외상 10

190 43 26
                                    

"Terima kasih sebab ajak saya keluar hari ni."

Ucap Yeorum mesra pada Seonghwa. Tangan dia penuh menjinjing barang yang telah dibelinya sewaktu mereka berada di pusat beli belah beberapa jam lalu.

"Tak ada hal lah. Lagipun saya sebenarnya bosan jadi saya ajaklah awak keluar," balas Seonghwa tersenyum nipis. Dia terus membantu Yeorum untuk membawa barangnya itu.

"Hei, kat sana ada kedai aiskrim! Jomlah kita makan!"

Ajaknya lalu menarik tangan Seonghwa untuk pergi ke kedai aiskrim yang terletak tidak jauh dari depan mereka.

Setelah sahaja membeli, mereka makan bersama di sebuah bangku yang telah disediakan. Terdapat ramai orang lalu lalang di kawasan taman itu.

Memandangkan sekarang cuaca agak baik, memang tepatlah mereka keluar bersama hari ini berbanding duduk di rumah tanpa membuat apa-apa.

"Yeosang tu macam mana kat rumah?" soal Seonghwa dengan mulutnya masih penuh dengan aiskrim.

"Katanya Yunho ada temankan dia," jawab Yeorum tanpa memandang pun wajah Seonghwa.

"Yunho tu jiran baru awak kan?"

Yeorum membalas dengan anggukkan kepala. Seonghwa menggumam faham.

Suasana diantara mereka berdua senyap sedikit. Masing-masing tengah menikmati kelazatan aiskrim yang dibeli mereka tadi.

Mata Seonghwa tidak lepas melihat Yeorum yang berada di sebelahnya. Dia mula bermain dengan jari jemarinya. Dalam hati ada sesuatu yang ingin dia sampaikan tetapi dia berasa sedikit gugup.

"Yeorum, saya sebe--"

"Eh! Omma call saya!"

Yeorum pantas mengangkat panggilan yang dibuat oleh ibunya. Habis terbatal Seonghwa untuk memberitahu sesuatu padanya.

"Ya omma?"

"Yeorum, kamu masih kat luar ke?" soal Puan Kang dalam talian tersebut.

"Haah. Rum keluar dengan Seonghwa."

"Aish! Kamu balik sekarang! Hari semakin lewat ni!" Pesan Puan Kang tegas.

"Ya. Nanti Rum balik."

Selepas sahaja itu panggilan mereka pun terputus. Lalu dia berpaling ke arah Seonghwa yang dari tadi tidak lepas memandangnya.

"Mari balik. Omma saya dah tunggu tu," ajaknya seraya membuang sampah di tong yang telah disediakan.

"Okey."

Tidak sedar pula bahawa masa berlalu dengan begitu pantas. Rasa seperti baru beberapa minit mereka berada di luar. Sedar-sedar sekarang sudah petang.

Tanpa membuang masa, mereka pun membuka langkah untuk pulang ke rumah bersama.

•••••••••••

Tergeleng kepala Tuan dan Puan Kang melihat Yeosang tertidur di ruang tamu bersama Yunho. Entah apa dibuat oleh mereka berdua sehinggakan tidur dengan begitu nyenyak.

"Tak apa. Biarkanlah mereka tidur sekejap," ujar Tuan Kang perlahan pada isterinya.

Puan Kang mengangguk faham. Satu senyuman kelat terukir di bibir. Sejuk hatinya melihat Yeosang semakin rapat dengan Yunho. Bukan mudah untuk Yeosang berkawan dengan orang yang baru dikenalinya.

Kemudian, dia tiba-tiba terdengar loceng rumah mereka ditekan oleh seseorang. Dia segera menjenguk melalui tingkap untuk lihat siapakah orang itu.

Kelihatan Puan Jeong sedang berdiri tegak di rumah mereka sambil membawa sesuatu. Puan Kang terus datang menyapa dia dengan mesra.

"Selamat petang!"

"Selamat petang, Yunho masih ada kat rumah awak kan?" tanya Puan Jeong ingin tahu.

"Ya. Dia tengah tidur dengan Yeosang di ruang tamu," balasnya. Puan Jeong yang mendengar itu mula tertawa kecil.

"Apalah mereka buat tu agaknya... Oh! Saya ada buatkan biskut untuk awak. Ambillah," terus Puan Jeong memberikan satu bekas yang mengandungi biskut kepada Puan Kang. Dia menerima dengan hati yang terbuka.

"Terima kasih ya. Saya akan kejutkan Yunho dan suruh dia pulang ke rumah," ucap Puan Kang lebar.

"Eh tak apa. Biarkan dia kat situ dulu," tolak Puan Jeong membuatkan dia berasa sedikit hairan.

"Eh? Kenapa?"

"Saya cuma nak Yunho luangkan masa dia dengan Yeosang. Lagipun sejak kami berpindah, Yunho tak ada ramai kawan di sekolah."

Ujar Puan Jeong lebar. Puan Kang yang mendengar itu mengangguk tanda faham.

"Dia masih belum biasa kat sini. Jadi tak hairanlah tengok dia rapat dengan Yeosang."

"Oh, Yunho pernah beritahu kat saya yang dia nak Yeosang sama sekolah dengan dia." tambah Puan Jeong lagi. Puan Kang mula tertarik sedikit.

"Saya boleh jer bagi Yeosang sekolah tetapi saya takut kalau trauma dia tu masih ada..." ungkapnya dengan penuh keraguan.

"Remaja seperti mereka patut berdikari. Walaupun Yeosang ada trauma tapi dia patut atasi dengan tabah. Saya yakin dia mesti boleh."

Kata Puan Jeong sungguh-sungguh. Dia yakin remaja seperti Yeosang mampu untuk hadapi semua cabaran dengan tabah dan kuat.

Satu senyuman nipis terukir dibibir Puan Kang. Memang benar kata Puan Jeong. Mungkin dah tiba masanya untuk dia lepaskan Yeosang keluar dari sangkar burung dan belajar mengenai dunia luar.

Walaupun dia tahu Yeosang pasti akan menolak, dia akan cuba memujuknya supaya Yeosang dapat hidup dalam keadaan normal seperi remaja-remaja yang lain di luar sana.

[C] Last Wishes ☾윤상☽Where stories live. Discover now