Suasana di belakang sekolah mula tegang. Wooyoung sedang merakam keadaan mereka dari jauh. Dia tidak mahu terlibat sekali dalam ini. Yeonjun sudah berpeluk tubuh melihat reaksi Yunho begitu. Yeosang pula dari tadi terkaku disitu dengan membawa sebaldi air lumpur.
"Kau... Memang tak berhati perut!" cebik Yunho. Yeonjun sekadar tersengih.
"Apa? Aku cuma bagi cadangan kat Yeosang sahaja. Lagipun, bukankah kau sendiri kata yang kau tak nak Yeosang kena buli?"
Ungkap Yeonjun bersahaja membuatkan amarah Yunho dalam hati membara.
Kalau boleh, mahu sahaja dia menumbuk wajah kacak Yeonjun itu. Tetapi dia tahu dalam keadaan sekarang, dia tidak mampu.
Badan Yeosang sudah menggeletar hebat. Dia tidak dapat membuat apa-apa kerana fikirannya sekarang amat bercelaru.
Betulkah apa yang aku buat ni?
Kang Yeosang! Kenapa dengan kau hari ini?
Dia tidak mahu libatkan Yunho sekali... Tetapi dia juga tidak tahan dibuli lagi...
"Yun... A-aku..." kata Yeosang tersekat-sekat. Entah mengapa dia begitu sukar untuk bercakap sekarang. Matanya juga sudah berkaca.
Yunho perasan bahawa Yeosang seperti mahu menangis. Dia terdiam seketika sebelum berkata sesuatu.
"Tak apa. Kau simbah jer air lumpur tu kat aku. Aku tak kisah."
Terbeliak mata Yeosang mendengar kata-kata Yunho tadi. Pantas dia mengangkat wajahnya melihat Yunho yang sudah mengukir senyuman manis padanya.
"A-apa?"
"Kalau kau simbah, kau tak akan dibuli lagi. Percayalah kata aku." Tambah Yunho lagi membuatkan air mata Yeosang menitis.
Mengapa Yunho boleh tersenyum begitu?
Kalau aku simbah air ni, aku akan khianati kau!
Tetapi jika aku tidak simbah, aku akan...
"A-aku..."
"Cepatlah Yeosang!" Teguran Yeonjun tadi mengejutkan dia.
Tangan dia sudah menggeletar hebat. Yeonjun dan San kini sedang memerhatikan dia dengan pandangan maut.
Dia memandang Yunho dengan penuh bersalah sebelum...
"Ma-MAAFKAN AKU!"
Yeosang terus menyimbah sebaldi air lumpur tepat mengena pada Yunho. Yeonjun dan San yang melihat kejadian tadi terus ketawa besar.
"Nampak tak tadi?"
"AHAHAHA! Dia betul-betul simbahlah!"
Baldi yang berada di tangan Yeosang tadi terus jatuh. Dia tidak menyangka bahawa dia betul-betul menyimbah air lumpur itu pada Yunho demi menyelamatkan diri sendiri.
Aku dah khianati Yunho!
"Yeosang?" dia tergamam sebaik sahaja Yunho memanggilnya. Keadaan Yunho sekarang sangat kotor.
Akibat tidak dapat berfikir lagi, Yeosang berlari meninggalkan Yunho di belakang sekolah begitu sahaja. Air matanya sudah mengalir deras kerana tindakkan dia yang bodoh tadi.
"Maafkan aku, Yunho! Maafkan aku!"
Yunho mengeluh kecil selepas melihat Yeosang melarikan diri darinya tadi. Matanya terus beralih melihat Yeonjun dan San yang kini berjalan mendekatinya.
"Ni yang korang nak kan sebenarnya?" soal Yunho ingin jawapan. Yeonjun membalas dengan anggukkan kepala.
"Nampaknya kau dikhianati oleh kawan sendiri!" kata San teruja membuatkan Yunho terdiam seribu bahasa.
"Dan sekarang... Mangsa aku bulan ni beralih kat kau semula!"
••••••••••
Pada sebelah petang, Yeorum pulang ke rumah bersama Seonghwa seperti biasa. Tetapi hari ini lain sedikit kerana Seonghwa membelanjakan dia sesuatu sebelum menemani dia pulang.
Lupa mahu beritahu, mereka berdua sudah meluahkan perasaan suka masing-masing. Malah, keluarga Yeorum juga tahu akan hubungan dia dan Seonghwa tetapi mereka tidak halang.
Mana taknya, mereka sudah lama mengenali Seonghwa. Jadi tidak hairanlah kalau Yeorum suka akan lelaki yang baik dan kacak seperi Seonghwa.
"Terima kasih sebab temankan saya pulang, Hwa." Ucap Yeorum manis. Seonghwa tersenyum lebar.
"Tak ada hal. Jumpa esok."
"Okey."
Seonghwa berjalan pulang ke rumahnya setelah menemani Yeorum tadi. Dia tersenyum kecil melihat susuk tubuh Seonghwa semakin jauh dari pandangannya.
Namun, senyuman dia terus pudar sebaik sahaja dia terdengar bunyi ketukan kuat yang berada dalam rumahnya.
Bunyi seperti piano pecah...
Yeorum terus masuk ke rumahnya. Alangkah terkejutnya dia melihat Yeosang sedang menghancurkan piano lama mereka menggunakan penukul besi.
"Yeosang! Apa kau buat ni?"
Jeritnya. Namun Yeosang mengabaikan jeritan Yeorum sebaliknya dia menghancurkan pianonya dengan kuat lagi.
Yeorum berlari dan terus menghalang tindakkan adiknya dengan kasar.
"Sudah!"
"Jangan halang aku!"
Yeosang mula meracau. Yeorum segera memeluk adiknya dengan erat untuk cuba tenangkan dia.
Tenaga Yeosang semakin berkurang. Penukul besi yang berada di tangannya tadi terus dilepaskan. Dia mula meraung.
"Pabo! Kang Yeosang pabo!" raungnya kuat. Air matanya mengalir dengan deras seperti air terjun.
Yeorum mengusap kepala dan badan Yeosang lembut. Dia tidak tahu apa yang sudah berlaku pada adiknya. Dia tidak tahu mengapa Yeosang menyalahkan diri sendiri. Dia tidak tahu mengapa dengan adiknya hari ini.
Adakah sesuatu perkara buruk telah berlaku pada Yeosang sehinggakan dia jadi begini?
YOU ARE READING
[C] Last Wishes ☾윤상☽
Fanfiction❝ There's one thing I want to wish. ❞ ✧*:.。.✎ ateez yunsang's angst fanfiction ⚠️TIADA UNSUR LGBT DALAM FANFIC INI ⚠️ Start : 3 September 2021 End : 2 October 2021 Cover : thanks @precioussoobin_ for the beautiful cover