Meminta Izin

714 35 13
                                    

"Macam mana kita nak masuk ke Kerajaan Earth kalau tiada sebarang pas? Kita akan ditangkap jika tiada bukti kemasukan nantinya."

Kata2 dari Rosella membuatkan Shino memandannya. Sekarang mereka sedang berada di balkoni. Mereka sedang berbincang untuk ke Kerajaan Earth.

Shino terus bersandar di kerusinya sebelum menjawab soalan dari Rosella.

"Abang akan tanyakan kepada pengetua kita. Abang yakin dia mampu menolong kita nanti." Jawab Shino dengan yakin.

Rosella mengangguk faham.

"Tapi macam mana kalau pengetua tak bagi kita pergi?"

"Fikirlah positif. Abang yakin pengetua akan beri kebenaran. Percayalah ya."

"..."

Shino memandang Rosella yang hanya mendiamkan diri. Shino memandang pelik ke arah Rosella yang sedang bersandar pada badannya.

"Abang." Panggil Rosella dengan perlahan.

"Ya?"

"Er..tak ada apa2 la."

Jawapan dari Rosella membuatkan Shino semakin pelik. Shino terus memeluk bahu Rosella dengan erat.

"Kalau adik nak bertanya pasal Kaito, abang sudah fikirkannya--"

Rosella memandang Shino dengan penuh harapan. Dia betul2 berharap Shino memberi kebenaran kepadanya untuk berkawan dengan Kaito.

"--abang izinkan kamu dekat dengan Kaito. Tapi kalau Kaito ada buat kamu menangis, jangan salahkan abang jika abang bertindak lebih keras selepas ini."

Apabila Shino berkata seperti itu, Rosella terus tersenyum dan memeluk Shino. Dia betul2 gembira kerana Shino tidak memarahinya lagi untuk dekat dengan Kaito.

"Terima kasih abang!"

"Hmm."

Rosella tetap gembira walaupun dia tahu sekarang Shino memang tidak merelakannya dengan Kaito lagi. Ingat senang ke nak pujuk Shino?

Memang tak la.

Shino bercakap seperti itu kerana Bella yang memujuknya. Kalau tak, memang sampai sekarang dia tetap dengan pendiriannya walaupun dia tahu bahawa Kaito tidak akan membuat Rosella menangis.

---

Seminggu berlalu dengan pantas, Rosella dan Shino sudah sampai di rumahnya yang berdekatan dengan akademi.

Kalau readers tertanya tanya apa yang mereka lakukan selama seminggu ini, sudah pasti mereka membaca kedua buku tersebut dan sudah khatamkannya. Mereka tidak mahu tertinggal satu pun info yang penting.

Mereka akan memasuki kelas satu jam lagi. Jadi, mereka masih ada masa untuk berehat selama setengah jam sebelum pergi.

"Adik akan belajar apa hari ni?" Soal Shino sekadar ingin tahu.

Rosella memandang kertas di tangannya yang merupakan jadual kelasnya untuk bulan ini.

"Adik akan belajar Portal untuk kelas pagi ini dan To The Things untuk kelas petang. Apa benda To The Things ni?" Soalnya dengan pelik.

"Oh. To The Things adalah subject di mana adik kena nyalakan api pada objek yang professor akan berikan." Jawabnya dengan tenang.

"Abang pernah buat?"

"Sudah tentu. Abang pernah nyalakan api pada satu card. Ambil masa juga untuk betul2 nyalakan pada card itu. Adik kena hati2, jangan tersilap buat. Padah nantinya. Subject ni antara subject yang paling susah." Tegasnya dan diangguk oleh Rosella.

Fire's Academy: The Last Ice ElementWhere stories live. Discover now