외상 06

194 46 21
                                    

Awal pagi sebelum bergerak ke sekolah, Yunho menjenguk-jenguk sedikit melihat rumah Yeosang dari jauh. Sejak semalam lagi hatinya berasa tidak tenang.

Pasti kata-katanya semalam telah mengguriskan hati Yeosang. Silap dia juga kerana terlupa bahawa Yeosang tidak suka akan sekolah. Jadi Yunho bercadang mahu meminta maaf dengan Yeosang pagi ini sebelum pergi ke sekolah.

"Yunho? Apa awak buat kat sini?"

Yunho menoleh mencari kelibat suara yang menegur dia tadi. Tidak lain dan bukan, kakak Yeosang iaitu Yeorum.

"Selamat pagi, noona." sapa Yunho mesra. Yeorum sekadar tersenyum sahaja.

"Awak tak pergi ke sekolah ke?" tanya Yeorum sedikit pelik. Dia juga perasan bahawa Yunho dari tadi berada di depan rumah mereka.

"Saya nak pergi tapi boleh saya tanya mana Yeosang?" soalan dibalas dengan soalan. Yeorum terangkat kening.

"Dia masih tidur rasanya. Kenapa?" jawab Yeorum dan pada masa yang sama menyoal Yunho semula.

"Owh... Tak apalah kalau macam tu. Mungkin lain kali saya bo--"

"Awak nak cakap sesuatu dengan Yeosang ke?" kata-kata Yunho tadi dipotong oleh Yeorum. Dengan pantas Yunho menggelengkan kepala.

"Tak tak. Nanti saya jumpa dengan dia. Saya pergi dulu ya noona."

Ujarnya lalu mengucapkan selamat tinggal kepada Yeorum sebelum masuk ke dalam perut kereta untuk pergi ke sekolah.

Yeorum melambai tangan ke arah Yunho sambil tersenyum manis. Sebaik sahaja kelibat Yunho tidak kelihatan, dia berjalan menuju ke taman perumahan mereka kerana dia sudah berjanji dengan Seonghwa untuk pergi ke kolej bersama.

••••••••

"Cikgu tak dapat datang hari ni sebab sakit. Kamu boleh belajar sendiri kan?"

Yeosang terdiam setelah Cikgu Lee memaklumkan bahawa dia tidak begitu sihat hari ini. Nampaknya hari ini dia akan berseorangan seperti biasa. Terus dia menjawab soalan Cikgu Lee yang masih lagi menjadi pertanyaan dia itu.

"Ya. Semoga cikgu cepat sembuh."

"Terima kasih..."

Panggilan mereka tamat begitu sahaja. Yeosang membuang pandangan dia melihat jam yang tergantung di dinding ruang tamu mereka.

Jam menunjukkan sekarang masih lagi waktu pagi. Sepatutnya waktu ini adalah waktu untuk dia belajar tetapi berbeza dengan hari ini Cikgu Lee tidak dapat mengajarnya. Yeosang terniat mahu bermain ps5 untuk menghilangkan rasa bosan melanda.

Namun niatnya terbatal setelah dia mendapat satu panggilan dari ibunya. Pantas dia menjawab panggilan tersebut.

"Nae omma?"

"Yeosang, boleh tolong sikit tak?"

"Apa?"

"Tadi ibu Yunho call omma minta tolong hantarkan bekal dia sebab dia terlupa bawa. Boleh tak kamu tolong hantarkan?"

Terbeliak mata Yeosang setelah mendengar permintaan dari Puan Kang. Tanpa rasa bersalah dalam hati dia mula menolak sekeras-kerasnya.

"Omma lah yang hantarkan! Yeo mana tahu Yunho pergi sekolah mana! Nanti kalau Yeo sesat macam mana?"

Sudah agak. Itulah jawapan Yeosang. Namun Puan Kang cuba sedaya upaya untuk memujuk anaknya supaya mendengar kata dia.

"Yeo, nanti Yunho lapar kat sekolah macam mana?"

"Omma, Yunho ada duit kan? Dia boleh jer beli makanan kat kantin sana!" balas Yeosang masih tidak mahu mengalah.

"Yunho tu tak boleh makan sebarangan."

Kata-kata Puan Kang tadi membuatkan Yeosang terasa sedikit hairan.

"Kenapa pula?"

"Ada lah sebab kenapa. Kamu kan sekarang tak buat apa-apa jadi tak salahkan sekiranya kamu tolong?"

Yeosang mendengus geram. Dia tidak suka keluar dari rumah seorang diri. Bukan seorang diri tetapi dia memang tidak suka menjejakkan kaki keluar dari rumah!

"Tetap tak nak!" Kata Yeosang masih lagi dengan pendirian dia.

"Haih... Kamu ni kenapa susah sangat nak dengar kata omma?"

Mendengar sahaja suara ibunya yang agak sayu itu membuatkan Yeosang terasa sedikit. Rasa bersalah itu mula menyelumbungi hatinya.

Malah dia juga terfikirkan sesuatu. Bagaimana agaknya keadaan Yunho sekiranya dia tak makan? Sudah tentu dia terpaksa menahan kelaparan. Atau mungkinkah dia mempunyai gastrik yang agak teruk menyebabkan dia tidak boleh makan sebarangan?

Yeosang menghela nafas berat. Mahu tidak mahu, dia terpaksa menurut perinta ibunya.

"Baiklah, Yeo akan hantarkan. Send location Yunho sekolah kat mana."

Puan Kang tersenyum manis setelah memdengar balasan dari Yeosang. Syukurlah dia tidak menolak permintaannya hari ini.

Lantas dia memberikan alamat sekolah Yunho kepada Yeosang. Malah dia juga beritahu Yeosang yang bekal Yunho itu berada di tepi pagar rumah mereka. Tanpa membuang masa Yeosang terus menukar pakaian dia untuk menghantar bekal Yunho.

•••••••••

Beberapa minit telah berlalu, akhirnya Yeosang tiba di depan kawasan sekolah Yunho. Jaraknya agak sedikit jauh jadi dia menaiki teksi untuk datang ke sini.

Langkah besar dibuka masuk ke dalam kawasan sekolah itu. Dia lihat ramai pelajar sedang lalu lalang di kawasan koridor sekolah. Suasana dalam sekolah juga agak sedikit riuh dan pemandangan di sini kelihatan sedikit mewah.

Dengan pakaian pelajar yang cantik dan segak serta bangunan sekolah indah itu cukup membuatkan dia rasa kagum.

Dia terlalu leka melihat keadaan di sekeliling dia sehinggakan dia tidak sengaja terlanggar orang menyebabkan orang itu hampir terjatuh. Yeosang terkejut.

"Yah! Jalan tu tak tengok depan ke?"

[C] Last Wishes ☾윤상☽Where stories live. Discover now