Chapter 8:Ammar

2.5K 95 3
                                    

• ⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱✾⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰ •

"Kau apahal datang lambat budak?"Soal Pak Samad geram apabila batang hidung Khaisar hanya kelihatan ketika langit sudah cerah.Kalau diikutkan hati memang mahu terus dipecat Khaisar,tapi memikirkan susah mahun cari perkerja kini,dia hanya menahan diri memandangkan kehadiran Khaisar membuatkan perkerjaannya amat mudah.

"Pak Mad,saya nak stop kerja,saya datang ni pun sebab nak bagitau je."Jawab Khaisar mendatar.Dia memang sudah tidak tahan berkerja dengan Pak Samad lagi,dia datang sendiri bagitau pun sudah cukup untuk tunjuk hormat .

"Kau tiba-tiba ni kenapa!Upah kau tak cukup ke?Kau jangan sombong sangat eh nak mintak lebih.Memang kalau kau berhenti kerja kau nak makan apa nanti."Cakap Pak Samad dengan bongkak.Masih ada modal rupanya untuk menyakitkan hati orang walaupun telur sudah dihujung tanduk.Dia sendiri yang akan susah nanti apabila tiada Khaisar.

"Saya bla dulu lah Pak Mad,suka hati Pak Mad lah nak cakap apa..."Malas Khaisar melayan mulut bisa Pak Samad,kalau bercakap mengalahkan Makcik Bawang!Kedengaran dari jauh nama Khaisar di laung.Namun Khaisar hanya mengabaikan dan mengangkat kaki ke sekolah.

Pon!pon!

Bunyi hon motorsikal mengisi hari pagi."Khaisar,nak naik tak,sekali pergi sekolah!"Rizkey mempelawa Khaisar tumpangan untuk kesekolah.Dia sebenarnya tadi datang juga ke rumah Khaisar,tetapi kelibat Khaisar tidak memunculkan diri selepas hon motor ditekan berkali-kali.Rizkey membuat kesimpualan yang Khaisar sudah pergi berkerja, tapi bukankah Khaisar sudah bersetuju untuk berkerja di caffe?Tuah masih disisinya,tidak sengaja dia bertemu Khaisar sewaktu ingin bergerak ke sekolah.

"Tak pe lah,aku boleh gerak sendiri."Balas Khaisar sambil masih berjalan kaki.

"Tak pe aku kasi tumpang."Rizkey masih memujuk.Memang dia yakin kalau Khaisar akan menolak perlawaannya jika diajak sekali,tetapi kalau dua kali?

"Yelah,yelah."Jawab Khaisar malas.Dia pun penat jugak  jalan kaki pergi ke sekolah.Dah orang pelawa terima jelah kan,rezeki jangan ditolak.

Rizkey pula hanya tersenyum senang melihat Khaisar dibelakangnya melalui cermin sisi motor.

Semasa memasuki perkarangan sekolah,semua pelajar terkejut melihat mereka datang ke sekolah bersama-sama.Namun pandangan mereka dialihkan apabila melihat Rizkey yang memandang bengis kepada semua pelajar.Rizkey tahu Khaisar tidak selesa jika menjadi pusat perhatian,dia akan pastikan tiada satu pun pelajar yang melihat mereka.Namun begitu,terdapat satu diantara rakan Rizkey yang terus memandang mereka dengan rasa tidak puas hati.

• ⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱✾⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰ •

Sebelum Khaisar melangkah kaki untuk pulang ke sekolah,seorang pelajar menegur kepada dia."Abang,ada orang nak jumpa kat belakang bangunan sekolah."Pesan pelajar yang seperti tingkatan 3 jikalau melihat tubuh fiziknya.

Khaisar memikirkan itu mungkin Rizkey yang memanggilnya,ialah siapa yang dia kenal selain Rizkey di sekolah."Ha,nanti aku datang."Jawab Khaisar sebelum bergerak menuju belakang sekolah.'Nak apa pulak Rizkey sampai panggil aku pergi belakang bangunan sekolah'Gumam Khaisar didalam hati.

Sampai sahaja Khaisar di belakang bangunan sekolah satu tumbukan padu hinggap di pipinya.Khaisar mula memegang pipinya sambil mengerang kasakitan.Belum sempat bertindak apa-apa perutnya disepak kuat sehingga badannya tersembam menyembah tanah."Arrgghh!sakit lah,kau apahal bodoh!"Jerit Khaisar sambil memegang perut yang kesakitan.

Seirang pelajar menghampiri Khaisar dan memberikan satu tendangan padu di muka Khaisar.Khaisar yang terbaring  hanya menjerit kesakitan dan tiada kudrat untuk berdiri hanya diperhati oleh pelajar itu.Dibelakangnya terdapat tiga orang pelajar lain yang hanya memerhati dan ada yang sedang menghisap rokok."Apa hubungan kau dengan Riz."Soal pelajar tadi dalam keadaan cangkung sambil menarik rambut Khaisar dari belakang.Mungkin tumbukan dan tendangan sebelum ini deberikan oleh mereka.

"Kau sapa!"

Bukk!

