Chapter 6:Pengakuan

3.1K 99 1
                                    

• ⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱✾⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰ •

"Weh,aku cakap sorry kan,aku tak sengaja."Rizkey masih berusaha untuk permintaan maafnya diterima.Biasanya dia tidak heran jika ada orang yang membencinya,dengan sikapnya yang begitu memang wajar ramai yang menyimpan dendam dengan dirinya.Tetapi,Rizkey merasa cemas dan tidak senang duduk jika tidak dapat melihat muka Khaisar waktu ini.Walaupun pintu bilik diketuk bekali-kali,hanya keheningan yang menjawab.

Khaisar masih memejamkan mata sambil berbaring.Air matanya yang yang tadi membasahi pipi mula mengering.Dia tahu,ini tidak sepenuhnya salah Rizkey.Dirinya yang terlalu mudah mengikut arus yang dibawa Rizkey.Dia langsung tidak menyangka,apa yang dia pernah lihat di video-video gay porno sebelum ini jadi kepadanya.Khaisar mengaku yang dia merasa nikmat,tapi harga dirinya yang mahal membina tembok kepada sesiapa yang ingin menyentunya.'Dah lah perut aku lapar gila,buat hal betul lah budak tu'.Khaisar hanya menggumam di dalam hati.Kalau Rizkey keluar daripada rumahnya,mungkin dia boleh sambung masak dan makan nasi goreng yang dibuat tadi.

"Weh budak baru,keluarlah aku dah minta maafkan!"Bicara Rizkey mula kasar apabila Khaisar hanya mengabaikannya.Khaisar seperti tidak melihat bahawa dia sudah berusaha sebaik mungkin untuk bercakap lembut.Kalau orang lain mengendahkannya,memang sudah dipukul teruk orang itu."Aku ada beli mi goreng ni,aku tau kau lapar,kau tak nak makan ke?"Rizkey cuba mengumpan Khaisar keluar dengan makanan pula.Dia percaya manusia akan melemahkan benteng penghalangnya jika mereka lapar.

Krekk
Bunyi pintu Khaisar dibuka,melihat Rizkey berdiri terpacak dihadapan biliknya dengan muka mula tersenyum.'Yes!umpan kena!'Mesti itu yang difikirkan Rizkey kata Khaisar di di dalam hati.Dia memang sudah teramat lapar sehingga dirinya mahu tidur terus terganggu."Mane mi tu,lepas makan kau bla."Khaisar ingin Rizkey segera pulang.Sebenarnya,dirinya sangat malu untuk berhadapan dengan Rizkey.Melihat muka Rizkey saja sudah buat hatinya berdebar.

Rizkey terus menunjukkan makanan itu yang berda di meja makan kayu tadi.Dirinya ingin mengambil peluang ini,untuk memujuk hati Khaisar.

"Aku tak nak makan kat situ!"Khaisar terus membantah  untuk makan di meja makan yang tadi menjadi mereka bergusti manja.Mukanya yang tadi sedikit sembam terus merona merah.

"Ok,ok kau boleh nak makan kat mane-mane,lagipun ni rumah kau."Jawab Rizkey sambil tersenyum melihat muka Khaisar yang memerah.Mesti fikir pasal tadi.Fikir Rizkey nakal.Dia ambil dua bungkus mi goreng yang dibeli di restoran berdekatan rumah Khaisar lalu letak di atas lantai."Meh duduk"Arah Rizkey suruh duduk disebelahnya.

Khausar ambil bungkusan mi goreng yang diletakkan diatas lantai lalu bersila bertentangan  dengan Rizkey.Dia mula makan dengan agak lahap,orang lapar lah katakan.Tidak mahu dia duduk dekat-dekat,lagi-lagi selepas kejadian tadi.

Rizkey hanya tersenyum menandakan dia tidak kesah.Khaisar keluar daripada bilik sudah cukup buat dia."Aku minta maaf."Rizkey mangambil peluang ini untuk memohon maaf maaf kepada Khaisar.

"Mmm."Itu sahaja yang keluar dari mulut Khaisar yang waktu itu sedang makan.

"Aku suka kau."

Tersembur segala makanan yang berada didalam mulut Khaisar.Nasib baik yang dalam perut tidak ikut terkeluar juga."cough,cough!"Khaisar batuk dengan keras kerana tersedak.

