"Awak sudah siap semua benda ke?" Soal Jenny sambil meneliti semua barang milik Rosella.
Rosella tersenyum dan mengangguk. Dia sudah yakin tiada apa yang tertinggal.
"Fikirlah lagi. Awak betul2 nak pergi ke kerajaan lain ke selepas berjumpa dengan Raja? Tak boleh ke tinggal di sini sekejap?" Soal Jenny dengan penuh berharap.
Dia bukan apa. Dia mahu Rosella tinggal di sini kerana mahu berkenalan rapat dengan Shino. Aura ketegasan Shino berjaya membuatkan Jenny tertarik kepadanya.
Rosella? Rosella sudah pasti tahu pandangan Jenny terhadap abangnya. Lupa ke? Rosella kan perempuan juga. Dia sangat mengetahui cara pandangan seseorang.
"Maafkan saya. Tapi abang saya beritahu, kami harus dapatkan info secepatnya. Jika tidak, kami dalam masalah."
Baru Jenny ingin berkata lagi, bunyi ketukan pintu menghalangnya untuk bercakap.
Tok..tok..tok..
"Adik? Dah siap ke? Kita nak bergerak dah ni. Nanti takut terlewat sampai pula."
Suara Shino di luar pintu langsung membuatkan Jenny dan Rosella terbangun dari tempatnya. Jenny membukakan pintu untuk Shino sambil2 Rosella mengangkat barangnya.
"Senior sihat ke?" Soal Jenny sekadar berbasa basi.
Shino hanya mengangguk manakala Jenny menunduk sedih kerana Shino tidak melayannya.
'Adakah senior sudah ada kekasih?' Soal hati Jenny dengan gelisah.
"Abang..Adik sudah siap." Ujar Rosella dengan lembut.
Shino terus mengangkat barangan milik Rosella dan meninggalkan Jenny di belakang. Dia perlu bergegas pergi meninggalkan tempat ini kerana segelintir pelajar perempuan menelitinya seperti dia sedang telanjang.
Dia benci pandangan itu.
Ya. Kecuali Jenny tentu saja. Tetapi tetap dia tetap berterima kasih kepada Jenny kerana menolong mereka memudahkan perjalanan pencarian buku tersebut.
Jenny memandang sedih ke arah Shino yang telah masuk ke dalam kereta menunggu Rosella. Rosella yang perasan perubahan Jenny terus menegurnya.
"Maafkan abang saya ya. Dia memang macam tu. Memang sifat aslinya dingin. Saya pergi dulu ya. Kalau ada rezeki, kita berjumpa lagi." Ujar Rosella sambil melambai Jenny.
Jenny tersenyum mesra dan mengangguk. Dia turut melambai Rosella dari jauh. Selepas ketiadaan kereta mereka, Jenny terus menepuk dahinya.
"Aduh! Macam mana aku boleh terlupa pagi ni aku ada pertandingan! Mati la." Gumamnya sambil bersiap dengan cepat.
Mari kita tinggalkan Jenny yang sedang kalut tersebut.
---
Rosella meneliti setiap kawasan istana apabila sudah sampai di pendalaman menuju ke istana diraja. Dia boleh nampak istana yang megah berwarna coklat di hujung jalan.
Rosella memandang Shino yang nampak serius. Dia mengeluh dan memengang tangan kirinya. Shink yang perasan kelakuan adiknya terus menegur.
"Kenapa? Ada yang mengganggu fikiran adik ke?" Soal Shino dengan pelik.
Rosella terdiam seketika dan mengeluh berat.
"Adik hanya takut. Macam mana kalau kita tidak dapat mencari semua bukti yang ada? Apa jadi pada adik nanti? Pasti adik akan dibunuh oleh Ra--"
"Jangan cakap yang bukan2, Rosella!!"
Kemarahan dari Shino terus membuatkan Rosella diam membisu. Shino berhenti di penjuru jalan apabila sudah memasuki kediaman istana.
YOU ARE READING
Fire's Academy: The Last Ice Element
FantasiaMengisahkan tentang seorang gadis yang memakai sarung tangan pada tangan kirinya. ATTENTION!!!! DONT COPY MY STORY WITHOUT PERMISSION! (*Buku ini ditulis oleh saya sendiri, tiada sebarang peniruan di sini. Harap maklum*) Top Ranking: ✔1 in Air ✔2 in...