외상 23

170 42 11
                                    

Sejak kejadian itu berlaku, trauma Yeosang kembali menyerangnya. Dia tidak pergi ke sekolah malah dia juga tidak keluar pun dari biliknya.

Walaupun sudah dipujuk oleh ibu bapanya, dia tetap enggan keluar. Malah dia juga akan memberontak sekiranya dia dipaksa.

Mereka tidak tahu pun apa yang telah berlaku pada anaknya. Walaupun mereka bertanya dengan Yunho, dia pun tidak menjawab. Seperti ada sesuatu yang disembunyikan olehnya.

Puan Kang melepaskan keluhan berat. Dia menyangka bahawa Yeosang akan baik-baik di sekolah jika bersama dengan Yunho. Tetapi tidak.

Dia tersilap...

Ketika dia sedang termenung jauh, loceng dirumahnya ditekan oleh seseorang.

Pantas dia berjalan ke luar untuk lihat orang yang menekan loceng rumah. Susuk tubuh Yunho menghias pandangannya.

"Yunho-ya, selamat pagi." Sapa Puan Kang mesra pada anak jirannya. Yunho tersenyum kecil.

"Selamat pagi, auntie."

"Apa kamu buat kat sini? Kamu tak pergi ke sekolah ke?" soal Puan Kang bertubi-tubi.

"Saya memang nak pergi. Tapi sebelum tu boleh tak kalau saya nak jumpa dengan Yeosang sekejap?" balasnya dan pada masa yang sama meminta keizinan daripada Puan Kang.

"Yeosang tak mahu jumpa dengan sesiapa sekarang. Walaupun dengan auntie sendiri pun dia tetap tak nak. Dah berapa hari dia kurungkan diri dalam bilik."

Yunho terkedu setelah mendengar penjelasan dari Puan Kang tadi. Satu senyuman tawar terukir dibibirnya.

"Saya nak beritahu sesuatu kat Yeosang. Saya harap auntie tak kisah kalau saya masuk sekejap." Tambah Yunho lagi.

Puan Kang mengangguk setuju. Lalu dia menjemput Yunho untuk masuk ke rumahnya. Dia tidak tahu apa yang Yunho ingin sampaikan pada Yeosang sekarang.

Tetapi dia dapat rasakan pasti penting perkara itu.

Yunho berjalan menuju ke pintu bilik Yeosang. Dia cuba untuk buka, namun ia dikunci dari dalam. Lantas dia mengetuk pintu berkali-kali untuk memanggil Yeosang.

"Yeo? Ni aku, Yunho."

Tiada sahutan yang dibalas. Lalu dia mengetuk pintu sekali lagi.

"Kau boleh dengar tak suara--"

"Jangan ganggu aku!"

Yunho terkejut sedikit setelah mendengar garau Yeosang tadi. Dia mengambil nafas seketika sebelum menyambung.

"Yeo, aku tahu kau tak nak tengok muka aku sekarang. Aku tahu kau mula bencikan aku sejak kejadian tu berlaku."

"Disebabkan aku, trauma kau datang balik. Aku minta maaf sebab tak dapat jadi kawan yang baik bagi kau. Aku cuba untuk pulihkan kau tapi aku sendiri gagal... Aku gagal jadi jiran baik untuk kau..."

Senyap...

Tiada sahutan yang dibalas...

"Fasal kejadian dulu, aku tak kisah. Semuanya sudah tamat, Yeosang. Aku dah berjaya tangkap diorang... Diorang pun dah dapat tindakkan yang sepatutnya."

"Yeosang, aku harap kau baik-baik. Aku tak nak kau sakitkan diri kau... Tolonglah jangan biarkan trauma kau menguasai diri kau. Kau kena tahu, bukan kau seorang sahaja yang sedih atas apa yang berlaku sekarang ni."

"Keluarga kau... Diorang risaukan dengan keadaan kau sekarang. Termasuklah aku..."

"Aku harap kau dengarlah apa yang aku cakap ni. Aku kena pergi sekolah sekarang..."

"Jumpa nanti, Kang Yeosang."

Yunho berjalan meninggalkan bilik Yeosang selepas itu. Kata-kata Yunho tadi bukanlah didengari oleh Yeosang sahaja, malah Yeorum juga sudah dengar dari jauh.

Hatinya mula sebak selepas mendengar apa yang diluahkan oleh Yunho tadi. Dia segera berlari mendapatkan Yunho yang sudah berada di luar rumahnya.

"Yunho-ya!" Panggilnya. Dia terus menoleh kebelakang.

"Awak okey?" soal Yeorum. Yunho sekadar tersenyum kelat.

"Saya okey jer, noona." Balasnya ringkas. Yeorum memandang dia dengan tatapan sayu.

"Noona, saya harap hubungan noona dengan Seonghwa hyung kekal. Saya tak mahu tengok noona sedih nanti."

Ujar Yunho lebar. Entah mengapa selepas mendengar kata-kata Yunho tadi, hatinya mula luluh. Dia memeluk Yunho dengan erat secara tiba-tiba membuatkan dia terkejut.

"Eh? No-noona?"

"Terima kasih... Terima kasih sebab jadi jiran saya... Dan jadi kawan baik adik saya... Awak memang baik..."

Ucap Yeorum dengan esakkan. Yunho terkaku seketika. Otaknya sedang proses apa yang berlaku sekarang.

Tangan kanannya mula mengusap kepala Yeorum perlahan. Lalu dia cuba memujuk Yeorum supaya berhenti menangis. Air mata Yeorum tadi disapunya lembut.

"Yunho, kita dah lambat ni." Panggil Tuan Jeong. Yunho mengangguk kecil.

"Noona, saya kena pergi sekarang." Kata Yunho perlahan.

Yeorum mengesat air matanya dengan lengan baju sebelum dia memandang Yunho.

"Ya..."

Selepas itu, Yunho membuka pintu kereta untuk masuk. Dia sempat melambai tangan kearah Yeorum terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam perut kereta.

Yeorum membalas lambaian. Dia mengeluh kecil sebaik sahaja melihat kereta yang dinaiki oleh Yunho itu sudah bergerak jauh. Senyuman pada bibirnya terus pudar.

Dia tidak tahu mengapa dia pula tiba-tiba yang sedih lebih ini.

Kini, dia perlu memujuk adiknya. Dia yakin Yeosang ada sorokkan sesuatu darinya.

[C] Last Wishes ☾윤상☽Where stories live. Discover now