Kebenaran

1.1K 66 12
                                    

Kaito berhenti berjalan apabila seseorang memanggil namanya. Kaito memandang ke belakang dan terkejut apabila gerangan yang memanggil dirinya memeluk erat tubuhnya.

"Bella?"

Ya, ianya Bella. Bella tersenyum manis.

"Kaito! Aku dah pulang, kau tak rindu aku ke? Aku rela tinggalkan kerja semata-mata cari kau." Ujar Bella dengan memuncungkan mulutnya.

Kaito memutar matanya dengan malas.

"Aku yakin kau pasti jumpa lelaki tu dulu. Kenapa kau bercinta dengan dia? Orang lain ada kan? Bukannya kacak sangat dia tu." Ujar Kaito dengan dengusan.

Bella ketawa kecil dan tersenyum nakal kepada Kaito yang masih masam.

"Kenapa kau cakap macam tu? Cemburu?"

"Mana ada."

"Kalau cemburu, jangan dipendam la. Nanti bahaya untuk kesihatan. Itu la kau, aku dah cakap kan, cari la pasangan hidup seorang. Bukannya rugi pun." Tegasnya.

Kaito hanya berdiam diri seketika. Setelah itu dia mula membuka mulutnya.

"Dengar Bella, aku bukannya cemburu ke apa ke, tetapi aku tak suka kau dengan lelaki tu sebab dia musuh aku. Walaupun aku ni partner dia, tapi tetap saja--"

"Please Kaito..terima la hubungan kami dan cubalah berbaik." Rayu Bella.

Kaito mendengus geram dan ingin berlalu dari situ, tetapi Bella menahannya dari pergi.

"Please~~"

Rayu Bella sambil membuat muka comel. Kaito yang melihat wajah kecomelan dari Bella hanya mengeluh dan memeluk erat tubuh Bella.

"Baiklah. Aku akan cuba terima hubungan kau tu, tapi aku tak janji untuk berbaik dengan dia."

Bisikan dari Kaito membuatkan Bella mencium pipi Kaito kerana dia sangat gembira.

"Terima kasih Kaito. Kau memang abang yang paling terbaik." Ujarnya dengan senyuman manis.

Kaito mengangguk dan terus berlalu pergi.

'Nasib baik kau adik aku, kalau tak..memang aku takkan dengar cakap kau.' Bisik hati Kaito.

Bella masih lagi tersenyum gembira, senyumannya terhenti apabila Myako memanggilnya.

"Senior Bella."

Bella memandang ke belakang dan terkejut melihat Rosella yang sedang memandangnya dengan pandangan yang sulit diertikan.

"Rosella? Buat apa dekat sini? Bukankah kamu sepatutnya dengan Shino?"

Myako terdiam membisu. Dia tidak mahu mendengar soalan dari Bella, jadi dia pula yang bertanyakan soalan.

"Sepatutnya Rosella yang tanya, kenapa Senior Bella boleh dekat dengan Senior Kaito?"

---

Suzya memandang sinis ke arah Riena yang sedang menolong junior dalam latihan di dalam dewan.

"Dasar perempuan, berlagak baik dengan orang, kenyataannya sangat murahan." Gumamnya dan dapat didengari oleh Black yang ada di tepi Suzya.

Black yang mendengar kata2 dari Suzya hanya mengempal tangannya dengan erat. Dia betuk2 tidak suka dengan penghinaan dan tuduhan Suzya terhadap kekasihnya.

"Suzya, kau tak baik cakap macam tu tanpa bukti yang jelas. Aku tak suka la." Marah Black dengan tegas.

Suzya memandang Black dengan geram. Dia tidak suka jika Black membela Riena yang sejak masuk sekolah adalah musuhnya dan Naoka.

Fire's Academy: The Last Ice ElementWhere stories live. Discover now