외상 17

172 41 31
                                    

Yeosang menyembunyikan diri di bawah tangga sekolah. Dia memeluk tubuh yang sudah menggeletar hebat akibat kejadian tadi. Berkali-kali dia menarik hembus nafas untuk tenangkan diri namun ia tidak berjaya.

Kenangan pahit dia berkaitan dengan sekolah mula muncul dalam mindanya. Jantungnya juga sudah berdegup kencang akibat rasa takut yang amat.

Mengapa dia terlalu bodoh untuk dengar kata Yunho?

"Yeosang! Kau kat mana?"

Dia tersentak setelah namanya disebut berkali-kali oleh seseorang. Terus dia menoleh kebelakang untuk lihat pemilik suara tadi.

"Sini pun kau!" Ujar Yunho lega. Satu helaan nafas dilepaskan perlahan. Peluh yang membasahi dahinya itu terus dilap menggunakan lengan baju.

Yeosang mendiamkan diri. Bukan kerana dia benci akan Yunho tetapi dirinya masih lagi belum tenang.

Malah dia juga perasan bahawa terdapat sedikit kesan luka yang berada di wajah Yunho. Dia mula melabuhkan punggung duduk di sebelah Yeosang yang masih belum berganjak itu.

"Aku minta maaf fasal kejadian tadi. Disebabkan aku, kau pun terlibat sekali," ucap Yunho kesal. Yeosang tidak membalas apa-apa. Masih lagi diam membisu.

"Aku tak pernah beritahu kau yang aku sebenarnya mangsa buli dalam kelas. Bagi aku, benda tu remeh se--"

"Benda remeh kau kata?"

Yunho terkedu setelah Yeosang memintas ayatnya. Yang paling mengejutkan dia ialah air mata Yeosang sudah mengalir dengan deras.

"Kau tak kenal siapa Yeonjun tu! Dia tu gilakan kuasa dan suka buli orang! Disebabkan dia juga, aku trauma pergi sekolah!" Teriak Yeosang dengan sisa tanggisan.

Yunho terkelu lidah. Tidak tahu apa lagi yang patut dia balas.

"Aku nak jadi seorang pemain piano bila dah besar. Tapi semuanya hancur berkecai lepas Yeonjun lumpuhkan tangan aku! Disebabkan kejadian tu, doktor kata aku tak boleh main piano buat selama-lamanya!"

Tambah Yeosang lagi membuatkan Yunho terkejut.

Kini barulah dia faham mengapa Yeosang akan menghalang dia setiap kali dia ingin mendekati piano miliknya dulu. Rupanya Yeosang cuba untuk melupakan kisah hitamnya.

Yeosang mula menangis semahu-mahunya. Mengapa hal ini harus terjadi dalam hidupnya? Tidak bolehkan dia aman seperti orang lain? Yunho yang berada di sebelahnya mula bersimpati.

Dia tidak menyangka pula begitu perit apa yang dialami oleh Yeosang. Dia bukan sahaja takut untuk pergi ke luar dan ke sekolah, malah dia juga mengalami kecederaan yang teruk.

"Aku minta maaf... Aku nak ajak kau pergi sekolah sebab aku nak kau hidup normal macam orang lain. Tapi nampaknya aku sendiri yang sakitkan diri kau..."

Ucap Yunho dengan rasa bersalah yang amat. Salah dirinya juga kerana tidak mengenali Yeosang lebih.

Yeosang tidak berkata apa. Dia masih lagi dengan sisa tanggisannya. Yunho mengeluh. Dia tidak dapat berbuat apa sebaliknya cuba untuk menenangkan Yeosang daripada terus bersedih.

••••••••••••••

"Huh? Fasal Yeonjun?"

Hairan Mingi dibuatnya setelah mendengar soalan yang dilemparkan oleh Yunho tadi.

"Haah. Aku nak tahu serba sedikit fasal dia. Lagipun aku masih lagi baru kat sini," terang Yunho lebar.

Walaupun sesi persekolahan mereka hari ini sudah tamat, Yunho masih lagi berada di kelas untuk membincang sedikit tentang Yeonjun dengan Mingi.

Dia menyuruh Yeosang untuk pulang bersama keluarganya terlebih dahulu. Dia tahu Yeosang masih lagi belum tenang sejak kejadian pagi tadi berlaku.

"As you know, Yeonjun memang gila kuasa. Aku pernah sekelas dengan dia selama dua tahun dan aku rasa macam nak gila sebab sekelas dengan dia lagi tahun ni." Mingi mula menceritakan serba sedikit yang dia tahu mengenai Yeonjun. Yunho pula sudah memasang telinga untuk dengar semuanya.

"Kalau kau nak tahu, semua budak kelas ni pernah jadi mangsa Yeonjun."

Terbeliak mata Yunho selepas mendengar kata-kata Mingi tadi.

"Se-semua?"

"Ya. Aku pun pernah juga."

"Kenapa dia buat macam tu?" soal Yunho inginkan jawapan.

"Alasan dia sebab bosan. Dia akan sengaja cari fasal dengan orang untuk jadikan mangsa dia," jawapan Mingi tadi cukup membuatkan hati Yunho sakit.

"Tch! Budak macam dia tak layak jadi ketua kelas!"

"Nak buat macam mana? Dia boleh buat apa-apa jer kat kelas ni."

Yunho menggulingkan kedua bola matanya. Jikalau ini pun dia rasa menyampah, apatah lagi Yeosang yang sudah lama mengenali Yeonjun sejak sekolah rendah.

Ah! Pasti terseksa rasanya!

"Tapi aku ada perasan sikit benda pelik kat diorang tu," kata Mingi membuatkan Yunho tertarik.

"Apa dia?"

"Kalau kau perasan, Wooyoung akan rakam video setiap kali kau dibuli."

"Aku ada perasan juga tapi apa function dia?" Mingi mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Entahlah. Walaupun Yeonjun pernah tanya dia sekali dia tak pernah bagitahu kenapa. Kau tak rasa ke benda tu suspicious?"

Keningnya mula terangkat setelah mendengar penjelasan dari Mingi tadi.

Baginya, itu agak pelik kerana kalau dia merupakan kawan kepada si pembuli, dia juga akan turut serta. Tetapi lain dengan Wooyoung kerana dia akan rakam setiap kali dirinya dibuli oleh Yeonjun dan San.

Malah, kejadian pagi tadi juga dia ada rakam. Tak mungkin dia akan rakam suka-suka.

Pasti ada sesuatu yang dirancang oleh mereka sebenarnya...

[C] Last Wishes ☾윤상☽Where stories live. Discover now