Yunho tertidur nyenyak setelah dia menjalani beberapa pemeriksaan tadi. Yeosang mengalihkan mata melihat radar degupan jantung Yunho pada skrin monitor.
Keadaannya sekarang ialah normal. Yeosang tersenyum kelat. Lalu dia mengeluh kecil setelah teringatkan sesuatu. Esok merupakan hari yang mendebarkan dimana Yunho akan menjalani pembedahan jantung.
Walaupun bukan dirinya yang kena bedah, dia masih lagi rasa risau. Takut sekiranya hari ini merupakan hari terakhir dia tengok Yunho secara realiti.
"Kalaulah kau tak ada sakit ni..." keluh Yeosang perlahan. Lalu dia membetulkan semula selimut Yunho yang tadi kelihatan sedikit terselak.
Namun perbuatan dia tadi telah menyedarkan Yunho dari alam mimpi.
"Hmm?"
"Eh? Aku ganggu kau tidur ke?" soal Yeosang sedikit terkejut.
Yunho menggelengkan kepala. Dirinya masih lagi dalam keadaan separuh sedar. Dia mengeliatkan badan buat seketika sebelum berpaling pada Yeosang.
"Kau mesti bosan kat rumah bukan?" teka Yunho. Yeosang yang mendengar itu terangkat kening.
"Bosan apa pula?" soalnya kurang faham.
"Yalah. Kalau kau tak bosan, mesti kau tak akan lawat aku hari ini."
"Aku lawat kau sebab kau sakit gila! Kalau tak, memang tak ada maknanya aku ke sini."
Yunho tertawa setelah mendengar jawapan yang diberikan oleh Yeosang tadi. Sudah lama dia tidak menyakat kawannya.
Ah... Rindu pula rasanya.
Yeosang menggulingkan kedua bola matanya. Kalau Yunho sihat, sudah lama dia pergi ketuk kepala batu Yunho itu. Tapi takut nanti ada orang pengsan kat hospital susah pula dia nak handle.
"Yeosang..." panggil Yunho perlahan. Tetapi matanya tertumpu pada luar tingkap.
"Kenapa?"
"Aku nak jalan-jalan kat taman kejap..."
"Eh? Boleh ke?"
Tanya Yeosang inginkan kepastian. Bukan dia tidak izinkan tetapi dia risau akan keadaan Yunho sekarang.
Anak Jeong itu bukannya mendengar kata. Dah tahu badan masih lemah nak juga berjalan-jalan kat luar.
Memang cari fasal lah namanya...
"Ala kejap jer," ujar Yunho cuba untuk meyakinkan Yeosang. Dia sudah bosan asyik duduk di atas katil dan tidak membuat apa-apa. Dia juga mahu bebas berjalan sama seperti pesakit lain.
Yeosang yang dari tadi melihat Yunho seakan-akan merayu padanya itu mula mengalah. Dia tidaklah kejam biarkan kawannya terperap di wad seorang diri. Terus Yeosang membantu Yunho untuk bangun dari katil.
Yunho melihat keadaan di sekelilingnya terlebih dahulu sebelum mengajak Yeosang keluar dari bilik wad. Dia tak nak diketahui oleh Dr Ryu bahawa dia keluar dari wad secara senyap-senyap.
••••••••
"Wah! Dah lama aku tak keluar jalan-jalan!"
Jerit Yunho riang. Dia melilau melihat keadaan di sekeliling. Suasana di taman ini sungguh aman dan tenang. Yeosang tersenyum kecil melihat gelagat kawan baiknya dari belakang.
"Kau tak keluar dari wad sejak hari tu ke?" soal Yeosang. Laju dia berjalan menghampiri Yunho yang sudah berada di depannya.
"Ada tapi tu pun dua minggu lepas. Then doktor tak bagi aku keluar lagi sebab diorang kata badan aku lemah," balas Yunho lebar. Yeosang mengangguk kepala kecil.
Sebaik sahaja dia lihat senyuman yang terukir dibibir Yunho itu, hatinya mula rasa sebak. Sedih apabila diingatkan semula bahawa hari ini merupakan hari terakhir dia dapat bergelak tawa dengan Yunho.
Esok... Belum tentu lagi Yunho masih bernafas di sini. Sungguh perkara itu membuatkan dia rasa sangat takut untuk kehilangan satu-satunya kawan baik.
"Yeosang, aku tahu kau risaukan fasal esok..." kata-kata Yunho tadi membuatkan Yeosang tersentak sedikit.
"Huh?"
"Aku tengok muka kau pun aku dah tahu. Tapi kau tak perlu risau. Aku dah bersedia untuk hadap semuanya," tambah Yunho lagi dengan mengukir senyuman yang manis.
"Ta-tapi macam mana dengan aku? Aku tak nak kesunyian nanti..."
Mata Yeosang mula berkaca. Dia berusaha untuk menahan daripada ia pecah.
Yunho mengeluh kecil. Lalu dia menepuk bahu Yeosang perlahan.
"Kita tak boleh nak ubah takdir kita, Yeosang. Nak tak nak, kita terpaksa hadap juga. Aku harap kau boleh terima kalau esok ia tak berjaya..." pujuk Yunho lembut.
Yeosang mengangguk kecil. Dia tidak dapat menahan lagi. Air matanya sudah pun mengalir dengan deras membasahi pipinya.
Sungguh dia belum bersedia untuk hadap semuanya nanti.
Yunho segera menyapu air mata Yeosang dengan lembut. Dia tidak mahulah lihat kawan baiknya sedih atas apa yang berlaku pada dirinya.
"Dah dah. Kau ni lelaki tapi menangis macam perempuan," sempat lagi Yunho bergurau kecil. Yeosang terus menjelingnya tajam.
"Kaulah satu-satu manusia yang buat aku asyik menangis!"
Tertawa besar Yunho dibuatnya setelah Yeosang membalas dengan dingin. Tadi bukan main sedih, lepas itu tiba-tiba pergi marahkan orang pula.
Yeosang memandang Yunho dengan pandangan yang menjengkelkan. Lalu dia juga turut tertawa sama dengan Yunho.
"Oh ya, jomlah kita ambil gambar kat sini." Cadang Yunho cuba untuk menukar topik.
"Boleh juga. Kejap, aku nak minta tolong orang tangkapkan gambar untuk kita."
Kata Yeosang. Dia segera mencari orang yang berdekatan dengannya untuk tolong tangkap gambar mereka berdua.
Selepas sahaja jumpa, dia berlari mendekati Yunho yang sedang menunggunya. Lalu mereka mula mengambil gambar bersama dengan banyak.
Gambar yang ditangkap itulah akan jadi kenangan buat mereka berdua nanti...
Ready untuk ending esok?
YOU ARE READING
[C] Last Wishes ☾윤상☽
Fanfiction❝ There's one thing I want to wish. ❞ ✧*:.。.✎ ateez yunsang's angst fanfiction ⚠️TIADA UNSUR LGBT DALAM FANFIC INI ⚠️ Start : 3 September 2021 End : 2 October 2021 Cover : thanks @precioussoobin_ for the beautiful cover