Seonghwa dari tadi mundar-mandir di depan kawasan rumah Yeosang. Tangannya memegang kemas sebungkus plastik yang mengandungi pelbagai jenis ubat untuk Yeorum.
Hari ini Yeorum memberitahu bahawa dia tidak dapat hadir ke kelas kerana demam panas. Jadi Seonghwa bercadang mahu lawatnya hari ini. Tetapi entah mengapa kakinya terasa berat untuk melangkah masuk rumah Yeorum.
"Patut ke tak?"
"Tapi mestilah Yeosang ada jaga dia kan?"
"Tapi aku nak tahu keadaan dia..."
"Seonghwa hyung bebelkan apa tu?"
Terkejut beruk Seonghwa dibuatnya setelah Yeosang tiba-tiba menegur dia dari belakang. Dia mengusap dadanya perlahan sebelum berpaling kearahnya.
"Eh? Kamu dari mana?" tanya Seonghwa hairan. Mata taknya dia lihat Yeosang sekarang mengenakan pakaian sekolah.
Setahunya, Yeosang tidak pergi ke sekolah seperti remaja lain. Dia ada guru peribadi.
"Owh, tadi Yeo baru pulang dari sekolah." Beritahu Yeosang membuatkan Seonghwa terkejut buat kali kedua.
"Mwo? Seriuslah?"
"Ya, Yeosang balik dengan saya tadi, hyung." Sampuk Yunho yang berada di belakangnya.
Seonghwa menggumam tanda faham. Namun baginya ini agak mengejutkan juga kerana Yeosang tidak pernah pergi ke sekolah selama lima tahun.
"Hyung kenapa datang rumah saya ni? Nak cari kakak saya ke?" tanya Yeosang bertubi-tubi. Seonghwa membalas dengan anggukkan kepala.
Yunho melirik mata melihat bungkusan plastik yang dipegang oleh Seonghwa itu. Terdapat beberapa jenis ubat... Pasti kakak Yeosang sedang sakit sekarang.
"Jomlah masuk. Dia tengah rehat kat bilik," ajak Yeosang.
Namun entah mengapa Seonghwa tiba-tiba rasa dirinya kaku seperti batu. Malah wajahnya juga sudah merah sedikit.
Yeosang dan Yunho yang melihat itu berasa pelik. Terus mereka menegur Seonghwa secara serentak.
"Hyung okey ke tak ni?"
"Eh! H-hyung okey jer... Cuma..."
"Hyung ada suka kat kakak Yeosang ke?"
Tekaan Yunho tadi membuatkan Seonghwa terkejut buat kali ketiga. Manakala Yeosang pula sudah terbeliak mata akibat terkejut juga.
"Seriuslah hyung suka kat kakak saya?" soal Yeosang inginkan kepastian. Seonghwa terus membalas dengan gelengan kepala.
"Ma-mana ada!" Nafi Seonghwa.
"Alah hyung. Nampak sangatlah hyung suka kat dia," tambah Yunho lagi dengan nada mengejek. Seonghwa terus menjeling kearahnya. Yunho disitu sudah tersenyum nakal.
"Nah! Kamu bagi kat kakak kamu tu. Hyung nak balik!"
Seonghwa menyerahkan bungkusan plastik itu pada Yeosang. Baru sahaja dia mahu berlalu pergi, Yunho sempat menghalang dia.
"Hyung tak nak bagi pesanan kat kakak Yeosang ke?" Habis terbantut niat Seonghwa untuk pulang setelah sahaja Yunho bertanya padanya.
Dia terus menolehkan kepala kearah mereka berdua yang masih lagi berada di situ. Dia mengambil nafas sebelum berkata.
"Beritahu kakak kamu semoga sihat dengan cepat! Saya tunggu dia!"
Selepas sahaja itu Seonghwa terus balik pulang ke rumah dengan rasa malu yang amat.
Yeosang disitu mengerdipkan matanya berkali-kali. Ini merupakan kali pertama dia lihat Seonghwa begitu. Sepanjang dia kenal Seonghwa, dia tidak pernah sekalipun berperangai pelik sebegitu tadi.
Yunho pula sudah tertawa melihat reaksi Seonghwa tadi. Dari situ dia sudah dapat agak bahawa Seonghwa mempunyai perasaan terhadap kakak Yeosang.
"Tak pernah aku tengok dia macam tu," kata Yeosang pelik.
"Alah tu normal apa. Seonghwa hyung takkan mengaku yang dia sebenarnya memang sukakan kakak kau," terang Yunho lebar dengan sisa tawanya.
"Aku tak pernah bercinta..." Ujar Yeosang perlahan namun dapat didengari oleh Yunho.
"Aku pernah. Siap aku luah perasaan aku kat dia lagi," beritahu Yunho membuatkan Yeosang yang mendengar itu sedikit teruja.
"Serius? Jadi dia balas tak cinta kau?"
"Tak. Sebab dia kata dia tak suka lelaki macam aku," balas Yunho dengan buat muka minta simpati.
"Tabahlah..." Ungkapnya namun dalam masa yang sama dia cuba untuk menahan daripada ketawa.
Sememangnya Yeosang dapat meneka mengapa perempuan itu tolak cinta Yunho. Dia tu boleh dilabel sebagai budak nakal juga. Kadang kala dia juga akan jadi orang yang paling menjengkelkan baginya.
Walaupun begitu Yunho mempunyai sifat yang baik seperti ramah dengan semua orang, prihatin, periang dan lain-lain. Baginya agak sayang juga kerana Yunho mempunyai ciri-ciri boyfriend material.
"Oh, kakak kau demam kan?" tanya Yunho setelah dia terdiam seketika. Yeosang membalas dengan anggukkan kepala.
"Bagitahu dia semoga cepat sihat. Seonghwa hyung rindu dia tu," pesan Yunho dan pada masa yang sama cuba untuk mengenakan Seonghwa.
"Aku rasa kakak aku akan demam teruk kalau dia dengar." Kata Yeosang lalu mereka berdua ketawa.
Namun tawa mereka hanyalah seketika setelah ibu Yunho menegur mereka berdua.
"Yuyu, mari masuk. Omma dah masakkan sesuatu untuk kamu," pinta Puan Jeong. Yunho terus membalas.
"Nae omma!"
"Yeo, aku masuk dulu. Esok nak tumpang aku tak?"
Yeosang berfikir seketika. Kalau ikutkan hati dia mahu tolak tawaran Yunho sebab dia tidak mahu menyusahkan keluarga Yunho.
Namun apabila diingatkan semula, kedua ibu bapanya sering keluar pergi kerja awal. Jadi mungkin agak sukar untuk dia pergi ke sekolah tanpa bantuan Yunho.
"Bolehlah." Jawabnya sepatah.
"Okey."
Selepas sahaja itu mereka pun masuk ke dalam rumah masing-masing untuk merehatkan diri mereka.
Yeosang pula terus menuju masuk ke bilik kakaknya untuk menjenguk seketika. Kasihan dia keseorangan di rumah sepanjang hari ini. Kedua ibu bapanya juga masih belum pulang. Jadi dia bercadang mahu temankan Yeorum malam ini.
YOU ARE READING
[C] Last Wishes ☾윤상☽
Fiksi Penggemar❝ There's one thing I want to wish. ❞ ✧*:.。.✎ ateez yunsang's angst fanfiction ⚠️TIADA UNSUR LGBT DALAM FANFIC INI ⚠️ Start : 3 September 2021 End : 2 October 2021 Cover : thanks @precioussoobin_ for the beautiful cover