Chapter 5:Salah langkah(mature)

4.1K 118 5
                                    

• ⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱✾⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰ •

Tombol huruf G ditekan oleh Rizkey.Lift daripada tingkat 5 perlahan bergerak kebawah.

"Kau tinggal sorang ke?"Soal Khaisar perlahan kepada Rizkey.Dia baru sedar bahawa Rizkey tinggal di apartemen mewah apabila keluar daripada rumah itu.

"Haah."Jawab Rizkey ringkas.Tiada perbualan yang terjadi sehinggalah tiba di kawasan garaj kereta."Nah tangkap!"Satu topi keledar yang dibawa bersama Rizkey dicampak kepada Khaisar.

"Oi,tak boleh bagi baik-baik ke?.Kang, kene kepala aku!"Geram Khaisar dengan Rizkey.Benda boleh bagi guna tangan boleh pula dicampak.Dia ingat ini gula-gula boleh campak-campak macam ni?Nasib dia dapat tangkap kalau tidak kepala dia yang benjol.

"Kau tunggu sini jap."Pesan Rizkey kepada Khaisar sebelum pergi ke tempat parkir kereta milik rumahnya.

Vrroommm!
Dia bawak balik aku rumah dia guna motor ke?Fikir Khaisar setiba sahaja Rizkey dengan motor sport berjenama Yamaha tiba dihadapannya.

"Woi!Kau tak nak balik ke?"Jerit Rizkey kepada Khaisar sambil menunjuk arah yang membawa arahan duduk di belakangnya.

Malas Khaisar untuk memikirkan hal remeh.Dibonceng sahaja Khaisar daripada belakang.Khaisar memakai baju T-shirt merah dan seluar adidas milik Rizkey.Tote bag yang betulisan Nike diisi dengan baju kotornya.Tak tahu lah dia bagaimana Rizkey mempunyai pakaian saiz sepertinya.Mungkin baju Rizkey ketika kecil.

"Woi!rumah kau kat mane?"Tanya Rizkey dengan nada yang kuat kepada Khaisar semasa berhenti di traffic light.Suasana jalan raya yang bising membuatkan suara Rizkey kedengaran perlahan.

"Dekat-dekat dengan kedai tong gas Pak Samad!"Jerit Kahaisar kuat.Dijawab juga Khaisar walaupun pertanyaan Rizkey kedengaran samar-samar.

"Kau pikir aku tau ke kat mana kedai tu!"

"Kau hantar jelah aku kat bangunan lama yang dekat dengan restoran tu!"

Persoalan dan jawapan semua dilakukan dengan menjerit.Dekat jalan raya jikalau jerit pun terdengar perlahan.Lagi-lagi apabila sedang menunggang motorsikal.Semuanya kedengaran tidak jelas.

• ⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱✾⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰ •

"Kau ok tak?"Soal Rizkey setiba sahaja di hadapan bangunan lama.Walaupun sekarang waktu siang dan masih cerah.Tidak mustahil masih ada manusia yang bernafsu anjing masih berkeliaran di lorong-lorong yang sunyi mencari mangsa.

"Kau ingat aku budak-budak ke?"Jawab Khaisar dengan nada jengkel.Memang Rizkey siapa mahu mengkhawatirkannya.Khaisar berjalan kaki pulang ke rumahnya.Restoran dengan rumahnya hanya mengambil masa 5 minit jika berjalan kaki."Yang kau pahal ikut aku!"Rupa- rupanya sepanjang perjalanannya,Rizkey membontoti perlahan daripada belakang menggunakan motor.

"Sape cakap aku ikut kau,memang jalan ni bapak kau punya ke?"Jawab Rizkey selamba.

Geram Khaisar dibuatnya,sehinggalah sampai ke hadapan rumah Rizkey masih mengikutinya."Aku dah sampai rumah lah,kau dah boleh bla!"Cakap Khaisar kasar.

"Kau tak nak jemput aku masuk ke?Aku belum makan lagi ni,sarapan pun tak sempat sebab jaga kau."

"Apahal pulak aku nak kena bagi kau makan."Belum habis lagi rupanya karenah Rizkey.Khaisar ingat,dia sudah tenang jika sudah sampai ke rumah.

"Aku dah tolong kau,bagi kau tidur rumah aku.Baju yang kau pakai pun aku kasi pinj.."Belum sempat Rizkey menghabiskan kata-katanya,Khaisar cepat memintas

"Yelah-yelah...Kau masuk,rumah aku cuma ada kerusi kayu je,takde sofa lembut macam rumah kau.Kalau kau tak suka,kau boleh berambus."Pelawa Khaisar malas sambil membuka pintu rumah kayunya.Benar juga kata Rizkey,dia sudah banyak berhutang dengannya,mana tahu dia boleh bayar semua itu dengan hanya menghidangkan makanan tengah hari."Kau nak makan apa?Rumah aku takde benda mahal."

Samseng LoverWhere stories live. Discover now