Celik mata sahaja sudah masuk tahun baru.
Tahun dimana dia perlu tetapkan matlamat yang baru supaya dia dapat capai.
Namun, matlamat dia masih lagi tidak berubah. Sejak kecil sehinggalah dia besar matlamat itu agak sukar untuk dicapainya.
Matlamat itu ialah hilangkan trauma dia...
••••••••
Puan Kang melihat anak bongsunya sedang membaca buku di ruang tamu seorang diri. Tiada sebarang reaksi yang ditunjuk oleh dia. Hanya wajah kosong sahaja.
Satu keluhan kecil keluar dari mulutnya. Minggu lepas guru peribadi Yeosang datang ke rumah mereka dan menyampaikan berita yang agak kurang baik kepadanya secara personal.
"Yeosang tu memang dah cukup bijak. Tapi sayang remaja seperti dia tidak berani untuk mengenal dunia luar..."
Itulah apa yang dikatakan oleh guru Yeosang seminggu lalu. Bukan dia yang mengurung Yeosang di rumah tetapi dia sendiri yang tidak mahu keluar. Walau dipaksa sekali pun, Yeosang tetap berkeras tidak mahu keluar.
Paling teruk pun, dia akan memberontak sekiranya dipaksa keluar dari rumah walaupun sekejap.
Sungguh dia amat risaukan dengan Yeosang. Dia mahu anaknya hidup dalam keadaan normal seperti orang lain. Tidak sanggup untuk dia lihat Yeosang dalam keadaan begini.
"Omma, saya nak keluar kejap boleh? Nak jumpa dengan Seonghwa."
Tanya anak sulungnya yang merupakan kakak Yeosang, Kang Yeorum.
Puan Kang sekadar membalas dengan anggukkan sahaja. Setelah mendapat keizinan Yeorum terus melangkah keluar dari rumah.
Namun niatnya terbatal setelah dia ternampak sebuah lori dan juga beberapa kereta berada di rumah sebelahnya. Terdapat juga ramai orang sedang mengeluarkan perabot dari lori itu.
"Omma, kita ada jiran baru ke?" pertanyaan Yeorum tadi membuatkan Puan Kang berasa sedikit hairan.
Terus dia berjalan keluar dari rumah untuk lihat. Manakala Yeorum pula sudah lama keluar untuk berjumpa dengan Seonghwa di taman.
Memang benar kata anaknya itu. Terdapat satu keluarga baru sahaja berpindah ke sini. Bagus juga kerana jiran lama mereka sudah lama berpindah sejak setahun lalu.
Dia datang menghampiri seorang wanita yang sedang mengangkat barang bersama suaminya itu.
"Hai, baru pindah di sini ya? Saya jiran awak." Dengan ramah Puan Kang menyapa mereka sekeluarga.
"Ya. Kami pindah di sini pun sebab hal tertentu. Selamat berkenalan," balas wanita itu juga turut ramah. Dia dikenali sebagai Puan Jeong.
Ketika mereka sedang rancak berbual, Puan Jeong tidak sedar pun bahawa anak lelakinya dari tadi memanggil dia.
"Omma!"
Panggil dia. Puan Jeong terus berpaling lalu menyuruh anaknya untuk datang menghampiri. Puan Kang sekadar perhatikan sahaja.
"Ini anak saya. Yuyu, kenalkan diri kamu kat jiran kita ni." Pinta Puan Jeong lembut.
"Nama saya Jeong Yunho, auntie." Ucap Yunho ramah kepada Puan Kang. Satu senyuman manis terukir di bibirnya.
"Wah! Handsome nya kamu. Berapa umur kamu agaknya?" soal Puan Kang ingin tahu tentang diri Yunho.
"18 tahun," balasnya ringkas.
Puan Kang yang mendengar itu sedikit terkejut. Tidak menyangka pula bahawa anak Puan Jeong sebaya dengan Yeosang.
"Saya pun ada anak lelaki juga. Dia sebaya dengan Yunho," beritahu Puan Kang membuatkan Puan Jeong berasa sedikit teruja.
"Jinjja? Panggillah dia ke sini. Senang juga kalau Yunho dapat kawan baru," katanya.
Puan Kang tanpa bercakap apa terus memanggil Yeosang untuk datang keluar. Walaupun dalam hati memberontak tidak mahu, tetapi dia terpaksa juga demi menjaga hati ibunya.
"Ada apa omma?" soal Yeosang sebaik sahaja melangkah keluar dari rumah.
"Ni jiran baru kita. Anak dia sebaya dengan kamu jadi kamu berkenalanlah dengan dia," ungkap Puan Kang lembut sambil mengusap belakang Yeosang.
Dia memandang Yunho dengan penuh janggal. Kalau boleh mahu sahaja dia berlari masuk ke dalam rumah tetapi apakah daya, Puan Kang sedang menahan dia.
"Annyeong! Aku jiran baru kau. Jeong Yunho imnida," ucap Yunho mesra lalu menghulurkan tangan untuk berjabat dengan Yeosang.
"K-kang Yeo-yeosang imnida..."
Yeosang balas dengan penuh gugup. Tangan dia juga sudah menggeletar ketika mahu berjabat dengan Yunho.
Dia memandang Yeosang dengan pelik. Malah dia juga perasan bahawa wajah Yeosang mula pucat sedikit.
"Erm... Kau okey ke?" tanya Yunho hairan.
Yeosang tidak membalas sebaliknya dia terus berlari masuk ke dalam rumah semula. Pintu rumah mereka ditutupnya kuat menyebabkan Yunho dan Puan Jeong terkejut manakala Puan Kang pula sudah tergeleng kepala.
"Saya minta maaf fasal tadi. Yeosang memang begitu kalau jumpa dengan orang," ujar Puan Kang berasa sedikit bersalah.
"Tak apa. Tetapi kenapa wajah dia pucat tadi? Dia sakit ke?" soal Puan Jeong ingin tahu. Begitu juga dengan Yunho.
"Jemputlah masuk ke rumah saya. Kita minum teh dan sambil-sambil tu bolehlah saya cerita serba sedikit fasal anak saya," ajak Puan Kang sambil tersenyum kelat. Tanpa banyak bercakap, mereka pun akur sahaja dan masuk ke dalam rumah Puan Kang.
![](https://img.wattpad.com/cover/280851497-288-k894459.jpg)
YOU ARE READING
[C] Last Wishes ☾윤상☽
Fanfiction❝ There's one thing I want to wish. ❞ ✧*:.。.✎ ateez yunsang's angst fanfiction ⚠️TIADA UNSUR LGBT DALAM FANFIC INI ⚠️ Start : 3 September 2021 End : 2 October 2021 Cover : thanks @precioussoobin_ for the beautiful cover