orang sahaja. Dan untuk yang tali hijau, mereka di peringkat yang lemah. Bukannya terlalu lemah, tapi hanya tidak sekuat tali merah dan hitam."

Rosella mengangguk faham.

"Ada satu lagi. Warna kuning dan warna putih. Tali kuning untuk yang masih dalam training untuk mendapatkan level. Manakala warna putih adalah untuk pelajar baru yang masih belum ada pengetahuan lagi."

"Woah. Sangat rapi di sini. Kalau di akademi saya, kami bermain rangking. Siapa yang di atas dialah yang terkuat. Tapi untuk pelajar baru, mereka sangat susah untuk mengenali siapa yang paling kuat kerana kami tidak memakai tali berwarna macam akademi ini. Mereka akan tahu semasa dalam perlawanan sahaja."

Fire's Academy: The Last Ice ElementWhere stories live. Discover now