◤──•~❉᯽❉~•──◥
" Papa,kenapa tak call Riz dulu...."Ucap Rizkey sedikit tersekat-sekat terkejut dengan kehadiran bapanya.Dia melirik ke arah pintu biliknya untuk memastikan pintu tertutup rapat.
"Suka hati akulah nk datang bila,rumah ni aku yang bayar!"Langit yang masih biru gelap,di isi dengan suara Dato' Zikri Halim yang sudah meninggikan tona nadanya.
"Pa.....pagi lagi ni...janganlah cakap kuat-kuat."Rizkey cemas apabila bapanya mula meninggikan suara.Dia risau Khaisar terbangun daripada lena.Selain daripada memberikan ruang untuk Khaisar tidur merehatkan diri daripada lelah berkerja semalam.Rizkey tidak mahu membuatkan suasana rumahnya menjadi semakin riuh jika bapanya menyadari kehadiran Khaisar.
"How can I speak softly if your attitude mengalahkan sampah!"Kemarahan Dato' Zikri Halim mulai mendidih panas,seperti terdapat satu gunung berapi di atas kepalanya yang bila-bila masa sahaja akan meletus."Kau sedar tak apa yang kau buat kali ni!"
"Papa....jangan lah marah-marah...duduk lah dulu... Riz buat kan air." Rizkey mencuba nasib dengan memujuk bapanya,mana tahu makan umpan.
"Nope...Tak payah nak buatkan air bagai....aku datang sini pun dah buang masa aku!"Ucap Dato' Zikri Halim bongkak,datang awal pejabat pun sebab ada setiausaha muda yang menanti.Nak sedap-sedap lah tu,macam Rizkey tak tahu yang selama ni bapanya bermain tarik tali dengan ibunya.Dah tua,tapi tak sedar diri!Entah alat sulit tu masih boleh berkerja pun dia tak tau.
"Memang Riz ade buat apa pa...sampai datang pagi-pagi ni."Rizkey cuba buat muka tidak tahu apa-apa,sedang dia memang sudah tahu dari awal tujuan kehadiran bapanya itu.
"Kau dah pukul kawan kepada anak kawan aku sampai patah riuk ,kau cakap kau tak tau apa-apa!You tau tak bapak die complaint dekat aku!Where I want to hide my face!"Dato' Zikri Halim kalau bercakap memang kasar.Cakap dengan anak sendiri macam cakap dengan banduan.
"Ala pa....Riz sorry...lagipun budak Ammar tu sihat jekan..."Rizkey tahu yang Ammar akan report segala benda pada daddynya.Si kaki domba tu tidak boleh disentuh sikit.Kalau di sentuh habis segala benda dijajanya.Bapanya pula hanya memarahinya mungkin kerana malu anaknya diperkatakan dikhalayak ramai.Dato' Zikri Halim tak pernah endah tentang kehidupan keluarganya.Kenyataan bahawa ibunya ada lelaki lain juga tidak dipedulikannya.
"Ni last warning!One more time I heard about you...kau tau lah apa nasib kau..."Dato' Zikri Halim bergegas keluar sebaik sahaja melihat jam tangannya yang berjenama Rolex.Mungkin tidak mahu terlepas dengan servis istimewa setiausahanya setiap pagi.
Rizkey bernafas lega melihat bapanya hilang daripada pandangan sebaik sahaja pintu rumah kembali tertutup.Rizkey mengambil segelas air putih untuk diberikan kepada Khaisar yang mungkin masih lena.Sebaik sahaja pintu biliknya dibuka,Rizkey terkejut kerana Khaisar sedang duduk diatas lantai sambil memeluk kedua tulutnya."Eh!Dear dah bangun ke?"Ucap Rizkey sambil menghulutkan gelas yang berisi air putih.Dia berharap bahawa Khaisar baru sahaja bangun daripada tidur walaupun sudah jelas Khaisar mendengar segalanya.
