Zaiful menarik kerusi meja makannya. Cawan yang berisi air milo itu diletakkan di sebelah komputer ribanya. Maklumlah,duda. Semua benda kena buat sendiri.
Dia menyandarkan badannya pada kerusi. Tiba-tiba,satu persoalan menjelma di mindanya. Rumah besar tetapi dia duduk seorang diri. Sampai bila nak hidup macam ni?
Tidak lama kemudian,Zaiful menggelengkan kepalanya.
"Apa benda yang aku fikir ni?" Tanya Zaiful kepada dirinya sendiri.
Tiba-tiba,telefonnya berdering. Dia melihat nombor yang memanggilnya. Nombor yang tidak dikenali.
Zaiful teragak-agak untuk menjawab panggilan itu tetapi tangannya perlahan-lahan menyeret ikon berwarna hijau itu.
"Helo?"
"Haa helo."
Eh,Melly?
Zaiful melihat semula skrin telefonnya. Nombor yang tidak dikenali.
"Kau pakai phone siapa ni?"
"Oh,aku pakai phone Amani."
Zaiful mengerutkan keningnya.
"Apahal kau pakai phone dia?"
"Macam ni,aku sekarang ni tengah lepak dengan Amani. Pastu aku baru perasan yang aku tak bawa phone. Nasib lah Amani bagi aku pinjam kejap." Terang Melly.
Zaiful mengangguk perlahan. Nak buat macam mana? Melly ni memang seorang yang careless. Kalau boleh semua benda dia nak tertinggal.
"Apa yang penting sangat kau nak cakap dengan aku ni?" Tanya Zaiful.
"Macam ni,tadi pagi ada client from Dubai call aku. Dia kata dia nak buat meeting pagi esok."
"Ok,tu je?"
"Haa tu je. Aku bagitahu kau sekarang sebab aku baru teringat. Nasib lah aku teringat. Kalau tak,menggelupur kau esok pagi."
Zaiful tertawa perlahan.
"Hmm ye lah." Jawab Zaiful.
"Haa ok. Bye!"
"Bye!"
Baru sahaja Zaiful ingin menamatkan panggilannya,Melly menjerit memanggilnya.
"Eh,Zaiful!"
Zaiful mengerutkan keningnya.
"Asal kau ni?"
"Tak nak kirim salam kat Amani ke? Kesian dia,tengok je aku borak dengan kau." Melly sengaja menyucuk Zaiful.
Eh,minah ni memang nak kena. Desis hati Zaiful.
"Hmm ye lah,kirim salam dia sekali." Gumam Zaiful perlahan.
"Apa dia?!" Melly hampir terjerit.
Zaiful yang seakan tersedar dengan ketelanjurannya tadi terus menafikannya.
"Apa benda kau ni?"
"Tak,tadi kau cakap apa? Kirim salam dia sekali? Haa tak payah tipu eh. Aku tak pekak lagi tau."
"Apa benda yang kau cakap ni? Mana ada aku cakap macam tu." Tegas Zaiful.
Melly ketawa terbahak-bahak.
"Dah lah,Mel. Baik kau letak sekarang. Nanti si Amani tu mengamuk pula kau habiskan kredit dia."
"Eleh. Dah kantoi,tak mengaku. Lemah!"
"Dah dah. Kau tak payah nak merepek eh." Nafi Zaiful.
"Hmm ye lah. Oh ya,jangan lupa save tau number ni. Bye!"
Melly menamatkan panggilannya.
Zaiful memandang skrin telefonnya. Dia tertawa perlahan sambil menggelengkan kepalanya.
"Ada-ada je lah,Melly ni." Gumamnya perlahan.
Tiba-tiba,kata-kata Melly sebentar tadi terngiang-ngiang di fikirannya.
"Jangan lupa save tau number ni."
Zaiful memandang telefonnya. Tangannya perlahan-lahan mencapai telefonnya lalu nombor Amani tadi di simpan.
Entah bagaimana tangannya boleh menekan emoji 'love' selepas dia menaip nama Amani.
Amani❤
"Eh,asal tetiba ada love pula kat situ."
Dia mengeluh perlahan.
"Nantilah aku betulkan."
Lalu,Zaiful terus menyambung tugasannya yang tergendala sebentar tadi.
MELLY menyerahkan telefon kepada Amani.
"Oh ya,encik duda kau kirim salam." Melly bersuara.
Amani tersedak. Dia memandang Melly dengan pandangan tidak percaya.
"Asal kau pandang aku macam tu? Dah lama hidup?"
"Kau cakap apa tadi?" Tanya Amani.
"Encik duda kau kirim salam."
"Zaiful?"
"Ye lah,siapa lagi encik duda kau?"
Haih,susah betul nak cakap dengan orang yang lambat tangkap ni.
Amani mengerutkan keningnya.
"Kenapa dia kirim salam kat aku?"
"Aik,salah ke?"
Amani mengecilkan matanya.
"Kau paksa dia ke?" Tanya Amani.
"Lah,aku tanya je. Tak nak kirim salam kat Amani ke? Pastu tiba-tiba dia jawab hmm ye lah kirim salam kat dia sekali. So?"
Amani terdiam. Tidak lama kemudian,dia mengangkat bahunya.
Lantak lah.
"Eleh,dari luar memang lah kau nampak tak kisah tapi dalam hati tu hmm...mesti berbunga-bunga kan?" Melly menyucuk Amani.
Amani tertawa kecil.
"Lambert lagi,Mel." Jawab Amani.
"Eleh,ingat aku tak tau ke? Kau masih sayangkan Zaiful kan?" Tanya Melly.
Amani membuat roller eyes.
"Apa-apa je lah,Mel. Asalkan kau bahagia."
Melly menggelengkan kepalanya.
"Eee perangai korang ni dua kali lima je. Bila dah kantoi tak nak mengaku. Pastu mengelak."
Amani menggeleng perlahan.
"Ya lah,Mel. Teruskan berangan ya." Jawab Amani.
Melly mencebik.
"Alah,apa lah salahnya kalau korang berdua getback balik. Musuh dah tak ada. Korang boleh lah happy semula."
Suapan Amani terhenti. Serta merta riak wajahnya berubah.
"Oops!" Melly menekup mulutnya.
"Wey,sorry. A-aku tak sepatutnya cakap macam tu tadi." Melly menepuk mulutnya.
Stupid mouth.
Amani menggeleng.
"Mel,aku nak tanya kau sesuatu boleh?" Amani memperlahankan suaranya.
Melly mengangkat keningnya.
"Apa dia?"
"Rayyan dah mati ke?"
Vote and comment!

YOU ARE READING
Cinta Kita✔️
RomanceCinta... Ya,itulah yang dirasakan oleh Zafirul Ashraf dan Amani Syakira. "Tunggu abang balik ya?" - Zafirul Ashraf "Walau apa pun terjadi,Amani akan tetap tunggu abang." - Amani Syakira Akibat satu tragedi hitam,segalanya berubah. "Kononnya abang hi...