Bab 12 - 𝓡𝓪𝓶𝓹𝓪𝓼

121 14 2
                                    

"Aku rasa ada benda yang tak kena." Kata Amani secara tiba.

Melly yang sedang mencuci luka Amani terhenti.

"Kenapa kau cakap macam tu?" Tanya Melly.

"Aku rasa Zaiful memang betul-betul tak kenal kita."

Rayyan yang berdiri di muka pintu bilik Amani mengerutkan dahi.

"Kau ingat tak Mail cakap yang kemungkinan besar Zaiful tercampak masa kemalangan tu."

Rayyan dan Melly menganggukkan kepala. Ya,Mail ada cakap yang kemungkinan besar Zaiful tercampak semasa kemalangan itu.

Amani mengeluh.

"Macam mana kalau,Zaiful hilang ingatan?" Kata Melly secara tiba.

Amani mengerutkan dahi.

"Asal kau cakap macam tu?"

"Ye lah,kalau tercampak mestilah kepala terhantuk kat jalan. Jalan tar tu bukannya lembut. Keras!"

Wah,bijak ini anak!

Rayyan mengetuk dagu.

Ada betulnya jugak apa yang Melly cakap tu. Desis hati Rayyan.

"Kalau dia hilang ingatan,mestilah dia koma kat hospital. Aku tengok dia elok je." Rayyan membuat roller eyes.

Melly mengangkat bahu.

"Dah lah,kita bincang esok je. Korang tak nak balik ke? Kat luar tu dah mula hujan dah." Kata Amani sambil memandang balkoni biliknya

"Haa yelah,kitorang balik dulu tau." Kata Melly lalu keluar daripada bilik tidur Amani.

ZAIFUL berjalan ke arah Zara yang sedang membaca majalah di ruang tamu.

Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Zara. Dia memalingkan muka Zara kearahnya. Zara terkedu.

"Pipi dah ok?" Tanya Zaiful sambil memegang pipi Zara.

"Dah. Alah,sikit je. Tak teruk pon." Zara tersenyum.

Zaiful menggenggam tangan Zara.

"Can you tell me,who are they?" Zaiful memandang tepat anak mata hitam milik Zara.

Zara terkedu. Dia menarik nafas dan berdehem.

"Ehem,they're your old friends."

Zaiful mengerutkan dahi.

"Old friends?"

"Your fake old friends."

Zaiful mengerutkan dahinya.

Zara tertawa kecil.

"Ok,Zara akan bagitau abang. Tapi,abang jangan terkejut ok?"

Zaiful menganggukkan kepalanya.

"Amani tu isteri abang."

Zaiful terkejut. Tetapi,dia masih diam.

"Abang tak bercerai lagi dengan dia. So,dia masih lagi isteri abang yang sah. Sebelum abang hilang ingatan,abang ada pergi outstation dekat UK. And,guess what? Amani curang dengan abang."

Zaiful mengetap rahangnya.

Zara memandang Zaiful seketika. Dia tersenyum sinis.

"Dia curang dengan lelaki yang datang dengan dia tadi. His name is Rayyan. And,the best part is Rayyan dah ada girlfriend. Girlfriend dia tu adalah perempuan yang freehair tadi. Melly."

"Wait!" Celah Zaiful.

"Macam mana you boleh tau semua ni?" Tanya Zaiful.

"Amani tu kakak angkat Zara." Zara tersenyum manis.

Zaiful mengangguk.

"Abang,actually Zara ada benda nak bagitau abang. And,ini pun untuk kebaikan kita berdua juga."

Zara tersenyum manis.

"Jom kita kahwin."

Zaiful tersentak.

"Ok,listen to my explanation. Zara nak kahwin dengan abang sebab Zara nak lindung abang daripada Amani."

"Lindung daripada Amani? Maksudnya?" Tanya Zaiful.

"Amani sebenarnya kahwin dengan abang bersebab..."

DUA minggu kemudian...

Amani,Rayyan dan Melly datang semula ke rumah agam Zara. Mereka memerhati daripada kereta dengan penuh tekun dan fokus.

Beberapa minit kemudian,terlihat kereta Lamborghini Gallardo milik Zara masuk ke halaman rumah agam itu.

Mereka melihat Zaiful dan Zara keluar beriringan.

"Eh,diorang dari mana? Kenapa Zaiful pakai baju melayu warna putih? Si Zara pun sama pakai baju kurung warna putih. Korang tak rasa ke ada benda yang tak kena?"

Amani yang berada di bahagian belakang memandang ke arah Zaiful dan Zara.

Baju kurung?

Warna putih?

Jangan-jangan...

"Jom." Rayyan membuka pintu keretanya.

Amani yang terpinga-pinga hanya mengikuti jejak Rayyan dan Melly.

Mereka berjalan masuk ke halaman rumah agam Zara.

"Zaiful." Panggil Rayyan.

Zaiful dan Zara menoleh ke arah Rayyan,Melly dan...

Amani.

Zara tersenyum sinis.

"Eh,Ray." Zara bersuara.

Zara dan Zaiful berjalan ke arah mereka bertiga. Zara mengeratkan lagi pegangan tangannya dan Zaiful.

"Kenapa korang datang sini?"










Vote and comment!

Wooo!!! Cari gaduh Zara ni!
Cer comment sikit kalau korang jumpa orang macam Zara,apa korang akan buat?

Cinta Kita✔️Where stories live. Discover now