외상 finale

261 41 48
                                    

Gelisah...

Takut...

Jantungnya dari tadi berdegup dengan kencang...

Hatinya mula rasa tidak tenang...

Kini semua keluarga Yunho dan keluarga Yeosang berkumpul di luar bilik pembedahan untuk menunggu keputusan daripada doktor bagaimana keadaan Yunho.

Baik atau tidak?

Berjaya atau tidak?

Selamat atau tidak?

Semua itulah yang bermain di minda Yeosang sekarang. Dia cuba untuk menenangkan dirinya tetapi tidak berjaya.

Mereka tidak lepas berdoa dalam hati agar Yunho selamat dibedah.

"Tenang ya, Yeosang..." ungkap Yeorum perlahan. Tangan adiknya itu diusap lembut.

Dia mengangguk kecil. Sudah dua jam lebih mereka tunggu tetapi belum ada seorang doktor pun yang keluar dari bilik pembedahan.

Pasti sukar kerja ini.

"Yunho pasti akan selamat..."

"Sabar ya, sayang."

Tidak lama selepas itu, seorang doktor yang merupakan doktor peribadi Yunho, Dr Ryu melangkah keluar dari bilik pembedahan dengan wajah yang bersalah.

Semua keluar Yunho dan Yeosang segera menghampiri Dr Ryu.

"Doktor, macam mana dengan keadaan anak kami?"

"Dia selamatkah?"

Bertubi-tubi soalan yang dilemparkan oleh mereka. Dr Ryu meminta mereka semua untuk kekal tenang.

"Saya cuma nak cakap yang..." kata-kata Dr Ryu termati membuatkan mereka semua tertanya-tanya.

"Kenapa dengan Yunho?"

Wajah Dr Ryu yang tadi kelihatan sedikit resah mula berubah menjadi gembira.

"Syukurlah. Yunho selamat dibedah. Sekarang dia dalam keadaan tak sedarkan diri sebab kesan pembedahan tadi."

Kata-kata Dr Ryu tadi mengembirakan mereka semua. Yeosang menghembus nafas perlahan. Lega dibuatnya setelah dapat tahu bahawa Yunho masih hidup.

Puan Jeong sudah memeluk erat suaminya. Hatinya berasa sangat lega selepas mendapat berita yang baik dari Dr Ryu.

"Terima kasih, doktor!"

"Terima kasih sangat-sangat!"

•••••••••

Beberapa minggu sudah berlalu dengan pantas, keadaan Yunho pun semakin pulih selepas menjalani pembedahan jantung. Kini dia dapat pergi ke sekolah bersama Yeosang seperti biasa.

"Wait! It's that you, Yunho?"

Jerit Mingi sebaik sahaja dia ternampak kelibat Yunho dalam kelas.

"Yo, I'm back."

"Oh my gosh Yunho! Aku rindu dengan kau!"

Beg yang berada di atas bahunya tadi terus dilepaskan. Mingi berlari lalu memeluk Yunho dengan erat menyebabkan mereka hampir terjatuh. Yeosang yang melihat kerenah mereka itu menahan ketawa.

"Kau kemana? Dah nak masuk dua bulan kau tak datang sekolah!" kata Mingi kuat. Sungguh dia amat rindukan kawan baiknya. Dia menyangka bahawa Yunho mungkin sudah berpindah kerana lama tidak pergi sekolah.

Yunho tersenyum sengih untuk menjawab semua persoalan Mingi tadi. Dia menggaru kepalanya yang tidak terasa gatal itu.

"Erm... Macam mana nak cerita ya?"

[C] Last Wishes ☾윤상☽Where stories live. Discover now