◤──•~❉᯽❉~•──◥
Kkkrrriiinnggg!!
Khaisar mengambil jam loceng yang berbunyi daripada tadi,macam nak pecah gegendang telinga dibuatnya.Jam menunjukkan pukul 5.00 pagi.
"Bodohlah! Aku dah lambat..."
Khaisar terus mengambil tuala yang disangkut dikepala katil lalu dengan segera masuk ke bilik air.Tak sampai 3 minit dia sudah keluar dah terus menyarung seluar sekolah dan baju T-shirt warna hitam.Cepat-cepat dikaut beg sekolah dan sarung kasut untuk bergegas keluar.Bukan ke sekolah tetapi ke kedai tong gas!
"Hah!Sampai pun kau budak! Ingat dah tak nak kerja lagi.Aku bukan kesah sangat kau datang ke tak." Pak Samad terus menengking Khaisar sebaik sahaja kelibat Khaisar mucul.
Dia paling benci orang yang datang lambat apabila kerja.Tak lambat sangat pun cuma 5 minit je!
"Minta maaf Pak Mad,bukan sengaja"Balas Khaisar dengan nada perlahan sambil menundukkan muka.Kalau ikutkan hati nak je dia tumbuk muka Pak Samad ni,bagi biru sikit muka orang tua ni.Tak sampai 5 minit pon lambat.Dia bukan takut! Tapi apalah nasib...dah berkerja dengan orang.Tak pasal-pasal kene pecat.Inilah sebab kenapa dia sorang je perkerja dekat kedai ni...memag siapa je yang nkmahu kerja dengan toke yang perangai macam sial!
"Dah!Cepat angkat tong gas ni,maaf-maaf....Ni lah kalau kerja dengan orang muda!buat kerja sambil lewa...Ni aku dah baik dah bagi kau kerja dengan aku..bersyukur sikit!"Belum habis lagi rupanya mulut pisau Pak samad.Pak Samad kalau bercakap nak menengking terus.
"Baik Pak mad.."Khaisar yang hanya sebagai kuli hanya mampu mengangguk dan mula berkerja.Apalah nasib Khaisar...saat orang seumurnya masih tidur untuk mengumpulkan tenaga demi fokus pembelajaran disekolah,dia pula memerah tenaga membuat peluh.
Itulah Khaisar,disaat semua orang masih lena dibawah selimut.Dia sudah mula mengangkat tong-tong gas dan dimasukkan kedalam lori.
"Ok,dah cukup"Kata Pak Samad yang sudah puas hati dengan bilangan tong gas yang sudah diangkat kedalam lori.Ceh ! Yang angkat semua khaisar...dia tengok je."Ok,lepas ni kau ikut aku hantar kat rumah pelanggan,kau lari aku sepak kau!"Tengking Pak Samad lagi.
Memang siapa yang nak lari... upah aku pun kau tak kasi lagi!Khaisar yang semakin meluat hanya mampu berkata didalam hati.
Semua pelanggan yang menempah tong gas sehari lebih awal sekali dengan bayaran akan dihantar tong gas dibelakang rumah pada waktu pagi dan tong gas yang sudah kosong akan diambil oleh Khaisar.Memang semua Khaisar yang buat.Angkat tong gas turun,angkat tong gas naik.Pak Samad hanya pandu kereta dan memerhati sambil merokok.
"Nah ni upah kau" duit RM50 sekeping dihulurkan kepada Khaisar tanpa memandang wajahnya.
"Terima kasih Pak mad"jawab Khaisar acuh tak acuh sambil mengambil wang RM50 yang dihulurkan."Gerak dulu eh Pak Mad" cakap Khaisar lagi.
"Buat apa kau pergi sekolah,bodoh je aku tengok kau"Ada je modal Pak Samad kalau bab mengutuk.
Khaisar yang tak menghiraukan kata Pak Samad terus berlari ke sekolah sambil menyarungkan baju sekolah yang dimasukkan di dalam beg sebelum berangkat pagi tadi.Jam menunjukkan pukul 7.30 pagi,Khaisar berlari dengan sekuat tenaga untuk sampai ke sekolah.Dia sebenarnya bukan nak belajar sangat tapi malas mahu berdiri di depan kelas kerana lambat.Dah lah dia penat berkerja dari pagi.
Sampai sahaja di sekolah.Khaisar terus ke tempat diduduknya dan membaringkan kepala.Mungkin kerana terlalu penat selepas berkerja.Tiada siapa menegur Khaisar di sekolah.Bukan apa..hanya takut disebabkan pakaian sekolah Khaisar yang tak berbutang menampakkan baju dalamnya yang berwarna hitam seperti perlajar nakal.
