Bab 10

107 13 1
                                    

"A-abang?!" Amani menekup mulutnya.

Dia terlihat Zaiful dan Zara sedang bermesraan di balkoni rumah agam itu. Zaiful sedang memeluk Zara.

"Ya Allah!" Nafas Amani tidak teratur. Air matanya mula mengalir deras. Hatinya pedih. Pedih bagai dihiris sembilu.

Dia terus masuk ke dalam kereta dan meluncur laju meninggalkan rumah agam itu.

AMANI memberhentikan keretanya di sebuah tempat memarkir kereta. Malam mula melabuhkan tirai. Amani menilik jam tangannya.

19.15

Dia menyembamkan mukanya pada stereng keretanya. Air matanya mulai mengalir lagi.

Betul ke apa aku nampak? Ya Allah...
Desis hatinya.

Amani memegang dadanya. Sakit. Sakit bagai ditikam pisau bertubi-bertubi.

Tetapi,adakah perempuan yang dipeluk Zaiful itu adalah Zara?

Zara,adiknya. Setahunya,Zara tidak mempunyai rumah.

Amani meraupkan mukanya. Berharap apa yang dilihatnya hanyalah halusinasinya sendiri.

Patut ke aku bagitau Rayyan dan Melly?

Amani menghela nafasnya kasar. Dia mengambil telefon yang berada didalam beg tangannya dan menelefon Melly.

ZARA melangkah ke balkoni miliknya. Puas hatinya. Puas melihat Amani menangis.

Dia perasan akan kehadiran Amani ke rumahnya dan rancangannya berhasil dengan sempurna.

Yang membuatkan rancangannya lebih sempurna adalah Zaiful sendiri yang tiba-tiba memeluknya. Jadi,dia hanya mengikuti rentak Zaiful.

"Haih,nasib kau lah Amani dapat tengok freeshow tadi. Kalau ikutkan hati aku,aku nak buat lebih dari tu." Zara tersenyum sinis.

"Now,sikit je lagi untuk kau melutut depan aku. Hidup kau akan hancur,Amani. Hancur sebab Zaiful dah bencikan kau!"

AMANI menunggu kehadiran Melly dan Rayyan. Tidak sampai beberapa minit,Melly sudah mengetuk meja yang diduduki Amani.

"Woi! Kenapa panggil kitorang ni?" Sergah Melly.

Amani tersentak. Dia memandang Rayyan dan Melly silih berganti. Tiba-tiba,air matanya mengalir.

"Eh,dah kenapa kau nangis pulak ni?" Tanya Melly lalu memeluk Amani.

"A-aku dah jumpa Z-zaiful." Kata Amani bersama dengan tangisnya yang masih belum reda.

Terbeliak mata Rayyan dan Melly.

"Kau merepek apa ni?" Tanya Rayyan. Pelik. Petunjuk tak cukup lagi,dia dah jumpa dulu? Imposibble!

Amani mengeluarkan kertas yang membawanya untuk ke rumah agam itu.

Rayyan mengambilnya.

"Kau pergi sorang-sorang?!" Bentak Rayyan.

Terhinjut bahu Amani mendengar bentakan Rayyan. Dia mengangguk perlahan-lahan.

"Kenapa kau tak bagitau kitorang?!"

"Rayyan!" Tegur Melly. Dia menggelengkan kepalanya.

Rayyan menghela nafasnya kasar. Cuba untuk bertenang.

"Habistu,kau dapat jumpa dia?" Tanya Rayyan dengan suara mendatar.

Amani mengangguk.

"Aku nampak dia dengan perempuan tu sekali." Amani menghapuskan air matanya.

Rayyan menghembuskan nafasnya.

"Kau kenal perempuan tu?" Tanya Rayyan.

"Perempuan tu Zara. Adik aku." Amani memandang muka Rayyan.

Tercengang Rayyan dan Melly.

"Zara? Adik kau yang baru balik dari Turki tu?" Tanya Melly.

Amani mengangguk sekali lagi.

Rayyan menepuk meja dengan kuat.

"Cakap dengan aku. Apa lagi yang kau nampak?" Tanya Rayyan.

"Z-zaiful p-peluk..." Air mata Amani mengalir deras.

"Zaiful peluk perempuan tu?!" Tanya Melly lalu memalingkan badan Amani supaya menghadapnya.

Amani mengangguk lalu memeluk Melly.

Rayyan meraupkan mukanya. Dia terus melangkah keluar dari kafe itu.

Melly yang melihat Rayyan ingin keluar dari kafe itu,terus mengejar Rayyan.

Dia memaut lengan Rayyan.

"Ray-"

"Apa?!" Tengking Rayyan.

"Relax,Ray. Jangan ikutkan perasaan kau!"

"Dia dah mungkir janji,Mel! Dia janji dengan aku untuk jaga dan takkan sakitkan hati Amani! Now,kau suruh aku relax?"

Melly terkedu.

"Sekarang ni aku nak jumpa mamat tu! Kau bawak Amani balik!"

Baru sahaja Rayyan ingin melangkah,tiba-tiba lengannya disambar Melly.

"Esok je lah,Ray. Dah malam ni." Tegur Melly lembut.

Rayyan menghela nafasnya.

"Fine!"















Vote and comment!











Cinta Kita✔️Where stories live. Discover now