Zaiful merebahkan dirinya di atas sofa.
Penat bukan kerana kerja tetapi penat kerana menipu perasaan sendiri.Mengapa dia harus ego? Mengapa dia tidak memaafkan sahaja Amani? Mengapa dia harus menipu kepada perasaan dan dirinya sendiri? Mengapa dia lakukan semua ini?
Zaiful pun tidak mengerti dengan perasaan dan dirinya sendiri.
Ketika dia sedang asyik mengelamun,telefonnya tiba-tiba berdering. Nama Melly tertera di telefon pintarnya.
Pada mulanya,dia enggan menjawab. Tetapi setelah dua kali Melly memanggilnya,barulah dia menjawab.
"Helo?"
Zaiful diam.
"Zaiful,aku--"
"Kalau kau nak cakap pasal Amani. Baik,kau tak payah call aku.
"Zaiful aku tau kau tengah marahkan aku tapi aku nak minta maaf."
"Eh,dah lah! Maaf! Maaf! Maaf! Muak tau tak?!"
"Kau ni kenapa,Zaiful?! Aku dah minta maaf cara baik kan?!"
"Dah lah,semaklah!" Zaiful terus mematikan panggilan itu dan mencampakkan telefonnya.
Dia mengurut pelipisnya. Stress.
Tidak lama kemudian,telefonnya kembali berdering. Tanpa melihat siapa yang memanggilnya,Zaiful terus mengangkat panggilan itu.
"Helo! A-abang! Melly... Melly kena tembak!"
Jantung Zaiful bagai terhenti seketika. Nafasnya menjadi tidak teratur.
"K-kau kat mana sekarang?"
"D-dekat lobi bangunan abang." Amani menjawab bersama sisa tangisannya.
Telefon Zaiful terlepas dari genggamannya. Nafas yang tidak teratur cuba dikawal. Ini bukan masanya untuk panik. Melly pasti boleh diselamatkan.
Tanpa membuang masa,Zaiful keluar dari rumahnya dan memecut kenderaannya pergi ke pejabatnya.
Melly tahan! Aku datang! Desis hati Zaiful.
PINTU wad kecemasan dirempuh oleh doktor dan beberapa jururawat. Apabila Zaiful ingin melangkah masuk,dirinya ditahan oleh seorang jururawat.
"Maaf,encik tak boleh masuk." Jururawat itu terus masuk dan menutup pintu wad kecemasan.
Zaiful terus mrnyandarkan dirinya pada dinding. Amani pula terus terduduk di kerusi. Mereka berdua hanya diam sehinggalah Zaiful bersuara.
"Macam mana benda ni boleh jadi?"
Amani menggeleng.
"Kau ada dengan Melly tadi kan?!" Suara Zaiful naik seoktaf.
"Amani tak tahu! Amani ambil kereta dekat parking lot. Tiba-tiba bila Amani sampai kat lobi,Amani nampak Melly dah terbaring."
Zaiful menguakkan rambutnya ke belakang. Dia menunduk.
Tidak lama kemudian,seorang doktor wanita keluar daripada wad kecemasan.
"Siapa ahli keluarga mangsa?"
"Saya,doktor!" Amani bangun.
"Begini cik,kami dah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan mangsa tetapi mangsa telah disahkan meninggal kerana mangsa telah ditembak tepat-tepat di bahagian bahagian dada dan jantung. Jadi,memang kami tidak berpeluang untuk selamatkan mangsa."
Jantung Zaiful bagaikan gugur. Lututnya bagai tidak mempunyai kekuatan untuk berdiri. Dia jatuh melutut.
"T-takkan tak boleh d-diselamatkan langsung,doktor?" Tanya Amani.
Doktor wanita itu menggeleng.
"Maaf,kalau tiada apa-apa lagi saya pergi dulu." Doktor wanita itu berlalu pergi.
Amani terduduk.
Melly sudah tiada buat selama-lamanya.
SELESAI sahaja majlis pengebumian arwah Melly,Zaiful dan Amani masih lagi berdiri di sebelah pusara Melly.
"Semua ni salah kau,Amani." Kata Zaiful secara tiba-tiba.
"Kalau kau tak muncul balik dalam hidup aku,semua ni takkan jadi!" Suara Zaiful naik seoktaf.
Bahu Amani terhinjut ketika Zaiful menaikkan suara kepadanya.
"Baik kau pergi semula dari hidup aku macam kau buat selama ni dan jangan pernah kembali lagi pada aku."
"Tapi Amani takkan pergi selagi Amani tak tahu siapa pembunuh Melly." Tegas Amani.
"Amani sanggup janji kat abang. Lepas je kita tahu siapa pembunuh Melly,Amani akan pergi jauh dari hidup abang dan Amani takkan kembali pada abang buat selama-lamanya." Amani mengangkat tangannya menandakan bahawa dia benar-benar berjanji.
Suasana menjadi hening buat seketika.
Zaiful menarik nafas dalam.
"Betul ke kau nak tahu siapa pembunuh Melly?" Zaiful memandang Amani.
Amani laju mengangguk.
"Ok..."
Jeda.
"Tapi kau pegang dengan janji kau tu." Putus Zaiful.
Amani memandang Zaiful. Dia tersenyum pahit dan mengangguk laju.
Zaiful terus pergi meninggalkan Amani.
Aku bersumpah Melly,aku akan cari siapa pembunuh kau. Desis hati Zaiful.
Vote and comment!
YOU ARE READING
Cinta Kita✔️
RomanceCinta... Ya,itulah yang dirasakan oleh Zafirul Ashraf dan Amani Syakira. "Tunggu abang balik ya?" - Zafirul Ashraf "Walau apa pun terjadi,Amani akan tetap tunggu abang." - Amani Syakira Akibat satu tragedi hitam,segalanya berubah. "Kononnya abang hi...