"Kau ni kalau sehari tak masuk bilik aku memang tak sah eh?"
Soal Yeosang pasrah kepada Yunho. Mana taknya, dia tengah seronok dengar lagu tiba-tiba Yunho datang mengganggu malamnya yang indah.
Nasib baiklah malam ini Yunho normal sikit sebab masuk guna pintu. Lainlah kalau semalam, dia masuk melalui tingkap. Siap pakai tangga lagi untuk ke sini.
"Aku bosan sebab itulah aku ke sini," jawab Yunho bersahaja.
Yeosang sekadar mengangguk kecil lalu kembali baca novel pada babak yang dia terhenti tadi.
"Yeosang-ah..." Panggil Yunho perlahan. Pantas Yeosang memandang kearahnya.
"Kenapa?"
"Kau... Nak pergi sekolah ke esok?"
Soalan Yunho tadi membuatkan Yeosang terkaku seperti patung.
Dia dalam dilema. Sekiranya dia pergi ke sekolah, dia akan dibuli oleh Yeonjun. Tetapi jika dia tidak pergi, kedua ibu bapanya akan tahu yang trauma dia datang semula.
"Entahlah..." keluh Yeosang. Dia sendiri pun tidak pasti sama ada mahu pergi atau tidak.
Yunho mengeluh kecil. Rasa serba salah itu mula menyelumbung dalam hatinya.
Baru beberapa hari Yeosang sekolah di sana tetapi dia sudah menjadi sasaran Yeonjun. Bahkan lebih teruk lagi mereka berdua sudah lama berkenalan sejak sekolah rendah lagi.
Niatnya sebenarnya mahu Yeosang hidup dalam keadaan normal seperti orang lain. Dalam masa yang juga dia cuba untuk mengurangkan beban keluarga Yeosang yang membayar gaji guru peribadi lebih.
"Aku akan cari bukti untuk tangkap diorang." Ujar Yunho perlahan namun dapat didengari oleh Yeosang.
"Seriuslah?" Yeosang bertanya inginkan kepastian. Takut jikalau dia silap dengar.
"Ya. Mingi beritahu aku yang semua rakan kelas kita pernah jadi mangsa buli diorang. Tapi cikgu langsung tak tahu fasal kes ni jadi aku kena buat sesuatu untuk hentikan semuanya!"
Terang Yunho lebar. Yeosang yang mendengar itu terus balas dengan dingin.
"Jangan nak mengarutlah. Yeonjun tu boleh buat apa-apa jer. Silap-silap dia boleh patahkan kaki kau tu kalau kau cari fasal dengan dia."
"Dah tu kau nak biarkan dia buli kau macam dulu ke?"
Yeosang sekilas menjeling kearah Yunho selepas dia berkata begitu. Sudahlah hari ini mood dia tak berapa baik, ditambah pula dengan bebelan Yunho cukup membuatkan dia rasa naik gila.
"Yeo, aku serius! Aku cuma nak kau rasa selamat kat sekolah jer! Ja--"
"Kau diam!"
Terkedu Yunho dibuatnya sebaik sahaja mendengar suara dalam Yeosang tadi. Malah, riak wajahnya juga mula berubah.
"Kau balik ke rumah sekarang. Aku tak ada mood..." pinta Yeosang dengan tangannya menunjuk ke arah pintu seolah-olah menyuruh Yunho untuk keluar dari biliknya.
Yunho melepaskan keluhan kecil. Dia tidak menyangka pula bahawa benda ini akan berlaku.
Dia cuma mahu ceriakan Yeosang malam ini. Namun dia tidak sangka pula yang emosi Yeosang masih lagi tidak terkawal.
"Maaf..." Ucapnya. Namun Yeosang tidak memandang kearahnya. Yunho tersenyum kelat sebelum dia melangkah keluar dari bilik Yeosang.
Sebaik sahaja bayangan Yunho tidak kelihatan, Yeosang menghempaskan pintu biliknya dengan kasar. Satu keluhan berat dilepaskan perlahan. Matanya juga mula berkaca namun ditahan agar tidak pecah.
"Pabo Jeong Yunho... Pabo."
••••••••••
Pada pagi yang indah, Yunho melangkah masuk ke kelas dengan hati yang resah. Kelihatan semua rakan kelasnya masih lagi belum tiba ke sekolah. Yalah, lagipun sekarang masih lagi awal.
Yeosang? Sejak malam semalam lagi dia tidak bercakap dengannya. Malah hari ini Yeosang tidak menumpangnya kerana emosi dia masih lagi terganggu. Cuma, dia tetap pergi sekolah tetapi lewat sedikit.
Beg sekolahnya terus diletakkan di tepi meja. Dia mula berjalan menuju ke meja Yeonjun untuk mencari sesuatu yang menarik baginya.
Yang pasti, benda itu dapat dijadikan bukti yang Yeonjun merupakan seorang pembuli di sekolah.
"Kosong..." ungkapnya dalam hati. Agak sedikit kecewa kerana laci meja Yeonjun tidak mempunyai apa-apa barang. Lalu dia pergi melihat laci meja San pula.
Sama seperti Yeonjun, laci mejanya juga kosong. Yunho mengeluh kecil. Namun, tinggal seorang lagi yang dia belum lihat.
"Wooyoung..."
Yunho segera beralih ke tempat Wooyoung dan memeriksa pada bahagian lacinya.
"Huh? Kertas apa ni?"
Sekeping kertas yang terdapat di bawah laci meja Wooyoung itu menarik perhatiannya. Yunho terus menyeluk tangan dia untuk ambil kertas itu dan baca.
Namun dia agak sukar untuk baca kerana tulisan yang terdapat pada kertas itu tidak jelas. Malah, ada juga beberapa perkataan yang sudah dipadamkan.
"Apa ni?" cemuh Yunho kecil. Sebaik sahaja dia terdengar bunyi bising di luar kelasnya, dia terus menyimpan kertas itu dalam kocek seluarnya.
"AHAHAHAHA!"
"Lawak tu memang tak boleh blah lah!"
"Patut kita buat juga!"
Yunho menjeling apabila dia melihat sekumpulan lelaki masuk ke kelasnya dengan tawa yang kuat.
Ya, tidak lain dan bukan, Yeonjun...
YOU ARE READING
[C] Last Wishes ☾윤상☽
Fanfiction❝ There's one thing I want to wish. ❞ ✧*:.。.✎ ateez yunsang's angst fanfiction ⚠️TIADA UNSUR LGBT DALAM FANFIC INI ⚠️ Start : 3 September 2021 End : 2 October 2021 Cover : thanks @precioussoobin_ for the beautiful cover