Rizkey segera memberikan air milo didalam beg plastik yang sekali dia beli direstoran.Dia tahu,ucapan cintanya begitu tiba-tiba dan sangat tidak romantik.Tapi dia tidak mahu segala perasaan seperti ini membelenggu nya dan membuatkan dia terbeban.Diar sedar,segala perlakuannya sangat tidak normal sejak si bilik kesihatan lagi.Semasa menyelamatkan Khaisar malam tadi,dia sedar bahawa wujud perasaan yang lain dihatinya.Melihat Khaisar tidur di sisinya,membuatkan jantungnya berdebar-debar dan dia sedar bahawa di suka kepada Khaisar.Rizkey tidak mengaharapkan jawapan positif daripada lelaki dihadapannya sekarang.Ini jugalah pertama kali dia meluahkan perasaan kepada seseorang dan mungkin juga pertama kali dia ditolak.

"Apahal kau suka aku,kau baru kenal aku tak sampai dua hari,entah-entah nama aku pun kau tak tau."Soal Khaisar bertalu-talu.Mungkin Rizkey hanya mahun bermain-main dengannya.Siapa yang mahu percaya kata-kata orang yang berperangai seperti Rizkey.Tidak pasal-pasal dirinya yang malu kerana menganggap semua ini serius.

"Khaisar, aku tau nama kau,kau tau nama aku tak?"Laju Rizkey menjawab soalan Khaisar.Sebenarnya,dia sudah memerhatikan Khaisar sejak dia masuk sekolah lagi.Biasanya budak baru memang menarik perhatian lagi-lagi bila sebaya."Aku tak tau nak cakap ape kalau bab kenapa aku suka kau,tapi aku cuma nak tau apa balasan kau."Cakap Rizkey lagi dengan nada yakin.Tiada langsung rasa takut bila meluahkan sesuatu dalam hatinya.

Bab nama Rizkey memang Khaisar tak tahulah.Dia tak ada masa mahu mengambil perhatian kepada orang lain.Menjaga dirinya sendiri sudah susag,apatah lagi untuk memikirkan orang lain."Nama kau...."

"Rizkey."

"Hehe"Khaisar malu sendiri."Kenapa kau suka aku,aku miskin,aku anak yatim piatu,paling aku tak faham kenapa kau suka aku sebab aku lelaki."Jelas Khaisar dengan suara yang perlahan.Dia tidak tahu apa yang bagus pada dirinya untuk orang lain meletakkan dirinya pada hati  mereka.

Kini Rizkey faham kenapa daripada tadi dia tidak melihat ibu bapa Khaisar.Ini sebenarnya menambahkan lagi kasih nya pada insan bernama Khaisar."Aku tak kesah apa kau nak cakap pasal diri kau,kau laki ke,kau perempuan ke,aku tak kesah,sebab aku yang cakap aku suka kau."Terang Rizkey panjang lebar sambil meremung Khaisar yang hanya menunduk."Sekarang aku cuma nak tau,kau terima aku tak,Khaisar."Rizkey mahu jawapan dengan segera.Dia tidak mahu merasa beban dalam hatinya demi menanti jawapan.

"Aku tak tau,kau balik lah dulu,nanti-nanti aku fikir."Khaisar buntu mahu jawab apa.Dia hanya berharap untuk Rizkey pulang dahulu untuk memberikan dia ruang untuk berfikir.

"Haih."Rizkey mengeluh perlahan,dia inginkan jawapan segera tapi jika dipaksa takut Khaisar akan semin jauh darinya."Yelah, jangan lama-lama.Aku bla dulu."Kata Rizkey dengan nada sedikit kecewa sambil mengambil langkah keluar.Sebelum memakai topi keledar yang diletakkan diatas motor dia hanya merenung kepada Khaisar yang masih menunduk dan berhenti makan.

Khaisar tidak mahu memandang Rizkey kerana tidak mahu Rizkey melihat ekspresi mukanya.Bungkusan makanan Rizkey tidak disentuh lagi.'Rizkey belum makan nanti dia lapar'.Fikir Khaisar.'Eh kau ni,tetiba risaukan dia'Khaisar malu sendiri.Apabila mendengar bunyi motor Rizkey semakin jauh,Khaisar menyambung kembali makannya yang terhenti sejenak.Dia hanya buntu apa yang perlu dijawab bila bertemu Rizkey lagi.Nasib baiklah Kedai tong gas Pak Samad hari ni cuti,tak pasal dia kena pecat on the spot sebab tak datang kerja.
"Haih"Tiba-tiba Khaisar rasa seperri mahu ponteng sekolah esok hari.

Bersambung~

Kalau suka Chapter ni,boleh lah vote or comment❤️Share jugak pada kawan-kawan yang suka baca BL story😘




Samseng LoverWhere stories live. Discover now