외상 21

149 41 19
                                    

Wooyoung melihat semula rakaman yang telah dirakamnya pagi tadi. Pergaduhan antara Yunho dan Yeosang tadi sungguh menarik perhatiannya.

Dia juga tidak lupa untuk melihat semula video rakaman lama. Video dimana Yunho jadi mangsa buli Yeonjun dan juga Yeosang menjadi mangsa baru mereka juga turut ada disitu.

Dia tidak membuli. Dia cuma merakam sahaja kawan-kawannya membuli Yunho dan Yeosang. Mungkin kerana dia tidak mahu terlibat sekali dalam kes buli Yeonjun.

"Woo, penat kitorang cari kau." Kepala Wooyoung terus menoleh kebelakang. Melihat San dan Yeonjun kini berjalan menghampirinya.

"Tak nak lepak kat bilik biasa ke?" soal San. Wooyoung membalas dengan gelengan kepala.

Anak mata Yeonjun melirik tengok video yang dimainkan oleh Wooyoung itu. Dia terus ambil telefon pintar Wooyoung dengan kasar lalu mencari rakaman yang menarik.

"Kau nak tengok apa?" soal Wooyoung hairan. Tetapi Yeonjun tidak menjawab.

Dia scroll sehinggalah dia terjumpa satu video yang menarik perhatiannya. Ya, tidak lain dan bukan, video pergaduhan antara Yunho dan Yeosang.

Dia mengajak San untuk lihat sekali video yang dirakam oleh Wooyoung itu bersama.

"Aku tak patut dengar cakap kau, penipu!"

"Kenapa dengan kau ni?"

"Aku menyesal sebab berkawan dengan kau!"

"Yah! Kang Yeosang!"

Satu senyuman sinis terukir di bibir Yeonjun setelah habis menonton video tadi. Wooyoung segera mengambil semula telefon pintarnya dari tangan Yeonjun.

"Huh! Dia tu memang lemah! Kawan baik sendiri pun pergi marahkan!"

"Aku masih tak faham. Kenapa Yunho nak sangat protect Yeosang sedangkan Yeosang selalu sakitkan hati dia?" soal San keliru. Yeonjun membalas dengan angkat bahu tanda tidak tahu.

"Kalau korang perasanlah, dalam video yang aku rakam ni Yeosang macam khianat kat Yunho..." ujar Wooyoung setelah lama mendiamkan diri.

"Khianat?"

Yeonjun mula terfikirkan sesuatu. Pengkhianatan merupakan sesuatu yang paling dibenci oleh semua orang. Entah mengapa selepas mendengar kata-kata Wooyoung tadi, Yeonjun mendapat satu idea yang gila.

"Aku ada cadangan bagus untuk diorang dua..."

••••••••••

Yunho berada di dalam kelas seorang diri. Walaupun sekarang adalah waktu rehat, dia terasa malas untuk keluar makan. Puas dia mencari Yeosang di sekolah tetapi dia langsung tidak jumpa.

Beg sekolah ada tetapi tuannya tak ada.

Yunho mengeluh. Adakah Yeosang sudah membencikannya? Dia cuma mahu tolong Yeosang sahaja. Tidak pernah sekalipun hatinya terniat untuk sakitkan Yeosang.

Tidak pernah langsung.

"Yunho, murung jer aku tengok kau."

Dia mengangkat kepala mencari kelibat suara yang menegurnya tadi. Rupanya Mingi...

Yunho tersenyum kelat. Lantas dia mengajak Mingi untuk duduk bersama dengannya.

"Kau ada nampak Yeosang tak, Mingi?" tanya Yunho. Namun Mingi membalas dengan gelengan kepala.

"Kau mesti tak okey sebab kes tadi kan?" teka Mingi. Yunho mengangguk kecil.

"Aku minta maaf sebab tak dapat tolong."

Ucap Mingi serba salah. Yunho yang mendengar itu tidak menunjukkan sebarang reaksi. Sudah agak itulah ayat yang keluar dari mulut Mingi.

"Tak apa. Aku tak kisah fasal tu cuma aku kisah fasal Yeosang jer."

"Aku bukan nak cakap apa, tapi kenapa kau nak sangat berkawan dengan Yeosang tu? Dia tadi pun marahkan kau masa kau nak tolong dia." Yunho sekilas menjeling kearah Mingi selepas berkata begitu.

"Aku berkawan dengan Yeosang bukan sebab apa-apa. Aku tak kisah kalau Yeosang tak suka kat aku sekalipun. Aku memang ikhlas berkawan dengan dia!"

Jawab Yunho membuatkan Mingi terkelu lidah. Dia tidak sedar pula bahawa kata-katanya tadi telah mengguris sedikit hati Yunho.

Tidak lama selepas itu, Yunho menerima mesej daripada seseorang. Nama Yeosang terpapar di skrin telefon pintarnya membuatkan dia rasa sedikit teruja.

K.Yeosang

Yun.

Jumpa aku kat
belakang sekolah
sekarang.

Aku ada something
nak bagitahu kau.

Dahi Yunho berkerut selepas membaca mesej yang dihantar oleh Yeosang tadi.

Mengapa Yeosang tiba-tiba menyuruh dia ke belakang sekolah? Mengapa tidak di kelas sahaja?

"Mingi, aku nak keluar kejap. Jumpa Yeosang." Beritahu Yunho pada Mingi.

"Okey."

Tanpa membuang masa Yunho bingkas bangun dan berjalan keluar dari kelas untuk berjumpa dengan Yeosang. Pasti dia sudah lama berada di sana bukan.

•••••••••••

Beberapa minit telah berlalu, akhirnya Yunho tiba di belakang sekolah seperti yang telah dikatakan. Hairanya Yeosang tiada di situ.

"Huh? Mana dia?" soalnya kecil. Dia perhatikan kawasan disekelilingnya. Mana tahu mungkin Yeosang sedang menyorok.

"Yun..." Panggil Yeosang perlahan. Yunho terus menoleh ke belakangnya untuk lihat.

"Yeosang! Apa kau-- Huh?"

Yunho tergamam. Dia lihat Yeosang berada di belakangnya dengan membawa sebaldi penuh air lumpur. Wajah Yeosang juga sudah merah dan matanya agak sedikit bengkak.

"Ke-kenapa ni?" tanya Yunho gagap. Yeosang menggelengkan kepala berkali-kali membuatkan Yunho keliru.

"Cepatlah Yeosang!" Dia terkejut selepas mendengar suara Yeonjun berada di tepinya. Malah, San juga turut ada disini.

"Korang nak apa lagi?" soal Yunho geram. Yeonjun tersenyum suka.

"Aku cuma nak Yeosang simbah air lumpur tu kat kau supaya dia tak kena buli lagi." Ujarnya membuatkan mata Yunho terbeliak.

"Huh?"

[C] Last Wishes ☾윤상☽Where stories live. Discover now