Yeosang tiba ke rumah dengan penuh keletihan. Dia sudah penat akibat menangis di sekolah tadi. Nasib sajalah matanya tidak terlalu bengkak.
Jikalau tidak buat malu saja.
"Macam mana sekolah hari ni, Yeo? Okey ke?" Yeosang tersentak sedikit setelah Puan Kang menegurnya dari belakang.
Satu senyuman palsu terukir dibibirnya. Lalu dia mengangguk kepala.
"Okey jer, omma." Balasnya ringkas dengan penuh penipuan. Dia tidak mahu ibunya risau akan dirinya. Kesan trauma itu masih lagi belum hilang dalam diri Yeosang.
Walaupun begitu, Yeosang sedar bahawa dia sudah besar. Dia kena belajar menghadapi semua cabaran seorang diri. Tidak terlalu berharap dengan orang lain.
"Baguslah kalau macam tu. Omma risau kalau kamu masih tak boleh kawal trauma kamu tu," ujar Puan Kang lebar.
Dia sekadar tersenyum sahaja. Selepas sahaja itu dia berjalan menuju ke biliknya lalu menjunamkan diri di atas katil yang empuk.
Fikirannya agak sedikit serabut hari ini. Mengapa Yeonjun harus wujud dalam hidupnya? Dia menyangka dia dapat larikan diri daripada Yeonjun tetapi tidak. Musuh yang dibencinya kini muncul setelah lama dilupakan.
Mata Yeosang beralih melihat jari jemarinya. Dari luaran kelihatan semua jarinya dalam keadaan baik, masih boleh digerakkan namun hakikatnya tidak.
Disebabkan insiden buli beberapa tahun lepas, Yeonjun telah melumpuhkan jarinya menyebabkan dia tidak boleh bermain piano buat selama-lamanya. Impian yang ingin dicapainya itu hancur berkecai. Bahkan tidak boleh dicantum semula.
Yeosang mengetap bibirnya geram. Dalam hatinya tertanya mengapa Yunho tidak pernah beritahunya pun bahawa dia merupakan mangsa buli Yeonjun. Sekarang tidak fasal-fasal dia terlibat sekali.
"Kau memang suka menyusahkan aku, Yunho..."
••••••••••••
Yunho menaiki teksi untuk pulang ke rumahnya setelah dia habis berbual dengan Mingi di kelas tadi. Hari juga semakin lewat. Fikiran dia jauh melayang sehinggakan tidak sedar pun bahawa dia sudah tiba di taman perumahannya.
"Adik, kita dah sampai." Tegur pemandu itu membuatkan Yunho tersedar dari lamunan dia.
Terus dia bayar kos penghantaran kepada pemandu tersebut sebelum keluar dari perut kereta. Lalu dia berjalan menuju ke rumahnya dengan hati yang kurang senang.
Dia masih lagi rasa bersalah pada Yeosang. Disebabkan hal pagi tadi, Yeosang menjadi muram. Silapnya juga kerana tidak memberitahu awal-awal yang dia sebenarnya mangsa buli kelas.
"Haih..."
"Eh? Yunho?"
Dia berpaling mencari pemilik suara yang menegurnya. Kelihatan susuk tubuh Yeorum berada di belakang sambil membawa banyak buku
"Hai noona. Mari saya tolong angkatkan," ungkap Yunho seraya mengambil beberapa buah buku dari tangan Yeorum.
"Lewat juga awak balik. Biasa sekarang ni awak dah ada kat rumah," kata Yeorum cuba untuk mengajak Yunho berbual. Dia sekadar tersenyum kecil.
"Saya ada hal kat sekolah tadi itu yang saya balik lambat sikit," balas Yunho dengan senyuman masih lagi terukir dibibir.
Yeorum mengangguk tanda faham. Suasana diantara mereka berdua mula senyap selepas itu. Tidak tahu mahu berbual apa lagi.
"Saya rasa Seonghwa hyung mesti dah luahkan perasaan dia kat noona kan?" Merah padam wajah Yeorum dibuatnya apabila mendengar kata-kata Yunho tadi. Pantas dia cuba untuk menafikan.
"Ma-mana ada!"
"Tak payah nak tipulah noona. Tengok muka noona pun saya dah tahu yang sebenarnya noona balas cinta dia," sakat Yunho sambil tertawa. Yeorum disebelahnya sudah mengembung pipi tanda kesal.
"Macam mana awak tahu?" tanya Yeorum inginkan jawapan. Yunho membalas dengan angkat bahu.
"Mana saya tahu. Saya cuma teka jer."
"Tapi tekaan awak tu memang betul... Saya pun suka kat Seonghwa," ujar Yeorum perlahan sambil bermain dengan jari jemarinya.
"Kalau begitu apa kata noona keluar dengan dia hujung minggu ni? Saya dengar ada banyak movie baru keluar sekarang." Yunho memberikan cadangan pada Yeorum. Dia bukanlah pakar dalam hal-hal cinta tetapi dia hanya tahu serba sedikit sahaja.
"Saya tak pastilah kalau keluarga saya tahu fasal ni..." kata Yeorum kurang senang. Setakat ini hanya Yunho sahaja yang tahu fasal hubungan dia dengan Seonghwa.
"Saya rasa tak ada masalah. Lagipun keluarga noona kan rapat dengan Seonghwa hyung. Saya pasti mereka dapat terima."
Jawab Yunho dengan yakin. Yeorum yang mendengar itu mula terukir senyuman manis dibibir. Tangannya terus mengusap kepala Yunho lembut.
"Awak tahu kan yang saya ni anggap awak macam adik saya? Memang untung Yeosang ada kawan yang baik macam awak."
Puji Yeorum sambil mengusap lembut kepala Yunho. Walaupun Yunho lebih tinggi darinya, dia tetap dapat capai dengan menjengket sedikit kakinya.
Yunho yang mendengar itu pujian itu tersenyum sengih. Habis telinga dia merah akibat menahan rasa malu yang amat. Memang pantang dipuji anak ni...
Mereka rancak berbual sehinggakan tidak sedar bahawa mereka sudah tiba di depan rumah. Yunho segera memulangkan semula buku-buku itu kepada Yeorum.
"Terima kasih sebab tolong bawa, Yunho. Jumpa esok." Ucapnya manis.
Yunho membalas dengan lambaian tangan sebelum masuk ke dalam rumah. Akhirnya dapat juga dia merehatkan dirinya yang sudah keletihan itu.
YOU ARE READING
[C] Last Wishes ☾윤상☽
Fanfic❝ There's one thing I want to wish. ❞ ✧*:.。.✎ ateez yunsang's angst fanfiction ⚠️TIADA UNSUR LGBT DALAM FANFIC INI ⚠️ Start : 3 September 2021 End : 2 October 2021 Cover : thanks @precioussoobin_ for the beautiful cover