Chapter 13:Dipanggil

2.5K 100 3
                                    

◤──•~❉᯽❉~•──◥

Khaisar masuk ke dalam kelas dengan rasa hairan dan tidak selesa.Bermula daripada pagar masuk sekolah hingga masuk ke dalam kelas,ramai pelajar yang melihat kepadanya,jika mereka bertentangan mata dengan Khaisar,masing-masing menunduk ketakutan.Mungkin dia sudah beberapa hari tidak hadir sekolah?

Sebenarnya gossip beredar di antara mereka bahawa pergaduhan Rizkey tempoh hari disebabkan Khaisar.Namun tidak pasti apa sebab utamanya,semua pelajar senyap apabila guru pelajaran pertama masuk ke dalam kelas.

"Ok kelas...sebelum kita memulakan pembelajaran...Khaisar nanti waktu rehat pergi meja saya kat bilik guru."Arah Cikgu Alia kepada Khaisar yang duduk di meja bahagian belakang.

Setelah Khaisar mengangguk tanda faham kelas bermula seperti biasa.Cikgu Alia yang akan mengomel terlebih dahulu sebelum pembelajaran yang sebenar bermula.Ada saja sikap pelajar yang tidak kena dimatanya akan dimasukkan untuk ditegur.

• ⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱✾⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰ •

"Cikgu ni surat cuti saya."Khaisar menghulurkan sekeping kertas tanda tangan doktor untuk kelulusan cuti sebaik sahaja sampai di meja Cikgu Alia.

"Ouh..ok terima kasih..tapi sebenarnya saya panggil awak ni tentang maslah lain.Saya tahu keadaan ekonomi awak dan pihak sekolah ada menawarkan biasiswa.Saya sebagai guru kelas awak nak lah awak dapat biasiswa ni,boleh buat duit belanja awak sekali.Tapi syaratnya awak kena lah dapat keputusan yang baik sekurang-kurangnya gred C ke atas bagi semua subjek....tak susah pon kan."Terang Cikgu Alia panjang lebar dengan harapan dapat memberikan cahaya baharu kepada Khaisar dan membiarkan Khaisar lebih semangat untuk belajar.

Khaisar hanya terdiam sejenak memikirkan apa yang dijelaskan oleh Cikgu Alia.Tetapi gred C untuk semua subjek sudah agak sukar baginya,lagi-lagi subjek matematik dan Bahasa Inggeris yang dia sudah gagal sejak tingkatan 2 bagi setiap peperiksaan."Takpe lah Cikgu,saya ok je dengan kondisisi saya sekarang."Jawab Khaisar berharap Cikgu Alia tidak mendorongnya untuk pergi lebih jauh.Benar ini adalah peluang emas untuk dirinya,tetapi untuk menyeimbangi masa kerja dan belajar adalah perkara yang agak mustahil untuk dirinya yang bukan dilahirkan genius.

"Tapi Khaisar.....bla..bla"Cikgu Alia masih berusaha memujuk Khaisar dengan menerangkan faedah yang akan diperolehnya jika mendapatkan biasiswa sekolah.

Khaisar sudah mengendahkan penerangan Cikgu Alia dan hanya berhayal sendiri memikirkan perkerjaannya Yan akan dilakukan di caffe malam ini.Sementara Cikgu Alia sedang bercakap sendiri,Khaisar melihat Rizkey yang sedang dibebel oleh Cikgu Safwan dimeja agak jauh dari meja Cikgu Alia.Dia hanya tersenyum sendiri melihat kata-kata Cikgu Safwan yang masuk ke telinga kanan dan keluar ke telinga kiri Rizkey.Rizkey hanya berdiri dengan muka bosan mendengar leteran Cikgu Safwan.

"Cikgu saya memang tak minat untuk dapat biasiswa sekolah,jadi boleh Tak saya nak keluar dulu."Mungkin penerangan Cikgu Alia tidak akan habis jika tidak disuruh berhenti,Khaisar mengambil langkah berani dengn meminta izin untuk keluar.

"Awak tak dengar ke apa yang saya terangkan tadi...haih..takpelah Khaisar..saya tak nak paksa awak...kalau awak berminat nanti datang jumpa saya."Ucap Cikgu Alia sebelum membiarkan Khaisar pergi.

"Dear,Cikgu Alia cakap apa je tadi."Rizkey yang keluar sedikit lebih awal menunggu Khaisar di hadapan pintu bilik guru."Aduh,jangan lah pukul."Rizkey mengaduh kesakitan apabila Khaisar menumbuk bahunnya.

"Kau lah punya pasal,kalau orang dengar macam mana?"Geram Khaisar dengan perangai tidak serik Rizkey."Cikgu Alia tanya aku pasal biasiswa sekolah.Aku cakap lah yang aku tak minat."Jelas Khaisar kepada Rizkey yang terus memandangnya."Yang kau pandang-pandang ni kenapa?"Soal Khaisar penasaran.

"Comel,macam nak cium je."Jawab Rizkey selamba dan satu tumbukan hinggap di bahunnya.

