외상 14

169 44 17
                                    

"Yeonjun, kau tak rasa ke Yeosang tu rupa dia macam familiar sangat?"

Soalan yang dilontarkan oleh Wooyoung tadi memberhentikan dia untuk bermain video game. Terus San dan Yeonjun memandang kearah kawannya itu.

"Kita pernah kenal dia ke?" soal mereka berdua serentak. Wooyoung sekadar mengangkat bahu tanda tidak pasti.

Kini mereka bertiga sedang lepak di rumah Yeonjun. Memandangkan Yeonjun merupakan anak orang kaya, kedua ibu bapanya memberikan kebebasan penuh padanya. Malah, mereka juga tidak tahu bahawa Yeonjun seorang pembuli di sekolah.

Mahu buat bagaimana? Semuanya boleh diuruskan dengan wang. Yeonjun sanggup membayar banyak semata-mata untuk menutup kesnya di sekolah daripada diketahui oleh orang tuanya.

"Aku bukan apa tapi lepas aku tengok birthmark dia tu, dia ingatkan aku kat seorang mangsa buli kau masa kita sekolah rendah dulu." Cerita Wooyoung lebar.

San cuba untuk mengingati semula namun tidak berjaya. Manakala Yeonjun pula mendiamkan diri untuk mengingati semula siapa yang Wooyoung maksudkan.

"Yang aku ingat, masa sekolah rendah kita pernah buli budak piano tu." Ujar San sambil menggarukan kepalanya yang tidak terasa gatal itu.

"Eh! Lain kali sajalah fikir fasal dia! Jom sambung main," ajak Yeonjun. Dia berasa malas untuk mengenang semula kisah sewaktu dia di sekolah rendah.

Apa yang dia tahu, dia merupakan seorang pembuli sejak kecil lagi. Namun dia tidak berseorangan kerana Wooyoung dan San sentiasa ada disisinya. Mereka sudah berkawan sejak tadika sehinggalah sekarang.

San dan Wooyoung tanpa banyak bercakap pun hanya akur sahaja. Mereka mula menyambung main bersama selepas itu.

••••••••

Pada malam yang sunyi, Yeosang sibuk menyiapkan kerja rumahnya dalam bilik. Berbeza dengan hari-hari yang lain kerana ini merupakan kali pertama dia membuat kerja sekolah setelah lama dia tidak pergi.

Sesekali dia juga akan menelefon guru peribadinya untuk meminta pertolongan dalam mana-mana bahagian yang dia tidak faham.

"Haih... Macam mana nak jawab soalan ni?" keluh Yeosang dalam hati.

Sewaktu dia sibuk mencari jawapan, Yeosang tiba-tiba terdengar bunyi ketukkan melalui luar tingkap biliknya. Tanpa berlengah masa dia bingkas bangun dan segera menyelak langsir untuk lihat bunyi apakah itu.

"Eomoe kamjagya!"

Alangkah terkejutnya dia melihat Yunho berada di luar tingkap sambil tersenyum sengih. Dia mengusap dada perlahan sebelum menjeling kearahnya.

"Kau buat apa kat sini?" soal Yeosang dingin. Lalu dia membuka tingkap biliknya untuk beri Yunho masuk.

"Saja nak lepak kat bilik kau," balas Yunho sengih. Yeosang memandang dia atas bawah.

"Wait! Rumah ni dua tingkat! Macam mana kau boleh panjat ke sini?" soal Yeosang lagi.

"Aku terbang." Jawab Yunho terus. Lalu dia mendapat ketukan dari Yeosang.

"Aku tahulah aku ni dah lama tak pergi sekolah tapi jawapan kau tu cubalah bijak sikit."

Yunho tertawa melihat riak wajah Yeosang begitu. Dia dapat rasakan bahawa Yeosang pasti sudah meluat  dengannya. Tetapi dia peduli apa? Biarlah dia nak lepak rumah orang sekalipun.

Janji tidak ganggu orang lain sudah.

Dia berjalan menuju ke meja belajar Yeosang. Nampaknya Yeosang sedang menyiapkan kerja sekolah mereka pagi tadi. Nasibnya agak baik kerana semua kerjanya sudah siap tadi.

"Yah, kau dah siap ke?" Soalan Yeosang tadi Yunho balas dengan anggukkan kepala.

"Laju betul kau buat."

"Jeong Yunho biasalah!" ujar Yunho angkuh. Yeosang menggulingkan kedua bola matanya.

Dia tertanya bagaimana dia boleh berkawan dengan orang yang periang dan gila seperti Yunho? Jika diingatkan semula, dia dan Yunho dulu sangat kekok.

Namun semuanya berubah setelah dia membenarkan Yunho masuk ke rumahnya buat kali pertama. Mungkin dia dikira untung kerana mempunyai kawan dan jiran seperti Yunho.

"Nak aku tolong? Lagipun aku tahu semua jawapan ni," Yunho menawarkan dirinya untuk membantu Yeosang. Memandangkan Yeosang masih lagi baru jadi pasti dia belum tahu kesemuanya.

"Boleh juga." Balasnya ringkas.

Setelah beberapa minit berlalu, akhirnya kerja rumah Yeosang telah pun siap. Dia merenggangkan badan seketika sebelum masuk tidur.

Namun Yunho masih lagi berada di dalam biliknya. Kelihatan dia sedang seronok baca komik kepunyaan Yeosang.

"Yah, kau tak nak balik ke? Sekarang dah nak tengah malam ni," tegur Yeosang.

"Boleh tak kalau aku tidur kat sini?" Tanya Yunho meminta keizinan. Namun dia ditolak serta merta oleh Yeosang.

"Kau jangan nak mengada! Nanti esok kalau omma kau tahu kau kat sini habis kau!"

"Ala..."

Yunho mula mencebik. Dia berasa malas untuk pulang sekarang.

Tambahan pula, dia keluar dari rumah secara senyap-senyap. Mau tak mengamuk Puan Jeong nanti sekiranya dia dapat tahu.

"Yeo, kau esok nak pergi sekolah ke?" soalan yang dilemparkan oleh Yunho tadi membuatkan Yeosang terangkat kening.

"Kalau kau pergi, aku pergilah. Kenapa?" jawabnya dan pada masa yang sama menyoal semula.

"Saja tanya. Mana tahu kalau kau masih belum biasa kat sekolah tu."

Yeosang tersenyum kecil mendengar balasan dari Yunho itu.

"Aku cuba nak berubah. Jadi memang ambil masa sikit untuk aku biasakan diri dengan sekolah," ucap Yeosang lebar.

Dia amat berterima kasih pada Yunho kerana dialah punca membuatkan dirinya terbuka hati untuk mengubah. Tanpa Yunho, mungkin dia tak akan menjejakkan kaki ke sekolah mahupun di luar juga.

"Baguslah kalau macam tu. Aku nak balik dulu. Jumpa esok," kata Yunho lalu menuju ke tingkap bilik Yeosang untuk keluar.

Belum sempat lagi Yeosang mahu berkata, Yunho sudah pun keluar. Sesekali dia menjenguk sedikit untuk melihat bagaimana Yunho turun ke bawah.

"Ceh! Pakai tangga rupanya anak Jeong tu."

Cebiknya. Lalu dia terus merebahkan dirinya di atas katil empuk untuk merehatkan dirinya.

Dia perlu bangun awal esok kerana dia sudah janji mahu pergi ke sekolah bersama dengan Yunho.

[C] Last Wishes ☾윤상☽Where stories live. Discover now