Bab 23 - 𝓜𝓾𝓯𝓵𝓲𝓼

109 11 1
                                    

"Ray!" Melly menepuk meja pejabat Rayyan.

"Apa?"

"Kau tau Zaiful masuk hospital?" Melly dengan selambanya duduk di atas meja pejabat Rayyan.

"Tak."

"Amani bagitau aku,ingatan Zaiful semakin pulih."

Rayyan tersentak.

"Serious?"

Melly mengangguk.

"So? Apa je yang dia ingat?"

"Takde lah banyak sangat. Amani kata Zaiful dah ingat yang Amani tu isteri dia."

Rayyan mengangguk.

"Nanti kita lawat Zaiful nak tak?!" Melly teruja.

"Hm." Rayyan menggumam.

"Nanti masa lunch kita pergi eh."

Rayyan mengangguk. Matanya masih ralit memandang kertas kerjanya.

"Kau ni kan!" Melly mencubit lengan sasa Rayyan.

"Auch! Eh,kau pahal?!" Rayyan mendesis kesakitan.

"Kau lah! Bila aku bercakap,kau tak pandang aku langsung. Pastu kalau jawab sepatah-sepatah." Melly memeluk tubuh.

"Eee,aku banyak kerja lah! Kau pun satu. Office aku ni punyalah banyak sofa dengan kerusi,yang kau sibuk bertenggek kat atas meja aku. Apahal? Ingat sikit,kau tu PA aku. Kang,tak pasal-pasal orang ingat aku bercinta dengan PA sendiri. Kau tu kalau masuk office aku,bukannya reti nak ketuk pintu. Main terjah je." Rayyan membebel.

Melly membuat rolling eyes. Dia turun daripada meja kerja Rayyan.

"Kau ni banyak sangat tengok drama melayu lah,Ray. Kau ingat aku nak ke bercinta bersayang dengan kau? Eh,lambert lagi lah." Melly terus berjalan ke arah pintu.

"Pintu tu jangan dihem--"

Melly menghempas pintu pejabat Rayyan.

"Haih,penat betul lah layan minah kerek ni." Gumam Rayyan perlahan.

Tiba-tiba,Melly menjengukkan kepalanya di pintu pejabat Rayyan.

"Kau cakap apa tadi?"

"Ya Allah,kau nak apa lagi? Pergi buat kerja lah!" Halau Rayyan.

Melly menghempas pintu bilik pejabat Rayyan.

"Tak faham bahasa ke minah ni?! AKU KATA JANGAN HEMPAS,JANGAN HEMPAS LAH!!" Jerit Rayyan.

Rayyan duduk di kerusinya semula. Dia menyandarkan dirinya dan memejam matanya.

Zaiful dah ingat semula?

Rayyan menghela nafas kasar.

Tiba-tiba,pintu pejabatnya dibuka.

Itu mesti Melly. Desis hati Rayyan.

"Kau nak apa?" Tanya Rayyan yang masih memejamkan matanya.

"Rayyan Haris." Kata satu suara wanita.

Suara tu bukan suara Melly.

Rayyan membuka matanya. Dia terkejut.

"Kau buat apa kat sini?"

AMANI memandang muka Zaiful. Zaiful yang seakan terasa dirinya diperhatikan menoleh ke arah Amani.

"Mana isteri abang yang lagi satu tu?" Tanya Amani.

"Isteri lagi satu?" Zaiful bingung.

"Ye lah,Zara."

"Oh,entah."

"Dia tak jenguk abang kat sini pun."

Zaiful mengangkat bahunya.

"Abang tak kisah?" Tanya Amani.

Ye lah,bini tak datang jenguk takkan tak terasa?

"Nanti kalau abang suruh dia datang,dia kata abang kongkong dia. Biar je lah dia."

Amani mengangkat bahunya.

Tak faham betul lah Zaiful dengan Zara ni. Kata suami isteri tapi dalam kertas je.

Amani menyambung menonton televisyen bersama Zaiful. Tidak lama kemudian,pintu wad Zaiful diketuk oleh seseorang. Amani bingkas bangun dan membuka pintu.

"Ya? Cari siapa?" Tanya Amani kepada seorang pemuda di hadapannya.

"Kami nak jumpa dengan Encik Zaiful. Pemilik ZF Holdings."

"Oh,dia ada kat dalam. Tapi kalau nak jumpa pun,tunggu lah dia sihat dulu."

"Tak boleh,Puan. Kami daripada pihak mahkamah ingin memberitahu bahawa semua aset syarikat Encik Zaiful telah dijual,pihak mahkamah pun dah luluskan."

Amani terkedu.

"Apa?!" Jerit Zaiful dari dalam wad.

Amani mempelawa pemuda itu masuk ke dalam wad Zaiful.

"Siapa yang jual semua aset saya?" Zaiful terkejut.

"Mengikut maklumat,orang yang menjual semua aset encik adalah Puan Zara Fateena."

Zara?!

Amani menekup mulutnya.

Zaiful terkedu. Dia amat terkejut.

"Dia jual kepada siapa? Siapa yang membeli ke semua aset syarikat saya?!" Zaiful menggelabah.

"Pembelinya ialah Encik Rayyan Haris iaitu pemilik syarikat RayHar Holdings."

Rayyan?!

Amani terkejut.

"Tapi,kalau aset tu dijual. Mesti lah minta kelulusan saya! Zara hanya pemegang aset saya untuk sementara! Dia tak ada hak nak jual aset saya tanpa pengetahuan saya!" Zaiful mula hilang sabar.

"Puan Zara dah dapat kelulusan encik..." Pemuda itu menghulurkan sebuah fail.

"Itu cap jari Encik kan?" Tanya pemuda itu.

Zaiful tersentak.

Macam mana cap jari aku boleh ada dekat surat kelulusan ni! Desis hati Zaiful.

"Semua harta termasuk rumah encik harus di kosongkan sebelum 48 jam. Jadi--"

"Keluar." Suara Zaiful keras. Dia menahan amarah.

"Baik. Saya minta diri dulu." Pemuda itu terus keluar daripada wad itu sebelum Zaiful meletuskan amarahnya.

"TAK GUNA KAU,ZARA!!"














Vote and comment!













Cinta Kita✔️Where stories live. Discover now