chapter 23:belahan hati

642 38 7
                                    

◤──•~❉᯽❉~•──◥

"Khaisar!.....Khaisar!...sini jap"Laung Pak Razali memanggil Khaisar yang sedang menyangkung menyusun sos tomato jenama Jalen.

Perlahan Khaisar bangun lalu mengeliat menghilang kan lenguh-lenguh dibadan,mungkin lama sangat menyangkung."Kenapa Pak Razali."Khaisar yang memakai t-shirt lusuh bewarna kelabu menghampiri Pak Razali.

"Tolong tukarkan duit ni dengan duit shiling kat kedai Pak Mail,dah habis duit shiling...susah nak bagi baki nanti."Ucap Pak Razali sambil menghulurkan 2 keping not berwarna merah.

Khaisar tanpa membantah terus menghidupkan enjen motor lusuh milik Pak Razali.

• ⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱✾⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰ •

"Tuan muda,kita akan sampai dalam 20 minit lagi,tuan muda boleh tengok tentatif pogram malam ni.Kalau tuan muda ada persoalan,tuan muda boleh tanyakan kepada saya."Panjang lebar setiausaha Rizkey menerangkan segala rincian yang perlu diketahui oleh tuannya.Belum bergelar CEO sudah mempunyai setiausaha peribadi,senang kata setiausaha bapanya.

"ye..ye...aku tau lah...."Acuh tak acuh Rizkey membalas.Bukan dia mahu datang pun majlis seperti ini.Hanya di penuhi oleh manusia bertopeng tanpa berani menunjukkan muka sebenar.

Rizkey merenung lama ke luar tingkap kereta mewahnya,kereta ini akan melalui jalan kampung sebelum sampai ke destinasi,jalan shortcut ikut google map lah,ape lagi.Kanak-kanak berkejaran tanpa mengatahui sama ada besok mereka akan kenyang atau tidak.Longgokan sampah dimana-mana,namun udara masih lagi segar walaupun bersebelahan dengan bandar metropolitan yang penuh dengan toksik.Eleh dia bukan dapat rasa pun...kan dalam kereta...tapi itulah hakikat yang dilihat Rizkey,jikalau tidak masakan kanak-kanak yang tidak mendapat perawatan khas dan mahal mempunyai kulit yang licin tanpa sebarang penyakit kulit,ini bermaksud sumber air mereka turut bersih.

Segala perkara yang dilihat Rizkey mengingatkannya kepada Khaisar.Khaisar....apa kau buat sekarang....kau hari ini ada makanan atau tidak.Ada tempat berteduh atau merempat ditepi bangunan lama.Rumah pusaka buruk Khaisar sering di kunjungi Rizkey dengan harapan Khaisar balik dan kembali ke pangkuannya.Namun semuanya hanya menjadi angin....wujud jasadnya namun tidak dapat dilihat.

Sambil itu kelihatan seorang lelaki yang menunggang motor kapcai buruk tanpa memakai topi keledar.Mukanya mirip seperti Khaisar,terutama bentuk muka yang sempurna membentuk garis dagu yang sangat menawan.Semuanya mirip seperti Khaisar.Khaisar.....itu Khaisar!Rizkey yakin itu kekasihnya dahulu,masakan dia lupa seseorang yang pernah menjadi belahan cinta dan kasihnya dahulu.

"Woi!berhenti!berhenti!"Rizkey menumbuk-numbuk tempat duduk pemandu,dia harus segera memberhentikan Khaisar sebelum Khaisar jauh meninggalkannya.

"Tapi tuan muda.."

"Aku cakap berheti-berhenti lah!"Benci betul Rizkey dengan semua orang yang bekerja dengan bapanya,takut sangat dengan Dato' Zikri Halim.

Kereta Mercedes-Benz SUV perlahan berhenti ke tepi jalan.Rizkey dengan secepat mungkin membuka pintu kereta.
"Dear!"Jerit Rizkey sekuat hati.

Khaisar menoleh kebelakang,keningnya yang berkerut semakin berkerut.Bukan diberhentikan motornya,namun semakin dilajukan seperti sedang melatikan diri daripada ditangkap polis.

Walaupun Rizkey kecewa lelaki yang dirasakan Khaisar itu tidak memberhentikan motor atau menyahut panggilannya namun dia yakin itu Khaisar.'Dear tak perasan kot ni aku.'Rizkey menyedapkan hatinya lalu tersenyum kecil.

• ⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱✾⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰ •

Gila kereta mewah siapa ni di tengah lalu ditengah jalan kampung!Khaisar merenung Mercedes-Benz SUV dihadapannya,Dato' manalah yang lalu sini...nak kasi bantuan ke,manatau nak sogok orang kampung supaya mengudi dirinya di pilihan raya akan datang,...memang tak boleh percaya,pakai duit rakyat untuk ambil hati rakyat,tak faham betul Khaisar cara permikiran orang politik yang suka main kotor ni.Tanpa memikirkan lebih mendalam tentang isu politik Khaisar terus memberikan fokus kepada tujuan sebenarnya,dia bukan penganalisis politik yang akan buat live menerang segala drama dan konspirasi yang belaku dalam dunia politik.Lambat lagi kalau dia nak jadi pun,kalau undi nanti dia ikut Pak Razali jelah pilih apa,Pak Razali memang suka dengar tentang politik sambil-sambil menjaga kaunter.Mercedes-Benz SUV dipotong supaya cepat sedikit sampai ke kedai Pak Mail.

"Dear!"

Khaisar menoleh kebelang.Itu macam suara Rizkey?Memang Rizkey!Gila...tu kereta Rizkey rupanya...
Mampus!Aku nak berhenti ke?Kalau aku berhenti aku nak cakap apa sebab aku hilang.Cakap aku kena culik ke?Tapi bukan kita dah putus ke?Khaisar serabut memikirkan apa yang perlu dia lakukan.Tanpa sedari Khaisar meningkatkan kelajuan motorsikalnya dan meninggalkan Rizkey yang sudah berpeluh ditepi jalan.

• ⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱✾⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰ •

"Tuan muda,siapa tadi?Sampai nak berhenti tepi jalan."Soal setiausaha Rizkey dengan seribu tanda soalan.Perlukah dia laporkan kepada Tuan besarnya?

"Mind your business."

.·:*¨༺‿︵‿୨♡୧‿︵‿༻¨*:·.

ℑ𝔣 𝔶𝔬𝔲 𝔩𝔬𝔳𝔢 𝔪𝔶 𝔴𝔬𝔯𝔨,𝔭𝔩𝔢𝔞𝔰𝔢 𝔳𝔬𝔱𝔢 𝔞𝔫𝔡 𝔠𝔬𝔪𝔪𝔢𝔫𝔱 ♡

Samseng LoverWhere stories live. Discover now