"Sebenarnya I tak hilang ingatan,Amani."
Amani terkaku. Badannya mengeras. Zaiful menghela nafas berat.
"Semua ni dirancang."
"Dan yang rancang semua ni ialah..."
Zaiful menunduk. Air matanya mula mengalir.
"I."
Suara serak basah Zaiful yang sedang menahan tangis itu menyapa telinga Amani. Amani mula menangis semula. Dia berdiri menjauhi Zaiful.
"Why?" Lirih suara Amani.
Zaiful tidak menjawab. Dia masih menunduk.
"WHY,ABANG?!!" Jerkah Amani.
Zaiful meraup kasar mukanya.
"Maknanya abang memang kahwin dengan Zara atas kerelaan abang sendiri?"
Zaiful tersentak. Dia tiada jawapan untuk soalan itu.
"Amani..." Lirih Zaiful.
"Maknanya abang memang tak cintakan Amani?"
Air mata Amani mengalir di pipi.
Zaiful memandang Amani.
"I terpaksa--"
"Terpaksa?" Amani tertawa kecil.
"Why you do this to me,Zaiful?"
Amani sudah tawar hati. Mengapa semakin banyak penipuan yang terbongkar?
"Because I love you,Amani." Jawab Zaiful.
Amani menggeleng perlahan.
"Awak tak cintakan saya."
"Kalau awak cintakan saya,awak takkan tipu saya. Awak takkan duakan saya! Awak takkan sakitkan saya dan awak takkan hancurkan hati saya!" Sambung Amani.
"I had to,Amani."
"Siapa yang paksa awak? Zara?" Tanya Amani.
Zaiful menggeleng.
"Habistu?"
"I forced myself! Saya buat semua ni sebab terpaksa! Saya betul-betul cintakan awak,Amani. Percaya lah." Zaiful memandang tepat muka Amani.
Amani tertawa sinis.
"You're trying to lie to me again,Zaiful?" Amani kecewa.
"No! I memang terpaksa buat semua ni..."
Zaiful mula berdiri dan mendekati Amani.
"Because I love you so much,Amani Syakira."
Zaiful mencapai kedua-kedua tangan Amani. Dia mendekatkan kedua-dua tangan Amani ke mukanya. Dia melutut dan menghamburkan tangisnya.
Air mata Zaiful menitis di atas kedua-dua tangan Amani. Amani menahan tangisnya.
"Saya tak boleh hidup dalam sebuah penipuan,Zaiful."
"Tolong hentikan semua penipuan dan cinta awak kepada saya." Sambung Amani perlahan.
Zaiful memandang Amani.
"Saya tak boleh percayakan awak lagi."
"I sanggup buat apa sahaja untuk tebus semua kesalahan dan dosa I kat you,Amani." Zaiful merayu.
Amani menggeleng. Dia melepaskan kedua-dua tangannya daripada pegangan Zaiful.
"Saya tak nak hidup dengan penipu macam awak,Zaiful." Kata Amani.
Amani memegang muka dan mengelap air mata Zaiful.
"Tolong tamatkan semua penipuan ni dan..." Amani menghela nafas berat.
"Lepaskan saya." Amani memandang tepat anak mata Zaiful.
Zaiful tersentak. Dia menepis kedua-dua tangan Amani yang berada di mukanya dan mula berdiri. Dia memegang kedua-dua bahu Amani.
"I boleh tamatkan semua ni,Amani. Tapi,I takkan lepaskan you."
"Awak dah tipu saya,Zaiful! Penipuan yang besar! Awak ingat saya akan percayakan awak ke lepas ni?"
Zaiful menunduk.
"Awak dah hancurkan kepercayaan saya terhadap awak." Kata Amani dengan nada kecewa.
Zaiful mengangguk perlahan.
"I tetap takkan lepaskan you."
"It's up to you. Tapi,awak takkan dapat jumpa saya lagi lepas ni."
RAYYAN menumbuk sebuah cermin. Cermin itu pecah berderai. Dia mengenggam tangannya yang semakin pedih.
"Kau dah kenapa?" Tegur Zara sambil meletakkan dua air tin di atas meja kaca yang berada di dalam bilik itu.
"Berapa banyak lagi cermin kat rumah aku yang kau nak pecahkan?" Kata Zara malas.
"Kau diam boleh tak?!" Jerkah Rayyan.
Zara mengangkat bahu.
"Haa,aku baru teringat. Tadi kau jumpa betina tu kan? Haa,apa citer?" Tanya Zara.
Rayyan menggeleng. Dia meraupkan mukanya.
"Dia tak nak kat aku..."
"Dan aku tampar dia." Sambung Rayyan.
Zara mengerutkan dahinya.
"Kenapa kau tampar dia?!" Suara Zara naik seoktaf.
Bukannya nak membela Amani tetapi mereka harus menggunakan cara lembut untuk memastikan Amani masuk ke dalam 'perangkap' mereka.
Rayyan menghela nafasnya kasar.
"Habistu macam mana sekarang ni?!" Tegas Zara.
Rayyan diam.
"Benda senang kau pergi susahkan." Gumam Zara perlahan.
Zara merengus kasar.
"Aku ada plan."
Rayyan memandang Zara.
"Apa?" Tanya Rayyan.
"Disebabkan kau dah menyusahkan benda yang senang,aku nak kau pujuk Amani tu sampai dia betul-betul percayakan kau semula! Aku tak kisah cara apa kau nak buat tapi aku nak kau berlembut dengan dia and please behave! Aku tak nak kau lempang atau berkasar dengan dia,faham?" Tegas Zara.
Rayyan meraupkan mukanya.
"Tapi kita ada satu lagi masalah." Kata Rayyan.
"Apa?" Zara memandang Rayyan dengan pandangan tajam.
"Melly."
Vote and comment!
![](https://img.wattpad.com/cover/282926191-288-k342823.jpg)
YOU ARE READING
Cinta Kita✔️
RomanceCinta... Ya,itulah yang dirasakan oleh Zafirul Ashraf dan Amani Syakira. "Tunggu abang balik ya?" - Zafirul Ashraf "Walau apa pun terjadi,Amani akan tetap tunggu abang." - Amani Syakira Akibat satu tragedi hitam,segalanya berubah. "Kononnya abang hi...