Chapter 9:Kasih

2.6K 111 6
                                    

• ⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱✾⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰ •

Walaupun kelas pertama hampir bermula,Khaisar masih belum  hadir  ke sekolah.Rizkey hanya termenung di kelas memandang tingkap apabila buntu memikirkan siapa dalang disebalik luka dan lebam yang teruk di badan Khaisar.

"Bodoh gila budak semalam tu kene pukul,hidup lagi ketak eh budak tu."

"Entah,kalau aku dah lama aku pukul balik,hahaha."

Perbualan antara dua pelajar lelaki  yang duduk bersebelahan meja Rizkey seperti menusuk gegendang telinganya.

"Tapi aku kesian gak tengok die,macam ikan bu.."

Bukk!

Satu tumbukan hinggap di muka pelajar itu.Pelajar lain yang berada didalam kelas itu ada yang terjerit kerana terkejut.Sebahagian pelajar pula mula keluar kerana takut terkena impak daripada pergaduhan tersebut.Ini bukan kali pertama Rizkey memulakan pergaduhan disekolah.Sejak tingkatan satu lagi Rizkey sering keluar masuk bilik disiplin,dan ada sesetengah pelajar yang sudah faham mengapa Rizkey masih belum di buang sekolah.

Pelajar yang ditumbuk tadi masih mengerang kesakitan tergeletak di tanah."Kau apahal tiba-tiba."Soal pelajar tadi yang masik memegang pipinya yang kesakitan.

"Kau ke yang pukul Khaisar!"Tengking Rizkey sambil menarik kolar baju pelajar itu.

"Buk..kan aku."Jawap pelajar itu terketar-ketar.

"Kalau bukan kau sape!"Tanya Rizkey tidak sabar.Denyutan urat dilehernya kelihatan jelas.

"Am..mar den..ngan ..kawan-kawan dia!"Beritahu pelajar itu sambil cuba melepaskan cengkaman di bahagian bajunya.Bukk!Satu tumbukan lagi hinggap di pipinya."Arrghh!Kenapa kau tumbuk aku lagi?"

"Ini untuk sebab kau tak tolong budak yang kau nampak tu."Jawap Rizkey dingin sebelum bergerak pergi ke kelas Ammar berada.

Semua pelajar yang melihat dari jendela luar memberikan laluan kepada Rizkey.Kelihatan Ammar sedang bergelak ketawa bersama tiga rakannya yang langsung tiada rasa bersalah selepas memukul anak orang.Satu daripda rakannya ditendang daripada belakang oleh Rizkey.Apabila rakannya yang lain ingin membantu tumbukan bertubu-tubi hinggap di muka mereka.Ammar hanya mampu terpaku melihat kejadian dihadapannya."Riz kenapa tiba-tiba?"Soal Ammar hairan.

Pertanyaan Ammar tidak dihiraukan.Satu persatu rakan Ammar dibelasah Rizkey.Langsung tiada perasaan kasihan yang tersisa apabila melepaskan tumbukan.Mereka memang bukan lawan Rizkey yang berbadan sasa.Walaupun terdapat satu dua tumbukan yang sempat hinggap di badan Rizkey.Tetapi itu langsung tidak menumpulkan serangan Rizkey.Ramai pelajar mula berkumpul  menyaksikan daripada tingkap luar kelas.Pelbagai gosip dibualkan oleh mereka.Ada juga terdapat pelajar yang merakam menggunakan telefon pintar yang dibawa secara haram.

Semua pelajar semakin terkejut apabila kerusi kayu mula di angkat Rizkey.Satu kerusi kayu dibaling menghentam badan salah satu rakan Ammar dan ada pelajar yang terjerit kecil.Rayuan ketiga rakan Ammar terus diabaikan Rizkey.

Semasa Rizkey mula mengangkat meja kayu datang tiga orang guru lelaki mengehentikannya."Rizkey dah!Ikut saya ke bilik disiplin."Ucap Cikgu Safwan sambil menahan kedua tangan Rizkey kebelakang.Cigku Safwan memang terkenal sebagi guru disiplin yang tegas dan Rizkey terpaksa patuh kerana Cikgu Safwan adalah bekas tentera.Masih mustahil Rizkey untuk menentangnya."Razak call polis dengan ambulance."Arah Cikgu Safwan tegas kepada Cikgu Razak yang berada disebelanya.Cigku Razak hanya mengangguk tanda faham."Rizkey dan Ammar ikut saya ke bilik disiplin.Kita tunggu polis datang.Dua tiga pelajar tolong bawak tiga budak yang terlentang kat lantai tu pergi bilik kesehatan."Arah Cikgu Safwan kepada beberapa pelajar.

Samseng LoverWhere stories live. Discover now