외상 28

188 39 31
                                    

Terkaku Yunho dibuatnya melihat susuk tubuh Yeosang menghias pandangannya. Dia menggosok mata berkali-kali. Takut sekiranya dia tersilap pandang.

Tetapi ini memang realiti.

Yeosang memang betul-betul ada dalam wadnya.

"Yeo-yeosang?"

Dia tidak berkata apa. Yeosang terus memeluk Yunho dengan erat secara tiba-tiba membuatkan dia terkejut.

"Eh? Ke-kenapa ni?" Yunho bingung. Dia tidak tahu apa yang sudah berlaku sekarang.

"Pabo! Kau suka buat aku susah hati! Mati-mati aku ingat kau dah tak ada!"

Kata Yeosang kuat. Pelukkan mereka tadi masih lagi erat. Dia berusaha menahan dirinya daripada menangis depan Yunho.

Yunho tertawa kecil. Dia balas pelukkan tadi malah diusapnya lembut belakang Yeosang.

"Aku okey jer lah..."

"Okey kepala kau! Ni dah sampai nak kena bedah pun kau masih lagi kata okey?" balas Yeosang geram membuatkan Yunho tersenyum sengih. Pelukkan mereka tadi mula terlerai.

Kemudian, semua ahli keluarganya dan keluarga Kang masuk dengan membawa buah tangan bersama. Yunho disitu sudah tersenyum lebar melihat mereka semua melawat dia hari ini.

"Hai Yunho. Okey ke kamu sekarang?" sapa Puan Kang mesra. Yunho mengangguk kepala.

"Hai auntie. Dah okey sikit ni," balasnya terus.

"Ish! Kenapa awak tak beritahu kami yang awak ada lemah jantung? Sedih saya bila dapat tahu..." sampuk Yeorum lalu mengembung pipinya tanda kesal.

Yunho sekadar tersenyum kelat sahaja. Dalam fikirannya sudah agak mesti Yeorum dan Yeosang terkejut bila dapat tahu yang dia menghidap lemah jantung.

"Saya minta maaf sebab rahsiakan hal ini daripada noona dan Yeosang. Saya tak nak buat korang risau sebenarnya..." ucap Yunho dengan penuh rasa bersalah yang amat.

"Tak apa. Kamu tak tahu yang Yeosang asyik menangis lepas tengok video kamu tu tadi," kata-kata Tuan Kang tadi mengundang tawa semua orang. Habis merah muka Yeosang dibuatnya.

"Appa! Malulah saya!"

"Siapa suruh asyik menangis jer?"

"Dah orang sedih nak buat macam mana!"

"Eleh tak nak mengaku punya anak!"

Yeosang menjeling pada ayahnya. Boleh-boleh dia menyakat sekarang ini? Sudahlah mereka berada di hospital!

Buat malu sahaja!

Yunho tergeleng kepala. Lalu dia mula membisikkan sesuatu di telinga ibunya.

"Maaf, Yunho kata dia nak bercakap dengan Yeosang secara personal. Kita patut bagi mereka sedikit ruang."

Maklum Puan Jeong membuatkan suasana dalam wad menjadi senyap. Yeosang terangkat kening. Dia tidak tahu apa lagi yang Yunho mahu bincangkan dengannya sekarang.

Tanpa banyak bercakap, mereka semua termasuklah ibu bapa Yunho melangkah keluar dari bilik wad. Kini yang tinggal hanyalah Yeosang bersama Yunho di situ.

"Kenapa?" soal Yeosang hairan.

Yunho memandang dia dengan tatapan kosong. Satu keluhan berat dilepaskan perlahan.

"Kau... Masih salahkan aku ke?" soalan yang dilemparkan oleh Yunho tadi membuatkan Yeosang terkedu.

"Aku cuma rasa bersalah atas apa yang dah berlaku kat kau dulu. Aku harap kau boleh maafkan ak--"

"Kenapa kau yang kena minta maaf?"

Terkelu lidah Yunho selepas Yeosang memotong percakapannya tadi.

"Aku yang silap, Yunho. Kau banyak tolong aku tapi aku tak hargai semuanya. Aku asyik marah kat kau sampaikan aku tak tahu pun macam mana perasaan kau masa tu. Aku pun dah khianat kau..."

Luah Yeosang lebar. Dia menundukkan kepala kerana dia berasa sangat menyesal sekarang.

Baginya, dia tidak layak untuk berkawan dengan orang yang memiliki hati mulia macam Yunho.

Yunho terdiam. Dia tersenyum kelat setelah mendengar semua luahan yang keluar dari mulut Yeosang tadi. Lalu dia membalas.

"Semua tu dah berlalu. Tak elok juga kita ungkit balik."

"Hmm..."

"Aku harap pembedahan kali ni berjaya. Aku belum bersedia untuk tinggalkan kau dan keluarga aku," tambah Yunho lagi.

"Kenapa kau pilih untuk jalani pembedahan sedangkan kau tahu peratusan untuk kau hidup agak tipis?" soal Yeosang. Dia mengambil kerusi untuk duduk di sebelah Yunho.

"Aku nak hidup normal macam orang lain... Setiap orang ada matlamat sendiri dalam kehidupan mereka. Aku pun ada matlamat juga... Aku nak luangkan masa aku lebih dengan orang yang aku sayang."

"Macam yang kau tahu, masa aku terhad jer untuk aku hidup. Sebab itulah aku pilih untuk jalani pembedahan. Aku nak hidup dengan lebih lama. Aku nak kenal erti bahagia dengan lebih mendalam."

Hati Yeosang menjadi sebak selepas mendengar penerangan Yunho tadi. Selama ini, dia tidak perasan pun semua itu...

Dia asyik salahkan dirinya kerana tidak dapat capai impian yang ingin dicapainya dulu.

Sedangkan Yunho pula tidak pernah putus asa dalam hidup walaupun memiliki masa dan waktu yang terhad.

"Kenapa baru sekarang aku nak perasan?" keluh Yeosang kesal.

"Tak apa, Yeosang. Kau masih ada masa untuk ubah semuanya. Aku yakin kau boleh!" Kata Yunho cuba untuk memberikan semangat pada kawannya.

Yeosang tersenyum nipis. Dia memandang Yunho dengan tatapan sayu.

"Yun, terima kasih sebab jadi kawan baik aku walaupun kau tahu kekurangan aku. Hanya Tuhan boleh balas jasa baik kau tu." Yunho tersenyum mendengar ucapan Yeosang tadi.

"Tak ada hal lah. Aku pun berterima kasih kat kau sebab terima aku jadi kawan kau," balasnya manis. Lalu dia menarik Yeosang ke dakapannya.

Yeosang terkaku. Ini merupakan kali pertama Yunho memeluknya. Namun entah mengapa hatinya berasa hangat dalam dakapan Yunho.

Dia membalas pelukkan Yunho itu dengan erat. Air matanya mula bergenang. Sungguh, dia belum bersedia untuk kehilangan Yunho.

Kerana Yunho lah satu-satunya kawan baik yang dia ada...

[C] Last Wishes ☾윤상☽Where stories live. Discover now