외상 12

161 43 17
                                    

"Sila perkenalkan diri kamu."

Ujar Cikgu Kim pada Yeosang. Dia mengambil nafas dalam-dalam sebelum mula berbicara. Jantungnya sudah berdegup kencang akibat terlalu gugup.

"Se-selamat berkenalan. Ka-kang Yeosang imnida..."

Ucapnya dengan penuh gugup. Dia cuba untuk menenangkan dirinya tetapi pandangan setiap rakan sekelas barunya itu punca menyebabkan dia menjadi gementar.

Matanya terus mencari kelibat Yunho dalam kelas. Ya, Yunho duduk di belakang sekali. Dari situ dia sudah nampak bahawa Yunho sangat terkejut dengan kehadiran dia di sekolah secara tiba-tiba.

"Kamu boleh duduk di tepi sana, Yeosang. Sekiranya ada masalah kamu boleh minta tolong dengan ketua kelas." Terang Cikgu Kim lebar.

Yeosang sekadar mengangguk kecil. Dia pun berjalan menuju ke tempatnya untuk duduk. Ketika dia mahu melabuhkan punggungnya, dia perasan bahawa Yunho sedang melambai-lambai kecil kearahnya.

Dia membalas dengan lambaian kecil. Satu senyuman nipis terukir di bibirnya. Lalu kelas mereka berlangsung seperti biasa.

•••••••••••

Tiba sahaja waktu rehat, Yunho terus berjalan menghampiri Yeosang yang masih lagi belum berganjak dari tempatnya.

"Yeosang, kenapa kau tak bagitahu aku yang kau akan sekolah sini?" soal Yunho ingin tahu. Lalu dia mengambil kerusi yang berdekatan dengannya untuk duduk di sebelah Yeosang.

"Saja nak buat suprise. Aku bukannya nak sangat pergi sekolah pun. Tapi disebabkan kau, omma aku dan cikgu peribadi aku cakap sekolah best, aku pergi jer lah." Balas Yeosang lebar. Yunho yang mendengar itu mula berasa sedikit serba salah.

Dia memalingkan kepala melihat keadaan di sekelilingnya. Syukurlah Yeonjun dan yang lain tiada dalam kelas. Dia tidak mahu Yeosang tahu bahawa dia merupakan mangsa buli seterusnya dalam kelas ini.

Kemudian, Mingi tiba di kelas dengan membawa beberapa buku bersama. Pada masa yang sama juga satu idea mula muncul dalam mindanya. Terus Yunho memanggil Mingi kemari.

"Mingi! Sini kejap."

Dia yang perasan akan namanya dipanggil oleh Yunho itu terus berjalan menghampirinya.

"Ada apa?"

"Boleh tak kalau kau bawa Yeosang jalan-jalan kejap? Aku ada hal sikit sebenarnya," pinta Yunho membuatkan Yeosang berasa sedikit pelik.

"Kau ada hal apa?" soal Yeosang ingin tahu.

"Ada lah. Kau jalan-jalan kat kawasan sekolah dengan Mingi dulu. Lepas ni aku jumpa dengan korang."

Tambah Yunho lagi sebelum berjalan keluar dari kelas. Kini yang tinggal hanyalah Yeosang dan Mingi. Suasana diantara mereka berdua mula kekok sedikit.

"Erm... Jadi nak buat apa sekarang?" tanya Mingi pada Yeosang teragak-agak. Dia membalas dengan angkat bahu tanda tidak tahu.

"Oh, aku Song Mingi. Kawan rapat Yunho dalam kelas."

Mingi memperkenalkan dirinya kepada Yeosang. Lalu dia menghulurkan tangan untuk berjabat. Yeosang sekadar tersenyum sebelum balas jabatan Mingi itu.

"Kang Yeosang. Aku jiran dia."

"Jiran? Wow, jadi kau dengan Yunho dah lama kenal lah ni?"

"Lebih kurang dekat dengan sebulan jugalah..." balas Yeosang perlahan.

"Kelas ni memang untung. Dapat dua pelajar baru pada bulan yang sama. Dah lah kau dengan Yunho tu kacak!"

Puji Mingi lebih-lebih membuatkan Yeosang berasa segan. Telinga dia juga sudah mula merah akibat menahan malu.

"Mana ada..."

"Hei, jomlah aku bawa kau jalan-jalan kat sekolah ni. Lagipun aku tengah bosan sebenarnya," ajak Mingi riang. Yeosang hanya menuruti sahaja.

Lagipun Yunho tiada bersama dengannya. Takkanlah dia mahu berseorangan pula? Nanti tidak fasal-fasal dia jadi mangsa buli.

"Okey."

••••••••••••

Masa berlalu dengan begitu pantas. Tidak sedar pula bahawa sekarang sudah petang, waktu dimana semua pelajar akan pulang ke rumah mereka.

Setelah selesai mengemas barang, Yunho mula menyandangkan beg sekolah di atas bahunya lalu mendekati Yeosang yang masih lagi mengemas meja itu.

"Bye korang. Jumpa esok," ucap Mingi sebelum meninggalkan Yunho dan Yeosang di kelas.

Yunho membalas dengan lambaian tangan. Lalu dia mengalihkan kepala ke arah Yeosang.

"Kajja Yeo. Omma aku suruh kau balik dengan aku sekali," beritahu Yunho. Dia berasa teruja kerana ini merupakan kali pertama dia pulang ke rumah bersama Yeosang.

Seronok juga ada jiran sama sekolah dengan kita. Kalau ada masalah, jiranlah yang akan bantu kita dulu.

"Okey jom."

Ajak Yeosang setelah selesai mengemas barang. Tanpa membuang masa, mereka pun berjalan keluar dari kawasan sekolah bersama.

Kelihatan Puan Jeong sudah lama berada di luar pagar sekolah bersama suaminya. Dari jauh Puan Jeong sudah melambai-lambai tangan kearah Yunho dan Yeosang. Pantas mereka berdua berjalan menghampirinya lalu masuk ke dalam perut kereta.

"Macam mana sekolah hari ni, Yeosang?"

"Ini merupakan kali pertama kamu pergi sekolah kan lepas bertahun-tahun tak pergi?"

Tuan dan Puan Jeong mula berbicara dengan Yeosang. Walaupun mereka bukan satu keluarga, namun mereka menganggap Yeosang seperti kembar Yunho.

"Semuanya okey. Kalau Yunho tak ada mungkin sampai sekarang saya tak berani keluar dari rumah," balas Yeosang lebar. Dia juga menceritakan bagaimana hari pertamanya di sekolah pada Tuan dan Puan Jeong.

Yunho yang mendengar cerita Yeosang itu tersenyum kelat. Namun senyuman dia terus mati setelah dia teringatkan kejadian di sekolah beberapa jam lalu.

"Yeonjun..."

[C] Last Wishes ☾윤상☽Where stories live. Discover now