외상 25

168 39 26
                                    

Yeosang pergi ke sekolahnya setelah keadaan dia semakin baik. Atas bantuan yang dihulurkan oleh Yeorum dan keluarganya, dia berjaya menanangi traumanya.

Namun ada sedikit kekurangan yang dialaminya sekarang...

Sejak kebelakangan ini, Yeosang tidak nampak pun kelibat Yunho di rumahnya. Jangan kata di rumah sahaja, sekolah pun sama juga. Malah, keluarga Yunho juga tidak kelihatan.

Adakah mereka berpindah? Tetapi kereta dan perabot mereka masih lagi ada di situ.

"Yunho?"

Soal Mingi inginkan kepastian. Yeosang mengangguk kepalanya.

"Aku tak pasti kemana dia sekarang. Ni dah masuk tiga minggu Yunho tak datang sekolah. Cikgu cuba hubungi keluarga dia tetapi tak ada siapa yang jawab."

"Aku ingat kau tahu sebab kau jiran dia."

Yeosang terdiam setelah mendengar penjelasan Mingi tadi. Mingi yang merupakan kawan baik Yunho pun tidak tahu dimana keberadaan dia sekarang, apatah lagi dirinya yang merupakan jiran Yunho.

Anak mata Yeosang melirik kearah dua tempat duduk yang kosong. Ya, tempat duduk Yeonjun dan San.

Kata Mingi, mereka berdua dibuang sekolah setelah dapati membuat kekecohan dan membuli pelajar. Namun, tiada siapa yang tahu siapakah yang laporkan kes mereka.

Tetapi yang menghairankan ialah Wooyoung tidak terlibat pun dalam kes Yeonjun dan San. Setahunya, Wooyoung merupakan kawan baik mereka berdua.

"Bagus juga diorang tak ada dalam kelas ni..." kata Mingi perlahan namun dapat didengari oleh Yeosang.

"Kenapa? Sebab diorang selalu buli ke?" tekanya. Mingi mengangguk.

"Haah. Sebenarnya bukan kau dan Yunho sahaja yang jadi mangsa diorang, semua kelas ni pernah kena. Aku tak faham macam mana keluarga Yeonjun boleh tak perasan yang anak diorang tu pembuli."

Yeosang tidak berkata apa-apa. Satu senyuman kecil terukir dibibir. Dalam hatinya rasa sedikit lega kerana musuh lamanya telah mendapat hukuman yang setimpal.

Memang patut pun!

"Yeosang-ah."

Dia menoleh setelah terdengar namanya dipanggil oleh seseorang.

"Wooyoung?"

"Boleh kita ke luar sekejap? Aku nak cakap sesuatu kat kau."

Ajaknya. Yeosang tanpa membuang masa sekadar ikut langkah Wooyoung dari belakang.

Mereka berjalan keluar dari kelas untuk membincangkan sesuatu.

"Ada apa?" tanya Yeosang ingin tahu.

"Kau mesti masih curious macam mana diorang kena tangkap bukan?" teka Wooyoung.

"Haah. Macam mana?"

"Aku sendiri yang laporkan kes diorang kat cikgu dan keluarga diorang."

Terbeliak mata Yeosang akibat terkejut mendengar kata-kata Wooyoung tadi.

"Se-seriuslah?" soalnya inginkan kepastian. Mana tahu kalau tersilap dengar.

"Ya."

"Ke-kenapa? Bukan kau ni kawan Yeonjun ke?"

"Sejak bila?"

Yeosang terkedu setelah Wooyoung melemparkan soalan padanya. Wooyoung memandang Yeosang dengan wajah yang mendatar.

"Aku tak berkawan dengan diorang pun. Selama ni, aku cuba nak tangkap diorang. Tapi baru sekarang aku berjaya," ujar Wooyoung namun Yeosang tidak faham sepatah pun.

"Apa maksud kau?"

Wooyoung mengeluh kecil. Dia mengambil nafas seketika sebelum bercerita.

"Yeosang, kita sama sekolah rendah. Lepas Yeonjun buli kau, dia target aku. Tapi aku tak kena buli sebab aku bagi semua duit aku kat diorang. Walaupun macam tu, aku masih tak boleh lupakan apa yang diorang dah buat kat kau dulu jadi aku cuba untuk tangkap diorang."

"Yang aku tak faham sekarang ialah kenapa kau kata macam tu? Kita bukannya kawan dulu," potong Yeosang melulu.

"Memang kita bukan kawan. Tapi dulu aku kagum dengan kau sebab kau merupakan pemain piona kegemaran sekolah kita dulu. Aku kagum dengan kebolehan kau tu."

Terdiam bisu Yeosang dibuatnya setelah mendengar cerita Wooyoung tadi. Dia menundukkan kepalanya melihat lantai. Jari jemarinya mula bermain.

"Kalaulah jari aku tak lumpuh, mesti aku boleh main piano lagi..." keluh Yeosang. Wooyoung yang mendengar itu mula bersimpati.

"Macam mana dengan Yunho? Apa yang berlaku kat dia masa tu?" soalnya lagi.

"Lepas kau larikan diri, aku tolong Yunho. Aku tak boleh cerita betapa sedihnya Yunho masa tu lepas kau simbah air lumpur kat dia. Tapi dia asyik salahkan diri dia sebab tak dapat lindungi kau."

"Disebabkan semua tu, aku tak dapat tahan lagi. Aku tak jahat macam Yeonjun dan San yang suka hancurkan persahabatan orang. Jadi semua rakaman yang aku dah rakam aku terus bagi kat keluarga diorang dan semua cikgu kat sekolah ni."

Cerita Wooyoung lebar membuatkan Yeosang terdiam buat kali kedua.

Dia tidak menyangka pula bahawa Wooyounglah yang melaporkan semua kes Yeonjun dan San di sekolah. Malah, dia juga tidak menyangka bahawa Wooyoung mempunyai dendam dengan Yeonjun dalam diam.

"Kau memang beruntung sebab ada kawan baik macam Yunho..." Yeosang tersenyum kecil setelah Wooyoung kata begitu.

Tetapi jauh di sudut hatinya, dia tertanya di mana keberadaan Yunho sekarang.

Dia mahu meminta maaf sebab dia telah khianati Yunho...

"Mana kau sekarang?"

[C] Last Wishes ☾윤상☽Where stories live. Discover now