Satu tumbukan hinggap lagi dimuka Khaisar.Jeritan Khaisar tidak didengari oleh orang lain memandangkan sekarang pelajar dan guru mungkin sudah pulang ke rumah masing-masih."Aku tanya apa hubungan kau dengan Riz!"Teriak pelajar yang bernama Ammar itu.Badan yang sedikit sasa tetapi tidak lah begitu tinggi .Kulitnya yang agak putih dihiasi mata yang  sepet kelihatan seperti orang cina atau korea.

"Aku takde apa-apa hubungan dengan dia lah bangsat!"Jawab Khaisar dengan kuat disertai dengan satu pukulan di muka Ammar.

"Aarrgghh!"Ammar langsung tidak sangka Khaisar yang babak belur masih ada tenaga untuk memberikan satu tumbukam kepadanya.Kerana berasa amat arah mukanya di usik,satu tendangan lagi diberikan kepada Khaisar yang masih berbaring.Lalu dia memainkan mata kepada tiga orang pelajar yang dibelakangnya mengarahkan kepada Khaisar.Fahamlah mereka maksud Ammar tadi lalu terus menuju kepada Khaisar.Amnar membelek-belek mukanys yang sakit."Berani kau sentuh muka aku!"Ammar mendengus marah.

Badan Khaisar ditendang bekali-kali oleh mereka secara bergilir.Khaisar pula hanya mampu terbaring mempertahankan diri.Jeritan dan rayuannya langsung tidak diendahkan malah semakin kuat tendangan yang diterimanya dan akhirnya pengsan.

"Dah stop!"Arah Ammar kepada mereka."Jom bla,nanti dia sedar pandai lah di balik.Kalau dia mampus lagi bagus!"Ammar dan tiga pelajar tadi pergi meninggalkan belakang bangunan sekolah tanpa rasa bersalah.Langsung tidak menghiraukan Khaisar yang pengsan tidak sedarkan diri .Itulah manusia jika diselubungi dengan kuasa,syaitan bertipengkan manusia!

• ⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱✾⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰ •

Matahari hampir menutup tirai.Suasana sekolah hening tak berpenghuni.Jaga sekolah seperti tidak  berkerja,Khaisar yang terbaring langsung tidak disedari."Arh.Bodoh,babi,bangsat,pukimak,sial,lahanat....!Khaisar yang baru sedarkan diri hanya mampu menyumpah seranah,kalau mereka tidak menyerang secara tiba-tiba,Khaisar yakin dia dapat mengalahkan mereka.Tapi nasi sudah menjadi bubur,sakit dan bisa yang diterimanya tidak boleh hilang begitu saja.Khaisar cuba berdiri dengan menggunakan sisa tenaga yang terakhir.Dia berusaha untuk jalan pulang kerumah walaupun seperti orang tempang.

• ⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱✾⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰ •

"Kau apahal kau sini?"Soal Khaisar sebaik sahaja sampai kerumah.Dia tidak menyangkan Rizkey menunggunya dihadapan rumahnya,tapi semuanya sudah terlambat.

"Kau apahal baru balik,kenapa badan kau macam ni!"Soal Rizkey dengan nada yang sangat terkejut.
Rizkey sedang menunggu didepan pintu rumah Khaisar.Dia risau apabila khaisar masih belum balik.Semasa ingin menjemput Khaisar untuk balik bersamanya,Khaisar sudah tiada.Sedangkan dia sudah berpesan untuk tunggu sebentar dan mereka boleh balik bersama.Sempat juga dia bertanyakan kepada beberapa pelajar dan rakannya jika mereka melihat Khaisar dan Ammar antara salah satu rakan baiknya mengatakan Khaisar sudah pulang  terlebih dahulu.Dengan berasa marah Rizkey terus menuju kerumah Khaisar,namun dia mula risau apabila kelibat Khaisar tidak muncul-muncul juga.Melihat keadaan Khaisar yang babak belur,mukanya penuh dengan lebam,bajunya kotor penuh dengan lumpuh, dan paling membuatnya tidak tahan apabila Khaisar datang dengan keadaan seperti orang tempang."Sapa yang buat kau macam ni Khaisar!Bagitau aku!"Soal Rizkey dengan nada marah.Dia akan pastikan orang yang buat Khaisar sepeti ini menyesal kerana lahir.

"Kau diam!kau pergi balik!Aku tak nak tengok muka kau!Sebab kau aku macam ni!"Arah Khaisar kepada Rizkey untuk pulang.Dia tahu ini bukan salah Rizkey,tapi dia berasa terlalu marah dan penat untuk melihat muka Rizkey.

"Kau cakap apa!Sebab Aku? bagitau aku sapa buat kau macam ni!"

"Kau pergi balik!"Khaisar menengking Rizkey dengan penuh amarah.Tanpa disrdari air matanya mula memgalir.Khaisar yang tidak mahu Rizkey melihatnya seperti ini terus masuk kerumah dan menghempaskan pintu.

"Khaisar!Bukak pintu,kenapa sebab aku,bagitau aku sapa buat kau sampai macam tu!"Ketukan pintu  Rizkey diabaikan,Rizkey hanya mampu berdiri kaku dan bingung sambil menghadap pintu rumah Khaisar.'Khaisar bagitaulah aku'Gumam Rizkey sendiri.

Bersambung~

Kalau suka Chapter ni jangan lupa untuk vote or comment ♡




Samseng LoverWhere stories live. Discover now