"Semua ok?" Tanya lelaki misteri.
"Ok,cuma jantan tu sekarang dekat hospital." Kata Ayman.
Lelaki misteri itu tersenyum sinis.
"So,ingatan dia semakin hilang?"
"Ya,masa dia koma haritu aku kasi racun untuk melemahkan otak dia. Tapi,tak banyak sebab aku takut dia mati."
"Bagus,macam aku cakap bagi dia terseksa dengan penyakit dia tu. Tapi,jangan sampai dia mati."
Ayman mengangguk.
"If,one day aku suruh kau bunuh dia. Kau setuju tak?"
"Aku ikut je cakap kau."
Ayman dan lelaki misteri itu tertawa sinis.
ZARA berjalan mundar mandir di bilik kerjanya.
Dia menggenggam telefon pintarnya.
"Macam mana aku boleh terlepas pandang ni?"
Zara baru sahaja mendapat info daripada anak buahnya bahawa Ayman bukan seorang doktor yang bertugas di Hospital Gleanagles. Tetapi,Ayman telah diupah untuk menyamar menjadi seorang doktor semasa Zaiful koma.
Aku rasuah dia tapi sebenarnya dia dah diupah orang lain?
Apa motif Ayman?
Siapa yang upah dia?
Banyak persoalan menerjah minda Zara.
Zara mengeluh.
"Kenapa lah kau cepat sangat percaya pada orang,Zara?" Tanya Zara kepada dirinya sendiri.
"Kenapa kau bodoh,Zara?!" Jerit Zara sambil menepuk kuat meja kayu yang tebal itu.
Dada Zara turun dan naik menahan amarah. Rambut panjangnya dikuak ke belakang.
"Aku kena tau siapa yang upah Ayman."
"Alex!!" Panggil Zara melalui interkom.
"Yes,Boss." Sahut Alex.
"Datang bilik kerja aku."
Tidak lama kemudian,pintu bilik kerja Zara diketuk.
"Masuk."
"Aku nak kau cari siapa yang upah Ayman dan siapa dalang di sebalik semua ni." Kata Zara apabila Alex telah berdiri tegak di hadapannya.
"Ok,Boss."
"Err,Boss." Panggil Alex.
Zara menjungkitkan keningnya.
"I have information I need to tell you."
"Hmm." Gumam Zara dingin.
"When Mr. Zaiful was in a coma, Dr. Ayman gave him a poison."
Zara tersentak.
"Racun jenis apa?" Tanya Zara.
Alex menghulurkan tabletnya.
"I can't identify the type of poison. But from what I can study, this poison is dangerous because it contains a substance that is capable of weakening human's brain."
Zara meneliti maklumat yang tertulis di tablet pemberian Alex.
"Ada apa-apa lagi?"
"Nothing,Boss."
"Kaji lagi tentang racun tu."
"Ok,Boss."
Alex melangkah keluar dari ruang tamu itu.
"Weakening human's brain?" Gumam Zara.
"Kenapa benda ni makin complicated,eh?" Zara mengurut pelipisnya.
"Maknanya masa Zaiful accident,dia tak hilang ingatan pun. Cuma masa dia koma,Ayman bagi racun tu untuk melemahkan otak Zaiful. Tapi,kenapa Zaiful tak mati?" Monolog Zara sendirian.
"Kenapa dia tak bunuh Zaiful je terus?"
Zara mencapai buku nota dan pen. Dia menulis nama rakan-rakan terapat Zaiful.
Zaiful
Amani
Melly
RayyanTiba-tiba,Zara tersedar sesuatu. Dia sambung menulis.
Rayyan 》Motif : Dendam disebabkan Amani.
Rayyan - Tunang Amani sebelum Amani berkahwin dengan Zaiful.
Zara tersentak.
Zaiful kan rampas Amani daripada Rayyan. Takkan lah Rayyan dah maafkan Zaiful? Desis hati Zara.
Ya,baru Zara tersedar sesuatu. Masalah ini tergantung apabila Zaiful berkahwin dengan Amani.
Tapi aku tak ada bukti kukuh lagi. Desis hati Zara.
"Aku kena siasat Rayyan." Gumam Zara.
1 TAHUN LALU...
"I dah tak sayangkan you!" Kata Amani tegas.
"Amani,please jangan buat I macam ni..."
"Aku dah tak ada kena mengena dengan kau. Kau penipu,Rayyan! Aku tak nak kahwin dengan penipu!"
"Amani,I tak pernah tipu you."
"You penipu,Rayyan. Zaiful dah ceritakan semuanya kat aku!"
Rayyan tersentak.
"Z-zaiful?"
"Yes. Kalau dia tak cerita semuanya kat aku,aku takkan tau yang kau ni penipu!"
"Apa yang dia ceritakan pada you?" Tanya Rayyan.
"Semuanya! Dasar pembelot! Kau nak kahwin dengan aku sebab kau nak belot semua harta Ayah aku kan? Kau nak mufliskan syarikat Ayah aku,kan?!"
Fitnah!
"Amani,I tak pernah buat macam tu." Lirih suara Rayyan.
"Dah lah Rayyan! Aku tak nak dengar apa-apa lagi daripada penipu dan pembelot macam kau! Aku nak kau putuskan pertunangan kita."
Amani menanggalkan cincin dari jari manisnya. Dia menunjukkan cincin itu pada Rayyan.
"Cincin ni dah takde makna bagi aku!" Amani mencampakkan cincin itu ke tanah dan berlalu pergi.
"Zaiful,ini adalah pembalasan kau. Disebabkan kau,Amani tinggalkan aku! Disebabkan kau,syarikat aku lingkup!"
Rayyan,dia lah musuh dalam selimut.
Vote and comment!
YOU ARE READING
Cinta Kita✔️
RomanceCinta... Ya,itulah yang dirasakan oleh Zafirul Ashraf dan Amani Syakira. "Tunggu abang balik ya?" - Zafirul Ashraf "Walau apa pun terjadi,Amani akan tetap tunggu abang." - Amani Syakira Akibat satu tragedi hitam,segalanya berubah. "Kononnya abang hi...