"Assalamualaikum." Zaiful menolak pintu utama rumahnya.
Amani menolak kerusi roda yang diduduki Zaiful masuk ke dalam rumah.
Mak Senah menghampiri mereka berdua. Tanpa suara,Amani menghulurkan beg pakaian Zaiful kepada Mak Senah.
"Encik Zaiful nak pakai bilik atas ke bawah?" Tanya Mak Senah.
"Bilik bawah." Jawab Zaiful ringkas.
Mak Senah mengangguk perlahan lalu meninggalkan Amani dan Zaiful berdua.
Baru sahaja Amani ingin menolak kerusi roda Zaiful ke biliknya,Zaiful bersuara.
"Aku boleh buat sendiri."
"Tapi--"
"Tak faham bahasa ke?" Dingin Zaiful.
Amani akur. Dia melepaskan tangannya daripada kerusi roda dan membiarkan Zaiful masuk ke dalam biliknya sendiri.
Amani berdiri kaku. Dia buntu. Mengapa hati lelaki itu sangat keras? Dia menghela nafas panjang. Dia penat tetapi dia tidak boleh berputus asa.
Sabar. Itulah yang ditanam di dalam hatinya.
Amani naik ke biliknya lalu duduk di birai katilnya. Dia berfikir. Apakah cara untuk memikat semula hati Zaiful?
Kemas rumah? Cliche!
Suapkan dia ketika makan? No!
Buat surprise? Gila!
Masak? Terlebih cliche!
Amani membuat membuat roller eyes. Otaknya tak berfungsi.
Tiba-tiba,bunyi ketukan pintu mengejutkan Amani. Dia membuka pintu biliknya. Wajah Mak Senah muncul di hadapan pintunya.
"Amani,jom turun makan." Ajak Mak Senah.
"Amani nak mandi dulu lah,Mak Senah." Amani tersengih.
"Haa ye lah. Nanti jangan lupa ajak Encik Zaiful sekali ya?"
Amani mengangguk perlahan. Akhirnya,dia menutup pintu biliknya dan pergi membersihkan dirinya.
ZAIFUL naik ke atas katilnya. Susah juga untuk naik ke atas katil sendirian kerana pergerakannya agak terbatas.
Dia memandang seluruh bilik itu. Bersih walaupun sebelum ini tiada sesiapa pun yang pernah duduk di bilik ini.
Ketika dia sedang ralit memandang sekeliling bilik,terdapat sebuah sampul surat berwarna coklat ditindih dengan pasu bunga di atas meja sisi katilnya.
Zaiful mengambil sampul surat itu.
Apa benda ni? Desis hatinya.
Baru sahaja dia ingin membuka sampul surat itu,pintu biliknya terbuka daripada luar.
"Zaiful."
Zaiful terkejut. Dia menoleh ke muka pintu. Wajah Amani memenuhi ruang matanya.
"Y-yes?"
"Awak nak makan?"
"No,thanks."
"Kalau awak nak makan,nanti beritahu saya ya?"
Zaiful mengangguk perlahan.
Apabila Amani sudah menutup pintu biliknya,barulah dia menghela nafas lega.
Kemudian,perhatiannya teralih semula pada sampul surat yang berada di pegangannya. Dia membuka dan mengeluarkan isinya.
Mata Zaiful terbuka luas apabila melihat foto perkahwinannya bersama Zara.
"Kenapa gambar ni ada kat sini?" Gumam Zaiful sendirian.
Dia memusingkan foto itu ke belakang.
I'm back.
Dahi Zaiful berkerut. Otaknya mula mencerna makna tulisan itu.
Adakah Zara telah kembali?
ZAIFUL mendekati Mak Senah yang sedang membasuh pinggan. Dia berdehem perlahan.
"Mak Senah."
Mak Senah terus menoleh ke belakang.
"Encik Zaiful nak makan ke?"
Zaiful menggeleng.
"Saya nak Mak Senah bakar sampul surat ni."
Zaiful menghulurkan sampul surat itu kepada Mak Senah. Mak Senah memandang sampul surat itu lama sebelum mengambilnya perlahan-lahan.
"Tolong jangan buka dan beritahu Amani pasal benda ni." Arah Zaiful perlahan dan tegas.
Mak Senah hanya mengangguk. Apabila Zaiful sudah beredar,Mak Senah memandang semula sampul surat itu. Pelbagai persoalan muncul di mindanya.
Apakah isi kandungan sampul surat ini?
Mengapa hendak dirahsiakan daripada Amani?
Akhirnya,Mak Senah membuka sampul surat itu secara senyap.
"Mak Senah."
Suara itu membuatkan Mak Senah terkejut lalu sampul surat itu terjatuh. Amani mengutip sampul surat itu dan terus memeriksa isi kandungannya.
Amani terkejut apabila foto perkahwinan Zaiful dan Zara berada di pegangannya. Kemudian,dia memusingkan foto itu.
I'm back.
Amani mengerutkan dahinya. Jangan-jangan...
Amani terus melangkah laju ke bilik Zaiful. Seruan Mak Senah diendahkannya. Dia terus merempuh masuk ke dalam bilik Zaiful. Zaiful yang sedang ralit dengan telefon pintarnya terkejut dengan kehadiran Amani.
"Apa ni?" Soal Amani sambil menunjukkan bahagian belakang foto tersebut.
Zaiful diam. Dia menayangkan wajah tenang.
"Saya tanya apa ni?"
"Kau tahu kan?"
Soalan berbalas soalan.
"Zara yang bunuh Melly?"
Zaiful terdiam. Dia tiada jawapan untuk persoalan itu. Suasana menjadi sepi dan tegang seketika.
"Saya akan serahkan gambar ni kat pihak polis."
"Amani."
Zaiful menggeleng.
"Kenapa?"
"Kita tak cukup bukti lagi."
"Ini boleh jadi bukti yang terkuat,Zaiful."
"Tak boleh,Amani. Gambar tu tak cukup kuat untuk dijadikan bukti."
"Kenapa awak nak halang saya daripada serahkan gambar ni kat polis?"
"Awak lupa ke Zaiful?! Awak lupa apa yang Zara dah buat kat kita?!" Suara Amani naik seoktaf.
"Amani,boleh tak kalau kau biarkan aku selesaikan masalah ni seorang diri?! Kalau kau masuk campur,masalah ni akan jadi makin serabut?!" Suara Zaiful juga naik seoktaf.
Amani tersenyum hambar. Serabut? Dia fikir dia seorang sahaja yang serabut?
"Ok,fine. Kalau awak boleh selesaikan masalah ni sendiri,selesaikanlah. Saya takkan masuk campur lagi." Amani berjauh hati.
Amani meletakkan foto itu di atas meja sisi katil Zaiful. Anak mata mereka sempat bertentangan seketika.
Amani terus keluar daripada bilik itu dengan perasaan kecewa.
Zaiful menghela nafas panjang. Dia memejamkan matanya. Fikirannya serabut.
Mak Senah yang melihat perbalahan majikannya di sebalik dinding berasa serba salah.
Ya Allah,bilakah semua masalah ini akan selesai?
Vote and comment!
YOU ARE READING
Cinta Kita✔️
RomanceCinta... Ya,itulah yang dirasakan oleh Zafirul Ashraf dan Amani Syakira. "Tunggu abang balik ya?" - Zafirul Ashraf "Walau apa pun terjadi,Amani akan tetap tunggu abang." - Amani Syakira Akibat satu tragedi hitam,segalanya berubah. "Kononnya abang hi...