"Sekarang aku tau kenapa semua pelajar pandang aku semalam.."Khaisar mula membuka mulut,gelas yang diberikan Rizkey hanya dipegangnya.Walaupun dia tahu minum air jernih sebaik sahaja bangun tidur itu bagus untuk kesihatan,Khaisar tetap tidak gemar untuk melakukan pada setiap hari.Tak selesa lah kata orang.
"Sorry dear sebab aku tak bagitau kau...dear marah ke?"Rizkey mengambil gelas tadi lalu diletakkan di atas meja,kedua tangan Khaisar diambil lalu digenggam lembut.Kerana tidak kelihat apa-apa reaksi daripa Khaisar,Rizkey mengambil telapak tangan kanan Khaisar lalu diusap di pipinya,lalu dikucup lembut dan dijilat kecil.
"Rizkey!"Khaisar menepis lembut,malu diperlakukan seperti itu."Aku tak marahlah,kenapa aku nak marah kalau kau buat untuk aku."Ucap Khaisar lalu segera bangun pergi ke arah bilik mandi.
Rizkey hanya tertawa kecil melihat Khaisar yang malu dengan kata-katanya sendiri.Alahai...comelnya pakwe aku sorang ni.
• ⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱⊱✾⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰⊰ •
"Rizkey!Hantar aku balik cepat!Sekolah dah mula lah!Aku mana ada bawak baju sekolah!"Khaisar yang baru sahaja keluar daripada bilik air sekali dengan memakai baju dan seluar melaung memanggil Rizkey.
"Tak payah datang sekolah lah dear...kita cuti je hari ni."Rizkey yang hadir daripada belakang memeluk pinggang Khaisar.Sesekali Rizkey mencium leher Khaisar menghirup wangian sabun mandi yang masih melekat dibadan Khaisar.
"Berapa kali dah kita ponteng,aku malas nak jawab bila cikgu tanya."Jawab Kahisar sambil menolak kepala Rizkey yang yerus mencium lehernya."Dah lah...cepat hantar aku balik...aku nak ambik baju sekolah ni.."Khaisar mula terbiasa dengan perlakuan Rizkey yang sedikit 'gatal'.
Rizkey pergi ke arah almari yang agak besar lalu membuka pintunya membuatkan Khaisar tercengang."Tak payah dear,aku dah beli baju untuk kau.Aku buat preparation...mana tau kau tidur sini...macam hari ni."Baju kemeja putih lengkap dengan seluar tergantung rapi di dalam almari.Terdapat beberapa juga baju kemeja berwarna dan seluar jeans di gantung selari dengan baju sekolah."Semua ni dear punya...pilih je yang mana dear suka..."Rizkey menaikkan kedua keningnya sambil tersenyum.
Khaisar mengambil sepasang baju sekolah lalu mencubit kecil pinggang Rizkey membuatkan Rizkey menggeliat kecil.Rizkey ni....buat preparation apanya...mesti Rizkey dah rancang sesuatu.Patutlah lah beria ajak dia tidur dekat rumah dia.Khaisar tersenyum senang.
.·:*¨༺‿︵‿୨♡୧‿︵‿༻¨*:·.
ℑ𝔣 𝔶𝔬𝔲 𝔩𝔬𝔳𝔢 𝔪𝔶 𝔴𝔬𝔯𝔨,𝔭𝔩𝔢𝔞𝔰𝔢 𝔳𝔬𝔱𝔢 𝔞𝔫𝔡 𝔠𝔬𝔪𝔪𝔢𝔫𝔱 ♡
YOU ARE READING
Samseng Lover
RomanceWarning!!!!Mature content🔞 "Kenapa kau suka aku,aku miskin,aku anak yatim,yang paling aku tak faham kenapa kau boleh suka aku,sebab aku lelaki"-Khaisar "Aku tak kesah apa kau nak cakap pasal diri kau,kau laki ke,kau perempuan ke,aku tak kesah,sebab...