Sudah seminggu Khaisar bersekolah di sini sebagai pelajar tingkatan 5.Selepas Keluarganya meninggal dunia kerana aksiden motor tiga bulan lalau,Khaisar berpindah ke rumah kecilnya itu daripada rumah sewa yang dia tinggal sebelum ini,itulah satu-satunya harta yang keluarganya tinggalkan kerana memang sejak dulu dia dan keluarganya hidup susah tetapi tidaklah sampai meminta-minta.Meninggalnya kedua ibu bapanya memberikan tamparan hebat kepada hidupnya kerana Khaisar tiada saudara lain dan hanya tinggal berseorangan di rumah itu.Bantuan kerajaan serba sedikit cukup membantu dia pergi ke sekolah.Khaisar hanya bersekolah untuk mendapatkan sijil SPM dan berhenti di situ cita-citanya.
Bam!
Satu hentakan kuat dimejanya membuatkan Khaisar terkejut dan segera bangun dari lena.Seorang budak lelaki yang bajunya juga tidak berbutang apatah lagi memakai tali leher terus mencekak baju Khaisar."Oii!Kau eh budak baru yang tunjuk gangster taik kucing yang aku dengarr dua tiga menjak nie!"Budak lelaki itu menengking dengan suara yang garau kepada Khaisar.
Haih!Apa pulak ni....dh lh aku ngantuk gila.Khaisar yang masih mamai cuba melepaskan cengkaman budak lelaki tadi."Kau nak ape bodoh....."Khai menjawab sambil mamai,dia berharap perkara ini cepat habis dan ingin sambung tidur.
"Aku cakap,kau ke budak baru yang tunjuk gangster baru-baru nie!" Cengkaman budak lelaki itu semakin kuat mungkin disebabkan jawapan yang keluar daripada mulut Khaisar membuatkan dia semakin marah.
Kerana cengkaman di baju di lehernya semakin kuat dan mula di tarik ke atas Khaisar terus menumbuk muka budak lelaki itu untuk melepaskan tangan dari pakaiannya.Badan Khaisar memang agak sasa mungkin disebabkan kerja kerasnya kebelakangan ini membuatkan tumbukan tadi dapat membuatkan budak lelaki itu sedikit kebelakang.
Semua pelajar terkejut dan ada yang terjerit kecil kerana tidak sangka Khaisar berani menumbuk ketua samseng sekolah SMK Senai Putra(tak payah search kat mana sbb mmg takkan jumpa) yang terkenal kerana perangai yang sangat nakal sehingga pihak sekolah tidak tahu mampu menahan lagi.Mahu di buang sekolah,keluarga dia adalah penderma utama sekolah.Nak tak nak haruslah membiarkan dia dan geng nakal terus berleluasa.Selain itu,ketua samseng yang bernama Rizkey itu mempunyai badan yang sasa dan tinggi lebih 180 cm.Tidak cukup sampai disitu,rupa paras yang kacak dengan kulit sawa mata yang sangat mempersona membuatkan dia digelar Samseng Hot oleh perlajar perempuan di sekolahnya.kalau bab kaki perempuan memang Rizkey lah orangnya.
"Hahahaha!Kau memang pukimak lah!"Rizkey ketawa kecil sambil menggosok pipi kanannya yang baru sahaja ditumbuk oleh Khaisar.Tak sangka dia yang khaisar mempu menumbuk mukanya sehingga terlepas cengkamannya.Rizkey mula mematah-matahkan jari tangannya untuk bersedia menbalas kembali tumbukan tadi.
"Riz! Cikgu sampai bodoh!!" Seorang pelajar menjerit dipintu kelas untuk memastikan line "kosong".
"kau lepas kali ni..tpi kau jangan fikir lepas ni kau boleh bernafas lega"Rizkey mencekak pipi Khaisar dengan kasar sambil membisikan kata-kata amaran.
"Oii cepat lah! Cg dah dekat!"jerit pelajar di pintu itu lagi.Dia memang malas nak masuk bilik disiplin lagi.Memang Rizkey ada kuasa....tpi dia?
Rizkey keluar sambil kedua tangannya di masukkan kedalam kocek seluar dan memandang Khaisar seperti haiwan buas yang menanti mangsanya.
"Haih.."Khaisar mengeluh perlahan.Dia tak sangka yang dia akan terlibat dengan perkara yang seperti ini.Malas dia memikirkan,Khaisar sambung lenanya kerana terlalu mengantuk.
Bersambung~
klu ada yg kurang faham comment je...I need support from readers to make me eager to write
YOU ARE READING
Samseng Lover
RomanceWarning!!!!Mature content🔞 "Kenapa kau suka aku,aku miskin,aku anak yatim,yang paling aku tak faham kenapa kau boleh suka aku,sebab aku lelaki"-Khaisar "Aku tak kesah apa kau nak cakap pasal diri kau,kau laki ke,kau perempuan ke,aku tak kesah,sebab...