"Pagi tadi sebelum pergi sekolah  kan dah."Khaisar yang sudah merona merah terus beredar meninggalkan Rizkey.Jika semakin dilayan,semakin menjadi-jadi perangai Rizkey.Tiba-tiba tangan Khaisar ditarik oleh Rizkey pergi ke bawah tangga berdekatan dengan bilik guru.Badan Khaisar ditolak ke dinding dan Rizkey menekan bibirnya di mulut Khaisar."Agh..Rizkey...kau gila ke buat kat sekolah!Kalau orang nampak macam mana." Khaisar yang mulutnya masih terus ditekan Rizkey berusaha menolak dada Rizkey.

"Sapa suruh kau jeling-jeling aku kat bilik guru tadi."Jawab Rizkey sambil mencium leher Khaisar.Badannya  terus ditolak Khaisar tapi sengaja badan kekasihnya itu ditolak kuat rapat ke didinding supaya Khaisar tidak dapat melepaskan diri.

Tap...tap...tap

"Rizkey..Ada orang lah."Khaisar yang sudah ketakutan apabila kedengaran bunyi telapak kasut menghampiri tangga.

"Shhh!"Rizkey menutup mulut Khaisar dan menunggu sehingga bunyi tapak kasut itu semakin jauh dan tidak kedengaran."Ok dah pergi...jangan lah takut dear...takde sape lah.."Pujuk Rizkey apabila melihat Khaisar sudah mula menggigil ketakutan,tiba-tiba rasa bersalah pula menyelubungi diri.Pipi Khaisar dikucup lembut berharap Khaisar tenang.

"Dah lah malas aku nak layan kau!"Khaisar menolak badan Rizkey dan berjalan cepat meninggalkan Rizkey.Rizkey mengejarnya dari belakang dan beberapa kali meminta maaf.Sengaja Khaisar mengabaikan Rizkey supaya dia sedar tentang kesalahannya.

"Khaisar....kau tak makan lagi kan..jom pergi kantin...aku belanja.."Pujuk Rizkey mahu mengambil hati Khaisar.

"Yelah-yelah."Khaisar malas mahu pentengkaran kecil ini pergi semakin jauh,takut perkara yang tidak diingini berlaku jika dilebih-lebihkan.

Rizkey tersenyum senang dan langsung membawa Khaisar kekantin meghabuskan waktu rehat yang tersisa.

• ⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱✾⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰ •

"Dear kerja pukul 6 kan..nanti tunggu aku jap... biar aku hantar kau."Pesan Rizkey selepas menghantar Khaisar pulang daripada sekolah,kalau boleh setiap kali Khaisar mahu pergi ke sesuatu tempat,dia mahu sedaya upaya untuk cuba jemput dan hantar balik ke rumah,dengan cara ini dia boleh mengahabiskan masa lebih banyak dengan buah hatinya.

"Ok."Balas Khaisar ringkas langsung masuk ke rumah dan Rizkey hanya memerhatikan dari belakang sehingga kelibat Khaisar hilang daripada pandangannya.

• ⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱✾⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰ •

"Dear,dah sampai."Rizkey meletakkan motornya dihadapan caffe.

"Kenapa kau turun sekali?"Soal Khaisar hairan apabila Rizkey menanggalkan helmetnya dan turun sekali daripada motor.

"Aku nak lepak sini."Jawab Rizkey dengan muka selamba.

"Tak payah lah,aku ok lah,kau balik lah dulu."

"Kan aku cakap aku nak lepak sini,kenapa tak boleh ke?"Balas Rizkey lagi sambil menanggalkan helmet Khaisar lalu dibawah sekali masuk kedalam caffe yang sudah ada beberapa pelanggan.

Khaisar hanya mampu mengetap bibir menahan geram,sebenarnya dia tidak mahu Rizkey melihatnya berkerja kerana mungkin perkerjaannya tidak akan fokus disebabkan memikirkan Rizkey."Haih."Khaisar mengeluh nipis.

"Dear!Tak nak masuk ke?"Sengaja Rizkey yang masih berada dihadapan pintu caffe menguatkan perkataan 'dear' dan semua pelanggan melihat kearah mereka.

"Rizkey!"Khaisar yang sudah kebas muka menahan malu apabila Abang Khairul sudah perasan kehadiran mereka berdua dan hanya tersenyum ke arahnya.Memang lelaki mana yang bergurau dengan kalimat seperti ini.'Rizkey ni...memang nak kena!'Getus Khaisar sendiri dengan muka yang sudah merah delima.

.·:*¨༺‿︵‿୨♡୧‿︵‿༻¨*:·.

ℑ𝔣 𝔶𝔬𝔲 𝔩𝔬𝔳𝔢 𝔪𝔶 𝔴𝔬𝔯𝔨,𝔭𝔩𝔢𝔞𝔰𝔢 𝔳𝔬𝔱𝔢 𝔞𝔫𝔡 𝔠𝔬𝔪𝔪𝔢𝔫𝔱














Samseng LoverWhere stories live. Discover now