Bab 21 - 𝓜𝓾𝓼𝓾𝓱 𝓓𝓪𝓵𝓪𝓶 𝓢𝓮𝓵𝓲𝓶𝓾𝓽

98 11 2
                                    

"I think I remembered something."

Zaiful memandang anak mata Amani.

"Apa?" Tanya Amani perlahan.

"Nasi goreng yang you masak for the first time."

Kelopak mata Amani mula dipenuhi dengan air mata.

"I tak dapat tengok dengan jelas. Dia macam samar-samar tapi I dapat dengar suara you."

Amani tersenyum.

"Abang." Amani termati kata. Air matanya mengalir deras ke pipi.

Tiba-tiba,terdapat satu lagi memori muncul di ingatan Zaiful. Kepalanya berasa sakit semula.

"Saya janji saya akan sayang,cinta dan lindungi awak,Amani."

"Saya takkan duakan awak."

"Saya janji." Dia mengucup tangan Amani.

Memori itu terhenti apabila terdengar jeritan Zara.

"Eh,Abang!" Zara mendekati Zaiful yang sedang mengerang kesakitan. Dia cemas.

"AMANI! APA KAU BUAT DEKAT LAKI AKU?!" Zara menengking Amani.

Amani terdiam. Dia mengelap air matanya.

"AKU TANYA,KAU BUAT APA KAT LAKI AKU?!" Bentak Zara.

"SHUT UP,ZARA!!" Tengking Zaiful yang masih lagi mengerang kesakitan.

Zara terkejut.

"A-abang?"

"Ak-aku dah janji." Kata Zaiful perlahan. Air mata jantannya mengalir. Denyutan pedih di kepalanya mula dirasai. Nafasnya tidak teratur.

Tiba-tiba,tubuh Zaiful melemah. Dia rebah ke atas lantai.

"Abang!!" Jerit Zara.

Amani yang melihat Zaiful rebah terus menelefon ambulans.

HAMPIR 30 minit,Zaiful berada di wad kecemasan. Amani dan Zara resah di ruang menunggu.

"Macam mana kalau Zaiful dah ingat semula?" Soalan itu menerjah minda Zara.

"Kan kau dah dapat syarikat dan harta-harta dia,Zara. Apa yang kau nak risaukan?" Hasut sebuah suara asing.

Zara tersenyum sinis.

Amani menundukkan kepalanya. Dia menutup mukanya menggunakan kedua-kedua tapak tangannya. Hatinya resah tetapi dia tidak mampu menangis.

Tidak lama kemudian,kelihatan seorang doktor wanita keluar daripada wad kecemasan itu.

"Siapa ahli keluarga pesakit?"

Amani yang mendengar suara doktor wanita itu terus mengangkat kepalanya.

"Saya isteri dia." Amani berdiri.

Zara membuat rolling eyes.

"Baik,Puan. Keadaan suami Puan baik-baik sahaja. Cuma,tekanan darah dia sahaja yang rendah."

"Tekanan darah rendah?"

"Ya."

"Ada apa-apa effect dekat kepala dia ke? Sebab suami saya hilang ingatan."

Zara hanya mendengar perbualan Amani bersama doktor wanita itu.

"Hilang ingatan? Suami Puan hilang ingatan ke?"

"Err,ya. Dia hilang ingatan. Dia pun pernah dirawat dekat hospital ni."

"Oh,boleh saya tahu siapa doktor yang merawat suami Puan?"

"Doktor Ayman."

Doktor wanita itu mengerutkan dahinya. Doktor Ayman?

"Maaf,tapi seingat saya tak ada doktor bernama Ayman kat sini."

Zara dan Amani mengerutkan dahinya.

"Sorry,but Doktor Ayman tu kawan saya. Dia bekerja kat hospital ni." Tegas Zara.

"Maaf,Puan. Tapi memang tak ada doktor bernama Ayman kat sini." Jelas doktor wanita itu lagi.

Zara mengerutkan dahinya.

"Doktor,biar betul? Doktor Ayman tu dia lelaki,tinggi dan pakai cermin mata. Dia merawat Zaiful masa Zaiful koma kat sini sebulan."

Doktor wanita itu mengetuk dagunya.

"Dia kata dia dah bekerja kat sini 3 tahun!" Terang Zara lagi.

"Maaf,mungkin Puan salah hospital kot. Takpe lah,kalau ada apa-apa panggil saya ya? Nanti,saya akan panggil Doktor Lydia iaitu doktor pakar amnesia di hospital ni untuk membuat pemeriksaan kepada suami Puan." Doktor wanita itu meminta diri.

Zara terduduk.

Selama ni,aku ditipu ke? Desis hati Zara.

Amani juga terduduk.

Ya Allah,apa lagi ni? Desis hati Amani.

Zara menekan skrin telefonnya. Dia menelefon Ayman.

Tidak diangkat.

Zara mendail lagi.

Juga,tidak diangkat.

"Ayman,jawab lah!" Rungut Zara.

"Zara." Panggil Amani.

"Hmm." Gumam Zara dingin.

"Ayman tu--"

"Kau boleh diam tak?! Aku pun tak tau yang selama ni dia tipu aku. Tau-tau je aku kena tipu dengan dia." Rungut Zara.

Amani mengurut pelipisnya.

Zara memasukkan telefon pintarnya ke dalam beg tangan.

Mengapa Ayman menyamar jadi doktor?

Siapa Ayman sebenarnya?

Adakah Ayman ada kena mengena disebalik semua ni?

Dan

Adakah Zaiful betul-betul hilang ingatan?












Vote and comment!

Haa otak hilang ke tu?

Korang rasa siapa musuh sebenar dalam cerita ni?

Comment lah! Hehe...


















Cinta Kita✔️Where stories live. Discover now