외상 08

193 43 32
                                    

Setelah selesai menghantar bekal Yunho, Yeosang pulang ke rumah seperti biasa. Ini merupakan kali pertama dia keluar seorang diri setelah bertahun-tahun dia mengurungkan diri dalam rumah.

Kali terakhir dia keluar seorang diri sewakti dia masih sekolah rendah. Sungguh masa sedang berlalu dengan begitu pantas. Lihat sahaja dia sudah besar dan meningkat dewasa.

Kata ibunya, Yunho belajar di sekolah seni. Patutlah suasana di sana kelihatan mewah. Seolah-olah seperti sekolah swasta. Mesti pelajar disana mempunyai bakat yang besar seperti Yunho.

Yeosang merebahkan dirinya di atas sofa yang lembut. Sekarang baru sahaja masuk tengahari. Perutnya juga mula terasa sedikit lapar.

Dia berasa sangat malas untuk memasak hari ini. Kebetulan juga mereka kehabisan bahan mentah. Lalu dia pun mengambil telefon pintar untuk membeli makanan secara dalam talian.

••••••••••

Pada sebelah petang, Yeorum pulang dari kolej bersama kawan baiknya iaitu Seonghwa. Dia mengajak Seonghwa melepak di rumah seketika untuk membincangkan fasal hal kerja mereka.

"Jemputlah masuk," ajak Yeorum. Seonghwa sekadar akur lalu membuka kasut sebelum melangkah masuk.

Kelihatan Yeosang sudah tertidur nyenyak di atas sofa dengan muka ditutup oleh buku novel. Yeorum yang melihat itu mula menggelengkan kepala.

"Haih penat sangat belajar ke tu?" ujar Yeorum perlahan.

"Saya dah lama tak berbual dengan adik awak," kata Seonghwa setelah lama mendiamkan diri.

"Mungkin adik saya masih kekok dengan awak."

"Tak mungkin. Dah masuk setahun saya kenal adik awak. Lagipun baru beberapa hari saya ada berbual dengan dia," terang Seonghwa cuba untuk menafikan kata-kata Yeorum itu.

"Yalah tapi--"

"Hah! Kau bawa boyfriend kau lagi!"

Terkejut beruk mereka dibuatnya setelah Yeosang menyergah secara tiba-tiba.

Dia tidak tidur pun sebaliknya dia curi dengar perbualan Yeorum dan Seonghwa beberapa saat lalu. Masa itu juga dia hampir mahu ketawa tetapi dapat ditahan.

"Eyy budak! Aku ingat kau tengah tidur!" marah Yeorum. Yeosang sekadar tersengih.

"Seonghwa hyung! Apa hyung buat kat sini?" soal Yeosang mengabaikan kakaknya yang sedang menahan geram itu.

"Kakak kamu tu ajak hyung ke sini sebab nak bincangkan hal kerja," jawab Seonghwa dengan lebar. Satu senyuman lebar juga terukir di bibirnya.

"Bincangkan hal kerja ke atau hal cinta?" sakat Yeosang sengaja mahu sakitkan hati kakaknya.

"Ada aku baling beg ni kat muka kau tu."

Yeosang tertawa setelah mendengar ugutan Yeorum tadi. Dia memutar kedua bola mata. Terasa malas mahu layan karenah Yeosang hari ini. Kemudian dia tiba-tiba tersedar sesuatu.

"Yeo, kau ada pergi mana-mana ke tadi?" pertanyaan Yeorum tadi membuatkan Yeosang sedikit tersentak.

"Huh?"

"Tu, kau pakai seluar jean dan hoodie."

Pantas Yeosang melihat pakaian yang dia sedang kenakan sekarang. Kini barulah dia sedar bahawa dia masih lagi belum menukar pakaiannya sejak pagi tadi.

"Err..."

"Ya, Yeosang tolong hantarkan bekal Yunho pagi tadi."

Mereka terkejut setelah mendengar suara yang membalas pertanyaan Yeorum itu tadi bukanlah Yeosang sebaliknya ibu mereka sendiri.

Tidak sedar pula Puan Kang dan Tuan Kang sudah pulang ke rumah. Mengapa hari ini mereka banyak terkejut?

"Oh? Kamu ada kat sini, Hwa?" tegur Tuan Kang. Seonghwa tersenyum nipis.

"Hi uncle."

"Wait what? Yeo? Kau pergi seorang diri ke masa tu?" soal Yeorum bertubi-tubi inginkan kepastian. Yeosang membalas dengan anggukkan kepala membuatkan dia terkejut.

"Wah! Adik aku dah besar! Aku terharu!"

"Aku memang dah besar, Rum!"

"Ahahahaha!" Ketawa Yeorum besar sebelum mengajak Seonghwa masuk ke dalam biliknya untuk membuat kerja mereka.

Yeosang memutar kedua bola matanya. Yeorum kalau tidak menyakat dia sehari memang tidak sah.

Dia keluar pun terpaksa. Bukan kerelaan hatinya sendiri. Sekiranya diberi peluang, dia akan memberontak. Memang silap Yunho sendiri kerana terlupa bawa bekal ke sekolah!

Dia mengalihkan pandangan melihat jam dinding. Sekarang sudah pukul enam petang. Waktu begini sepatutnya Yunho sudah pulang dari sekolah. Terus dia menuju ke keluar untuk lihat sama ada Yunho sudah pulang atau belum.

Baru sahaja dia buka pintu, Yeosang terkejut melihat Yunho sudah berada di depan pagar rumah mereka sambil tersenyum sengih. Yeosang segera menghampirinya.

"Kau kenapa tiba-tiba muncul kat sini?" tanya Yeosang memulakan bicara.

"Saja nak berbual dengan kau sebelum masuk rumah," balas Yunho sengih. Yeosang memandang dia dengan penuh menjengkelkan.

"Apalah. Kita kan boleh mes-- eh! Aku baru teringat aku tak ada nombor kau."

"Haa sebab itulah tujuan aku ke sini. Aku nak save contact kau," ujar Yunho lalu mengeluarkan telefon bimbit dari kocek seluarnya.

Mereka pun mula bertukar nombor. Selepas sahaja itu mereka kembali berbual kosong seperti biasa.

"Jadi macam mana? Okey ke sekolah tadi?" Yeosang bertanya soalan yang sama kepada Yunho.

"Okey jer. Lagipun aku rasa aku dah ada kawan," jawab Yunho riang.

"Hmm baguslah tu..."

"Yuyu, mari masuk. Kamu kena rehat." Teguran Puan Jeong tadi mengejutkan mereka berdua.

"Nae omma!" Sahut Yunho lalu dia berpaling ke arah Yeosang.

"Aku masuk dulu. Jumpa esok," ucapnya. Yeosang mengangguk kecil.

"Okey."

Yeosang melambai tangan pada Yunho sebelum dia masuk ke dalam rumah semula.

Ketika Yunho berlalu pergi, mata Yeosang perasan bahawa ada kesan luka kecil yang ada pada bawah dagu Yunho. Dia tergamam.

Adakah Yunho terjatuh di sekolah tadi? Itulah soalan yang ada dalam hatinya kini.

[C] Last Wishes ☾윤상☽Where stories live. Discover now