외상 05

204 49 7
                                    

"Tahniah kamu dapat semua betul untuk kuiz kali ni."

Puji guru peribadinya iaitu Cikgu Lee. Yeosang sekadar tersenyum nipis sahaja. Baginya soalan itu tidaklah susah seperti mana dia belajar dulu.

Kini Yeosang sedang belajar di rumah seorang diri bersama gurunya. Seperti hari biasa, Cikgu Lee akan mengajar Yeosang beberapa topik dan selepas itu dia akan beri beberapa kuiz kepada Yeosang untuk dijawab.

"Oh ya, mana kawan kamu yang tinggi tu?" tanya Cikgu Lee ketika Yeosang sedang membaca buku teks. Dia mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Saya ada cari dia tapi rumah dia kosong," balas Yeosang tanpa memandang pun wajah gurunya itu.

Cikgu Lee mengangguk tanda faham. Lalu dia pun meneruskan tugasnya untuk membantu Yeosang dalam pelajaran.

Dia sudah lama berkhidmat menjadi guru peribadi Yeosang sejak lima tahun lalu. Tuan dan Puan Kang akan membayar dia lebih kerana telah menjalankan tanggungjawab dia dengan baik. Lagipun, mereka sudah lama berkenalan jadi tidak hairanlah sekiranya Cikgu Lee menganggap Yeosang sebagai anak angkat dia.

••••••••

Habis sahaja kelas hari ini, Yunho terus mengemas barangnya di atas meja untuk pulang ke rumah. Dia juga mengucapkan selamat tinggal kepada rakan sekelas sebelum bergerak pulang.

Jarak rumah dia dengan sekolah agak jauh sedikit. Agak sukar untuk dia pulang seorang diri kerana dia masih lagi tidak tahu selok belok kawasan ini. Oleh sebab itu Yunho perlu menunggu ketibaan Puan Jeong di pagar sekolah.

Baru sahaja dia mahu mendengar lagu, dia tiba-tiba ditegur oleh sekumpulan pelajar lelaki yang lebih kurang sebaya dengannya. Yunho melihat mereka tanpa sebarang reaksi.

"Kau ni budak baru kan?" soal salah seorang dari mereka yang lebih kurang hampir sama tinggi dengannya.

"Ya kenapa?" balas Yunho bersahaja.

"Hah bagus!"

Yunho berasa sedikit pelik. Cara pemakaian mereka itu agak kurang kemas. Dari situ dia dapat merasakan bahawa mereka mungkin pelajar yang bermasalah di sekolah.

Salah seorang kawan mereka yang berambut warna hitam itu terus mengeluarkan sesuatu dari beg membuatkan Yunho tertanya.

"Aku nak kau buatkan semua ni untuk kitorang." Ungkap lelaki itu tanpa rasa malu langsung. Yunho memandang mereka dengan penuh menjengkelkan.

Baru sahaja dia mahu bagi tiga buah buku latihan kepadanya, Puan Jeong sudah pun tiba di depan pagar sekolah. Yunho pantas berlalu pergi meninggalkan mereka begitu sahaja tanpa berkata apa-apa. Satu jelingan maut sempat dihadiahi oleh Yunho sebelum dia masuk kereta.

Tiga lelaki itu sekadar tersenyum sengih sahaja. Salah seorang rakannya sudah mencebik.

"Dia larilah!"

"Tunggu esok jer lah."

Selepas sahaja itu mereka bertiga pun beredar dari kawasan pagar sekolah untuk menuju ke sesuatu tempat.

•••••••••

Yeosang menghilangkan rasa bosannya dengan membaca novel di ruang tamu. Yeorum sudah pun pulang ke rumah. Kini dia hanya perlu menunggu ketibaan ibu bapanya sahaja lagi.

Belum sempat lagi dia mahu baca babak yang seterusnya, dia terdengar namnya dijerit oleh seseorang dari luar.

"Kang Yeosang! Kau kat mana?"

Itu suara Yunho! Yeosang bingkas bangun dari duduknya lalu berlari keluar ke rumah untuk cari Yunho.

Kelihatan Yunho sedang melambai-lambai tangan kearahnya sambil tersenyum manis. Dia juga perasan bahawa Yunho sedang mengenakan pakaian sekolah.

Pasti dia baru balik dari sekolah. Pantas Yeosang membalas.

"Yah Jeong Yunho! Kau tipu aku!" terkejut Yunho dibuatnya setelah mendengar tuduhan yang keluar dari mulut Yeosang tadi.

"Aku tipu apa?" soalnya hairan.

"Kau kata kau pergi sekolah minggu depan! Ni apa?"

Ujar Yeosang dengan nada separuh jerit. Yunho yang mendengar itu mula tertawa. Dia sangkakan hal lain tetapi rupanya fasal perkara yang remeh.

"Patutlah aku cari kau pagi tadi tak ada! Kau rupanya pergi sekolah!" Tambah Yeosang lagi. Lalu dia mula menyilangkan kedua-dua tangan di dadanya.

"Kau rindu aku ke?" Sakat Yunho sengaja. Yeosang terus membuat muka menyampah.

"Memang tak lah!"

"AHAHAHAHA!"

Yeosang menggulingkan kedua bola matanya. Lalu dia berjalan menghampiri pagar rumah untuk bercakap dengan Yunho buat seketika.

"Macam mana sekolah? Okey ke?" soal Yeosang mulakan bicara.

"Okey! Semuanya perfect!"

Balas Yunho sambil menunjukkan jari tanda okey. Yeosang disitu sekadar tersenyum sahaja.

"Baguslah kalau macam tu..."

"Yeosang, kau pergilah sekolah dengan aku!" Ajakkan Yunho tadi mengejutkan Yeosang.

"Wait what?"

"Pergi sekolah sama-sama! Lagipun kau dah lama tak pergi sekolah kan," kata Yunho lagi. Namun Yeosang menolak dengan sekeras-kerasnya.

"Hell no! Aku tak akan menjejakkan kaki aku ke sana!"

Ujar Yeosang tegas menyebabkan Yunho terdiam serta merta. Dia juga perasan sesuatu yang riak wajah Yeosang terus berubah selepas dia mengajak untuk pergi sekolah.

"Erm... Mian..."

"Apa-apa sajalah."

Yeosang terus masuk ke dalam rumah semula selepas berkata begitu. Yunho yang berada di luar itu melepaskan keluhan kecil. Rasa menyesal itu mula terbutik dalam hatinya.

Dia tidak sepatutnya berkata begitu pada Yeosang. Kalau tidak inilah yang berlaku.

[C] Last Wishes ☾윤상☽Where stories live. Discover now