Malam ini,Amani Syakira dan Zafirul Ashraf bakal disatukan. Perkenalan mereka selama 3 tahun akhirnya telah membawa mereka ke jinjang pelamin.
Dewan Saujana
Suasana di dalam Dewan Saujana agak riuh rendah. Disinilah Amani dan Zafirul bakal disatukan.
"Semua dah sedia ya?" Tok kadi bersuara.
Tok kadi itu berdehem dan memandang Zafirul. Zafirul tersenyum. Nervous.
"Muhammad Zafirul Ashraf bin Zulkifli."
"Ya,saya."
"Aku nikahkan dikau dengan Nurul Amani Syakira binti Kamaruddin dengan mas kahwinnya RM300 tunai."
"Aku terima nikahnya Nurul Amani Syakira binti Kamaruddin dengan mas kahwinnya RM300 tunai."
"Sah?"
"Sah!"
"Sah!"
"Alhamdulillah..." Kata tok kadi lalu membacakan doa.
Amani menitiskan air mata kegembiraan kerana dia sudah menjadi isteri kepada jejaka pujaannya,Zafirul Ashraf.
Kini,tiba masanya untuk upacara menyarungkan cincin.
"Amani." Panggil Zafirul lembut.
Amani menghulurkan tangannya yang terketar-ketar. Zafirul tertawa halus dan menyarungkan cincin ke tangan Amani. Amani juga menyarungkan cincin ditangan suaminya.
Para hadirin memberikan tepukan gemuruh.
Amani mencium tangan suaminya. Dia sudah menjadi seorang isteri yang sah kepada Zafirul Ashraf. Rasanya bagai mimpi!
Amani mengangkat kepalanya lantas Zafirul terus mencium dahi isterinya. Jurugambar menangkap detik romantis itu.
"Thank you for be my wife,Amani."
Amani tersenyum. Lidahnya kelu. Manakala,dirinya masih gugup.
"Kenapa you nervous sangat ni?" Tanya Zafirul.
Amani menggeleng. Mukanya memerah. Malu!
"Congrats anak ibu! Akhirnya kamu berdua dah menikah." Sapa Puan Rozana merangkap ibu Amani.
"Haa Zafirul,jaga anak Ayah baik-baik. Jangan sakiti Amani. Kalau Ayah tau je kamu sakiti Amani,Ayah kerat kamu!" Gurau Encik Kamaruddin.
"Apa abang ni cakap macam tu kat menantu kita." Jeling Puan Rozana.
"Gurau jelah." Kata Encik Kamaruddin.
"Baiklah,Ayah. Zafirul akan jaga anak Ibu dengan Ayah ni baik-baik."
"Zafirul anak Mama!" Jerit ibu Zafirul iaitu Puan Maznah.
"Tahniah anak Mama! Dah kahwin dah anak bujang Mama sorang ni. Mama doakan perkahwinan ni akan kekal hingga ke Jannah."
Mereka yang berada di pelamin itu mengaminkan doa Puan Maznah.
"Eh,Zafirul! Jangan lupa bagi aku anak buah cepat-cepat!" Celah Arissa iaitu Kakak Zafirul.
"Yolah kak..." Kata Zafirul sambil menjeling kakaknya yang layak dipanggil anak dara tua.
"Akak bila nak kahwin? Takkan nak solo je sampai tua." Tanya Amani. Sengaja mahu mengenakan kakak iparnya.
Arissa ketawa.
"Nanti-nanti je lah kahwin tu. Akak memang nak tengok korang berdua kahwin dulu." Kata Arissa.
"Ok semua! Pandang sini!" Kata Jurugambar.
Mereka mengambil tempat dan menangkap beberapa gambar untuk dijadikan kenangan.
![](https://img.wattpad.com/cover/282926191-288-k342823.jpg)
YOU ARE READING
Cinta Kita✔️
RomanceCinta... Ya,itulah yang dirasakan oleh Zafirul Ashraf dan Amani Syakira. "Tunggu abang balik ya?" - Zafirul Ashraf "Walau apa pun terjadi,Amani akan tetap tunggu abang." - Amani Syakira Akibat satu tragedi hitam,segalanya berubah. "Kononnya abang hi...