Bab 3

120 17 0
                                    

Semasa dalam perjalanan,hujan yang lebat membasahi bumi.

DUM!!!

Zafirul yang sedang ralit dengan telefon pintarnya terkejut.

"Astaghfirullahalazim."

Tiba-tiba,teksi yang dinaikinya hilang kawalan.

"Pakcik!" Jerit Zafirul sambil memegang erat tali pinggangnya.

"Teksi pakcik tak boleh brek!" Pemandu teksi itu berkali-kali menekan breknya tetapi ianya tidak berfungsi.

Dalam beberapa saat,teksi itu melanggar sebuah pokok.

BAM!!!

AMANI terbangun dari lelapnya. Dia termimpi suaminya kemalangan.

"Astaghfirullahalazim." Amani mengurut dadanya.

Amani bergegas mengambil telefonnya yang berada di atas meja solek.

"Mana dia ni?" Amani berjalan mundar mandir.

Dia menelefon suaminya berkali-kali namun tidak diangkat.

Tok! Tok! Tok!

"Siapa tu?" Tanya Amani.

"Zara." Lalu Zara membuka pintu.

Zara mendekati kakaknya.

"Akak,kenapa akak berpeluh ni?" Aik,hujan-hujan pun berpeluh. Pelik kakak aku ni.

"Zara,a-akak mimpi suami akak accident."

Tersentak Zara. Namun,air mukanya dikawal tenang.

"Akak,tu kan mimpi je. Akak tidur waktu maghrib memanglah mimpi bukan-bukan."

Amani membesarkan matanya.

"Sekarang pukul berapa?" Tanya Amani.

"7.45 malam--"

"Akak belum solat maghrib lagi!!" Amani berlari ke arah bilik air.

Zara blur lalu dia menjulingkan matanya ke atas. Tiba-tiba,telefon Zara berbunyi.

"Helo?"

Zara tersenyum.

"Aku gerak sekarang." Dia mematikan panggilan lalu keluar dari bilik kakaknya.

ZARA keluar dari bilik yang menempatkan Zafirul. Dia tersenyum puas. Keadaan Zafirul cukup membuatkan dia berpuas hati.

"Macam mana keadaan dia?" Tanya Zara kepada Doktor Ayman.

"Dia disahkan menghidapi Dissociative Amnesia. Jadi,dia mungkin akan koma dalam sebulan atau dua bulan."

"Dia boleh pulih ke?"

"Boleh. Tapi mengambil masa yang agak lama lah sebab dia memang tak boleh ingat apa-apa. Senang cerita ingatan dia kosong.

Zara mengangguk.

"Kau taknak bagitau--"

"Aku takkan bagitau perempuan tu. Dia pun tak layak untuk tahu." Tegas Zara.

"Tapi kalau--"

"Kalau dia tau dari kau,aku akan pastikan kau akan hilang segala-galanya. Kau lupa ke? Harta-harta kau semuanya daripada aku. Jadi,semua harta dan kekayaan kau semuanya daripada aku." Zara menjeling tajam kepada Doktor Ayman.

"Fine,kalau kau nak aku rahsiakan bagi aku duit untuk aku tutup mulut."

"Jangan risau. Aku akan bagi kau RM500 000."

Cinta Kita✔️Where stories live. Discover now