Chapter 7:Tawaran

2.8K 116 6
                                    

"Saya bla dulu Pak Mad"Gerak Khaisar mahu ke sekolah selepas mengambil upah daripada Pak Samad.Sebelum dia melangkah masuk ke sekolah,Khaisar memerhati sekitar halam sekoalah,tidak mahu dia terserempak dengan Rizkey.Dia masih belum bersedia untuk behadapan dengan Rizkey apatah lagi memberikan jawapan.Kelihatan Rizkey dan rakan-rakannya sedang lepak di kawasan parkir motor.'Pagi-pagi dah lepak,baik tak payah datang sekolahh'Omel Khaisar sendiri.Dia tidak sedar yang dia datang sekolah tidur hanya tidur memanjang.Khaisar mempercepatkan langkah lalu masuk ke kelas.Khaisar berasa bersyukur bahawa dia tidak terserempak Rizkey pada pagi ini sebelum membaringkam kepalanya dimeja.

• ⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱✾⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰ •

Krrriiinnngggg!!!

Bunyi loceng menandakan waktu rehat bermula.Khaisar memang tidak pernah turun ke kantin untuk membeli makanan kerana dia harus berjimat sebaik mungkin untuk masa-masa kecemasan bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.Lagipun dia tiada kawan yang boleh ajak makan bersama jadi Khaisar hanya menghabiskan waktu ini untuk tidur.

"Weyh Riz panggil kau."Belum sempat Khaisar terlena seorang rakan Rizkey menepuk bahunya sambil menunjukkan seorang lelaki yang sedang bersandar di pintu kelasnya.Dada Khaisar sudah berdetak laju,mahu sahaja dia abaikan Rizkey,tapi risau dia jika Rizkey yang datang sendiri ke mejanya.Nasib baik lah waktu rehat baru bermula,hanya ada beberapa pelajar yang berada di dalam kelas,mungkin mereka juga berjimat sepertinya.Malu dia apabila orang melihat Rizkey mengajaknya ke kantin.

"Kau nak apa."Kata Khaisar dengan wajah menunduk.Masih tidak tahu reaksi apa yang mahu ditunjukkan kepada Rizkey.

"Jom ikut aku rehat."Jawab Rizkey laju sambil menarik bahu Khaisar.Rakan-Rakannya yang berjumlah empat orang hanya memerhati dari belakang.

"Aku takde duitlah." Khaisar menolak dengan malas.

"Takpe aku belanja."Rizkey tidak menyerah.

"Aku tak nak makan dengan geng kau."Jawab Khaisar kuat.Rakan-rakan Rizkey mula menunjukkan muka tidak puas hati.Mahu dipukul Khaisar jika tiada Rizkey di sisinya.

"Korang bla."Suruh Rizkey ringkas kepada kawan-kawannya sambil menghulurkan sekeping not 50 ringgit. Rakan-rakannya yang tadi mula bermasam muka terus ceria dan pergi tanpa membantah.Itulah mereka,hanya dekat dengan Rizkey keranan duitnya,jika tidak memang tidak lah.

Khaisar terkejut dengan jumlah wang yang dihulurkan Rizkey kepada mereka.Dia terpaksa memerah tenaga untuk mengangkat segala tong gas hanya untuk mendapat sekeping RM50 tapi Rizkey hanya berikan kepada  mereka tanpa basah-basi.Kini dia terpaksa ikut Rizkey untuk makan bersama di kantin.Salah dia juga bagi alasan seperti itu.

Setelah sampai ke kantin yang agak jauh, mereka duduk di bangku dan meja yang kosong.Semua pelajar hanya mampu melihat mereka dari jauh.Jarang melihat Rizkey pergi ke kantin tanpa teman-temannya.Tidak mahu mereka dekat-dekat atau cari gaduh.Tidak pasal-pasal diri sendiri yang kena.Khaisar hanya mampu menyimpan perasaan malu di balik muka apabila menjadi perhatian semua pelajar.Dia tidak tahu bahawa Rizkey begitu terkenal (dari banyak aspek lah) sehingga mencuri perhatian pelajar.

"Kau nak makan apa."Tanya Rizkey lembut kepada Khaisar.Dia sedar Khaisar tidak selesa kerana menjadi pusat perhatian.Tapi apa yang boleh dia buat,mata orang bukan kita boleh tutup.

"Apa-apa je."jawab Khaisar dengan suara mendatar.

"Woi kau sini,nah pergi beli nasi lemak dua pinggan.Mintak milo dua bungkus sekali."Arah Rizkey kepada seorang budak yang lalu di sebelahnya sambil menyerahkan RM10.Budak itu hanya mampu menurut dan terus beli ditemani rakan yang bersamanya.

Khaisar hanya memandang jengkel.'sedap dia je suruh orang.'Khaisar berbisik sendiri.

"Kau pergi mana pagi tadi,aku datang rumah kau,tapi kau takde."Tanya Rizkey yang duduk berhadapan dengan Khaisar sambil menongkat dagu.

Samseng LoverWhere stories live. Discover now