Pelajar Baru

990 55 2
                                    

Readers pasti pelik kan? pelik sebab nama tertukar..kadang2 sis letak Myako, kdg2 name Rosella. Sebenarnya semuanya sama. Sebab nama heroin adalah Myako Rosella, jadi jgn tertukar tau.. kalau Abangnya pula. Nama sebenarnya ialah Shino Itsuko. Jadi kejap ada nama Shino, kjp nama Itsuko, jadi jgn risau sebab semuanya sama shj. Sekian.

---

"Rosella?"

Rosella mula tersedar apabila Kaito memanggil dirinya. Rosella memandang Kaito yang masih menanti jawapannya.

Jantungnya berdegup kencang, readers jangan salah faham dahulu. Dia bukannya jatuh cinta ataupun apa sekarang, cuma dia tengah takut dan resah.

'Sudah saatnya ke untuk aku beritahu dia? Tapi, aku bukannya rapat dengan dia. Abang pun nasihatkan supaya jangan beritahu yang lain. Apa yang patut aku lakukan?'

Rosella menghela nafasnya dengan lelah. Rasanya sudah saatnya dia beritahu kepada Kaito. Dan dia harap Kaito berjanji padanya agar merahsiakan hal ini kepada yang lain.

"Se-sebenarnya saya--"

Bukkk!!

Rosella dan Kaito memandang gerangan yang terjatuh di hadapan mereka. Tanpa membuang masa, Myako terus menolong seorang perempuan yang terjatuh itu.

"Awak okay ke? Macam mana boleh terjatuh?" Soal Myako dengan lembut.

Perempuan itu memandang Myako dan menggeleng kepalanya tanda 'tidak tahu'.

"Tali kasut kau tak ikat tu."

Perempuan itu memandang Kaito sekilas dan memandang tali kasutnya. Dia menepuk dahinya kerana terlalu cuai.

"Ma-maaf. Saya betul2 tidak sedar tadi. Saya hanya fikir nak cepat sampai terlupa nak ikat tali kasut." Ujarnya sambil mengikat tali kasutnya.

"Awak budak baru ke?" Soal Myako sambil menolong perempuan itu bangun.

Perempuan itu mengibas sedikit bajunya lantas mengangguk.

"Ya. Saya budak baru di sini sebab itulah saya nak cepat. Saya takut saya terlambat." Jawabnya tetapi matanya masih memandang Kaito.

Sampai menyampah Kaito dibuatnya. Dia betul2 tidak suka dengan perempuan yang memandang ke arahnya dengan pandangan seperti itu.

Myako yang perasan perubahan perempuan tersebut terus merasa terganggu. Yelakan, dia sebagai perempuan sangat yakin bahawa perempuan baru itu sudah sukakan Kaito.

Well, siapa tak sukakan Kaito. Kaito sangat popular di kalangan pelajar perempuan selepas abangnya.

"Kalau tak ada apa2, kami pergi dulu. Jom Myako." Ajak Kaito lantas memengang tangan Myako untuk pergi tetapi terbantut apabila perempuan itu menghalangnya.

"Tsk! Kau nak apa perempuan?" Soal Kaito dengan geram sambil menghempas tangannya. Dia tidak suka perempuan luar menyentuhnya.

Kecuali...

ROSELLA.

Perempuan tersebut tahu bahawa Kaito tidak suka padanya tetapi dibuang perasaan tersebut. Dia tersenyum kepada Kaito. Sejujurnya, dia langsung tidak memandang ke arah Myako.

Dia sedikit cemburu dengan wajah cantik Myako. Dan cemburu apabila Kaito menyentuh Myako.

"Boleh tolong saya tunjuk jalan ke pejabat? Saya sudah terlewat sekarang." Ujarnya dengan senyuman manis.

Kaito menaikkan keningnya apabila mendengar soalan dari perempuan tersebut.

'Dia ni buta ke apa, papan tanda ada untuk menuju ke pejabat. Menyusahkan jela.' Bisik hati Kaito dengan geram.

Fire's Academy: The Last Ice ElementWhere stories live. Discover now