Bab 36 - 5 𝓣𝓪𝓱𝓾𝓷

156 11 4
                                    

5 TAHUN KEMUDIAN...

Angin pantai yang menyenangkan menyapa wajahnya. Bunyi deruan ombak menenangkan dirinya.

"Amani." Panggil satu suara.

Amani menoleh. Dia tersenyum nipis.

Lyla.

Sepupu Amani yang paling rapat dengannya.

Lyla menghampiri Amani. Dia memegang bahu Amani.

"Sampai bila kau nak ada kat sini?"

Amani tersenyum pahit.

"Aku dah tak ada sesiapa kat sana. Aku rasa lebih baik aku tinggal terus kat sini."

Lyla menggelengkan kepala.

"Habis tu,suami kau macam mana?"

"Dia masih lagi suami aku ke?" Laju Amani mencelah.

Lyla mengeluh.

"Baik kau balik semula ke KL. Kau tak boleh lari macam ni Amani. Kau tak boleh lari dari masalah."

"Dah 5 tahun aku kat sini,Lyla. Kau nak aku balik semula ke KL? Nonsense." Amani tertawa kecil.

"Jangan ego,Amani. 5 tahun kau dah biarkan Zaiful tu tergantung tak bertali."

Amani terdiam.

"Kau sedar tak yang kau sekarang ni bukannya nak selesaikan masalah tapi kau lari dan pentingkan diri sendiri."

Amani memandang Lyla.

"End up,masalah tu tergantung macam tu je? Seriously?"

Jeda.

"Ya,memang kau tenang hidup kat sini. Takde masalah besar yang menimpa kau tapi kau tau ke apa yang dah terjadi kat sana?"

Jeda.

"Jangan sampai keputusan kau ni membuatkan kau menyesal seumur hidup kau,Amani."

Lyla mula beredar dari situ. Akhirnya,segala yang terbuku di dalam hatinya dapat diluahkan.

Ya,Amani sangat ego. Terlampau ego. Dia semakin menambahkan masalah dalam kisah cintanya sendiri.

Amani pula bagai tersedar akan sesuatu. Dia dah buat satu keputusan yang salah kah?

ZAIFUL menutup pintu kereta mewahnya. Suit yang tersarung di tubuhnya dikemaskan. Dia masuk ke dalam bangunan syarikatnya. Ya,Zaiful sudah membangunkan sebuah syarikat baharu dan syarikat itu bertambah maju dari tahun ke tahun. 2 tahun dia mengalami kemurungan selepas kehilangan Amani. Namun,dia bangkit semula dengan membangunkan sebuah syarikat.

"Morning,Boss." Sapa seorang pekerja wanita.

Zaiful hanya menunjukkan muka bengisnya. Jika dahulu,Zaiful seorang yang pemurah dengan senyuman. Kini,secalit senyuman pun tidak pernah ditunjukkan.

Apabila lif peribadinya tiba di tingkat 5,dia keluar daripada lif lalu masuk ke dalam bilik pejabatnya.

Beg kerjanya diletakkan di atas meja kerjanya lalu dia duduk dan menyandarkan dirinya pada kerusi.

Matanya terpejam. Mengantuk. Sejak kebelakangan ini,dia tidak tidur pada waktu malam. Terlampau sibuk dengan kerjanya.

Makan entah kemana. Tidur entah kemana. Senang cerita,dirinya memang tidak terurus.

Tiba-tiba,pintu bilik pejabatnya ditolak. Siapa lagi kalau bukan PA nya,Melly.

"Morning,Zaiful." Sapa Melly ceria.

Tiada respon.

"Woi!" Dia mengetuk meja kerja Zaiful.

"Apa kau nak?" Zaiful berkata perlahan. Nak bercakap pun dah tak larat.

"Kau tak tidur ke tadi malam?" Tanya Melly.

Zaiful diam.

Melly duduk di hadapan Zaiful.

"Diam tu maksudnya ya lah tu."

Zaiful masih diam.

"Kenapa kau tak ambil cuti je?"

"Harini kan kita kena jumpa client daripada UK tu." Jawab Zaiful malas.

"Zaiful! Kan aku dah whatsapp kau tadi malam. Client tu postponed ke minggu depan!"

Zaiful membuka matanya. Dia memandang Melly.

"Serious ah?!" Jerit Zaiful.

Melly menggelengkan kepalanya.

Zaiful mengeluh perlahan.

"Dah lah kau keluar lah. Aku nak tidur." Kata Zaiful.

"Kau nak tidur kat office?"

Zaiful mengangguk yakin.

Melly membuat roller eyes. Dia mula beredar. Apabila kakinya sudah hampir sampai ke pintu,dia menoleh ke arah Zaiful.

"Zaiful." Panggil Melly.

"Hm."

"Kau pakai baju semalam ke?"

"Tak lah."

Melly mengecilkan matanya. Tipu. Semalam Zaiful memakai kemeja berwarna biru tua dan tali leher berwarna merah. Hari ini pun dia memakai pakaian yang sama.

"Lantak kau lah." Melly membuka pintu bilik pejabat lalu berjalan keluar.

Apabila pintu bilik pejabatnya ditutup,Zaiful membau tubuh badannya.

Ya Allah,wangi betul. Dia punya wangi tu kalau lalat lalu boleh mati tau!

"Bila last aku mandi eh?"

Dia meraupkan mukanya.

Lantak lah.

Dia mula membaringkan dirinya di atas sofa. Matanya terpejam.

Tiba-tiba,Zaiful terlihat satu wajah yang sudah lama tidak muncul di dalam hidupnya.

"Amani?" Lirih suara Zaiful. Suara yang penuh kerinduan.

Dia mendekati Amani. Namun,Amani semakin menjauhkan diri darinya.

Jauh,jauh dan semakin jauh.

Air mata Zaiful mula menitis.

"Amani!!!"

"Zaiful!" Tiba-tiba,suara Melly menyapa gegendang telinganya.

Zaiful terbangun dari pembaringannya. Dia melihat Melly yang sudah berada di hadapannya.

"Asal kau nangis?" Tanya Melly pelik.

Zaiful mengelap air matanya. Dia menggelengkan kepalanya.

"Zaiful. Aku sebenarnya ada benda nak cakap ni." Melly mengendurkan suaranya.

Zaiful mengangkat keningnya.

"Sebenarnya ada orang nak jumpa kau."

"Siapa?" Zaiful mengerutkan keningnya.

Tiba-tiba,satu suara wanita yang sudah lama tidak didengari Zaiful menyapa gegendang telinganya.

"Assalamualaikum,Zaiful."














Vote and comment!












Cinta Kita✔️Where stories live. Discover now