Kau boleh buat apa yang kau suka.
Tak payah nak minta izin aku.
Kau nak menyundal ke apa ke?! Lantak kau!!
Kata-kata Zaiful terngiang-ngiang di dalam benak fikiran Amani.
Apa yang Zara dah fitnah pasal diri aku? Desis hati Amani.
Amani mengeluh kuat.
"Aik,Amani? Kuat mengeluh? Rindu Zaiful ke?" Tegur Puan Rozana.
Amani terkejut. Dia tersengih.
"Alah,nanti dia balik lah tu. Biasa lah kerja banyak,memang lah lama outstation."
Amani tersenyum hambar. Kalau lah ibu tau benda sebenar. Desis hati Amani.
"Yang penting Amani kena banyak sabar. Percayakan Zaiful. Ibu tau Zaiful tu setia orangnya. Kalau dia dah kahwin lain,haih ibu tak percaya lah." Sambung Puan Rozana.
Amani mengangguk perlahan. Dia dah kahwin lain dah Bu. Desis hati Amani.
"Amani nak naik bilik lah Bu. Ngantuk." Amani mula mendaki tangga.
Puan Rozana mengangguk.
ZAIFUL berjoging di taman rekreasi yang berdekatan dengan kawasan perumahannya. Sedang dia asyik mendengar lagu daripada earbudsnya,dia telah melanggar seseorang.
"Auch!" Jerit gadis itu apabila lututnya mencium simen pejalan kaki.
Zaiful memandang dengan muka yang cemas. Kemudian,dia mendekati gadis itu.
"A-amani?!"
Amani memandang lelaki yang melanggarnya. Dia terkejut. Dia ingin bangun dan lari daripada Zaiful tetapi...
"Arghh!" Amani mengerang kesakitan. Lututnya terasa amat sakit.
"Haih,sini aku papah kau." Kata Zaiful.
Amani hanya menurut. Kalau dia tolak,takkan dia nak duduk je kat tengah-tengah pejalan kaki tu.
Amani dipapah ke bangku yang berdekatan.
"Th-Thank you." Kata Amani sambil menahan kesakitan.
"Kaki kau tu ok ke tak?" Tanya Zaiful yang tiba-tiba menjadi prihatin.
Amani mengangkat bahu. Sesekali mukanya berkerut menahan kesakitan.
Zaiful melutut di hadapan Amani. Dia melihat lutut Amani. Seluar sukan yang dipakai Amani koyak. Haih,teruk ni. Desis hati Zaiful.
"Kau tunggu sini. Aku nak pergi ambil first-aid kit." Kata Zaiful sebelum menuju ke keretanya yang diparkir tidak jauh daripada mereka.
Amani hanya melihat Zaiful dari jauh.
Sifat dia masih sama. Sama seperti diawal perkenalan mereka. Tetapi,mengapa Zaiful benci akan dirinya? Haih,memang ada benda yang tak kena ni. Desis hati Amani.
Tiba-tiba,dia teringat pada kata-kata Melly dua minggu lepas.
Macam mana kalau,Zaiful hilang ingatan?
Ye lah,kalau tercampak mestilah kepala terhantuk kat jalan. Jalan tar tu bukannya lembut. Keras!
"Dia hilang ingatan ke?" Monolog Amani sendirian.
"Siapa hilang ingatan?"
Amani terkejut. Zaiful sudah berdiri sambil memeluk tubuh di hadapannya.
Amani menelan air liur.
"T-Tak ada pape lah." Muka Amani merona merah.
Tu lah kau cakap lagi sorang-sorang. Kan dah malu. Desis hati Amani.
Zaiful mengeluh perlahan. Dia mencangkung dihadapan Amani dan melipat seluar sukan Amani ke atas.
Amani yang terkejut dengan tindakan Zaiful terus melipat semula seluar sukannya ke bawah.
"Awak,buat apa ni?!"
"Nak rawat luka kau lah." Kata Zaiful selamba.
"T-tapi kaki saya--"
"Alah,orang tak nampak lah. Tempat ni kan tersorok sikit."
Amani hanya membuat roller eyes. Dia ni dari dulu sampai sekarang memang keras kepala betul lah.
"Tahan sikit." Zaiful mula menyapukan antiseptik di lutut Amani.
Amani mendesis kesakitan. Pedih tau tak?!
Tidak lama selepas itu,Zaiful melekatkan plaster luka pada lutut Amani.
"Siap." Kata Zaiful sambil mengemas first-aid kitnya.
"Thanks,Zaiful."
"Kau balik naik apa?"
"Jalan kaki."
Zaiful mengeluh kecil.
"Dengan keadaan kau macam ni,kau rasa kau boleh jalan betul-betul ke?"
Amani mengangkat bahu.
"Haih,jom lah. Aku hantar kau."
Amani tersentak.
"Tak menyusahkan awak ke?"
Zaiful menghiraukan Amani dan terus berjalan ke arah keretanya.
Amani mengeluh halus. Tak pasal-pasal kena palau. Amani berjalan dan terus masuk ke dalam kereta Zaiful.
Amani terus masuk ke dalam kereta Lamborghini Gallardo milik Zaiful. Atau lebih tepatnya milik Zara. Sebab cuma minah tu je ada kereta mewah macam ni. Duit dapat dari mana? Amani pun tak tau.
Dia menilik ruang dalaman kereta itu.
"Jakun ke?"
Amani tersentak. Dia terus membetulkan duduknya.
"Pakai lah tali pinggang tu. Nanti kena saman,aku juga yang kena bayar."
Amani terus menggelabah menarik tali pinggang. Tiba-tiba,tali pinggang yang ditarik Amani tersangkut.
"Kau ok ke tak tu?"
Amani perlahan-lahan memandang Zaiful. Dia menggeleng.
"S-sangkut."
Zaiful terus mendekati Amani. Tangannya mula menggenggam tali pinggang.
Tiba-tiba,mata mereka bertembung. Amani merenung anak mata hitam Zaiful lama. Renungan Zaiful amat lembut dan anak mata hitam itu kelihatan bergetar.
Abang,do you miss me?
Vote and comment!
YOU ARE READING
Cinta Kita✔️
RomanceCinta... Ya,itulah yang dirasakan oleh Zafirul Ashraf dan Amani Syakira. "Tunggu abang balik ya?" - Zafirul Ashraf "Walau apa pun terjadi,Amani akan tetap tunggu abang." - Amani Syakira Akibat satu tragedi hitam,segalanya berubah. "Kononnya abang hi...