Ini bukan mimpi tetapi realiti. Amani sudah menjejakkan kaki ke bumi Paris. Dia meliarkan matanya ke seluruh lapangan terbang. Perasaan teruja mula dirasai. Maklumlah,tak pernah pergi Paris.
Namun,perasaan terujanya terus hilang apabila mendapati Zaiful sudah berjalan jauh dihadapannya. Amani tergopoh-gapah menarik bagasinya.
"Eh,tunggu!" Jerit Amani.
Zaiful mengendahkan Amani dan terus berjalan ke arah keretanya.
Amani memasukkan bagasinya ke dalam bonet dan cepat-cepat masuk ke dalam kereta.
"Hmm,jalan lah lambat-lambat lagi." Sindir Zaiful sambil menghidupkan enjin kereta.
Amani mencebik dan memeluk tubuhnya.
Zaiful memandang Amani sekilas dan menggelengkan kepalanya. Perangai langsung tak berubah.
Zaiful memulakan perjalanannya ke hotel. Dari dalam kereta,Amani sudah teruja apabila dia dapat melihat Menara Eiffel.
"Eiffel Tower!" Gumam Amani perlahan.
"Nak pergi ke?" Tanya Zaiful apabila dia mendengar Amani menyebut nama menara terkemuka di situ.
Amani mengangguk laju. Zaiful menghela nafas panjang lalu dia melihat Amani sekilas.
Amani telah merapatkan kedua-dua tangannya. Please...
Zaiful melihat jam tangannya lalu dia mengangguk perlahan.
Amani terjerit kecil.
Eiffel Tower,I'm coming!
AMANI berlari laju ke arah Eiffel Tower.
"Eiffel Tower!!" Amani menjerit teruja.
Zaiful menggelengkan kepalanya.
Tiba-tiba,Amani menyerahkan telefon pintarnya kepada Zaiful.
"Tolong ambilkan gambar." Kata Amani.
Zaiful mengeluh lalu mengangguk.
Zaiful membuat muka terpaksa. Dia menangkap gambar Amani yang sudah menggayakan pelbagai gaya di hadapan Menara Eiffel itu.
Zaiful tersenyum kecil apabila Amani membuat gaya dan mimik muka yang kelakar.
Tidak lama kemudian,Amani berlari anak ke arah Zaiful.
Amani tergelak sendiri melihat gaya-gayanya yang gedik dan kelakar. Adoi,rasa nak tanam je muka kat dalam tanah.
"Dah lah,jom check in hotel." Ajak Zaiful.
"Alah,nak naik menara tu." Amani mencebik.
Zaiful memandang Menara Eiffel itu. k
Kemudian,dia memandang Amani semula."Malam nanti lah." Kata Zaiful perlahan.
Amani mengerutkan keningnya.
"Apa dia?"
Zaiful menunduk sedikit untuk mengikut paras ketinggian Amani.
"Malam nanti,sayang."
Amani membulatkan matanya. Eh,apa? Sayang?
Zaiful yang tersedar akan ketelanjurannya tadi terus berdiri tegak.
"Sorry? Abang cakap apa tadi?" Tanya Amani.
"Malam nanti." Kata Zaiful dingin.
"Tak,yang belakang tu..."
"Dah lah,jom pergi hotel."
Amani mencebik. Dia mengikut langkah Zaiful.
APABILA mereka selesai mendaftar masuk ke dalam hotel,mereka mendapatkan bilik masing-masing. Kebetulan,bilik Amani berhadapan dengan bilik Zaiful.
Sebelum Amani masuk ke dalam biliknya,Zaiful menyerahkan satu beg kertas kepada Amani.
"Apa benda ni?" Tanya Amani.
"Aku nak malam nanti kau pakai benda tu."
Tanpa berfikir panjang,dia mengangguk perlahan.
Amani menarik bagasinya masuk ke dalam bilik. Dia mengunci pintu biliknya dan menghempaskan dirinya di atas katil.
"Selesanya katil ni." Gumam Amani sambil memejamkan matanya.
Tidak lama kemudian,dia bangun dari pembaringannya dan terus mengeluarkan isi beg kertas yang diberikan Zaiful sebentar tadi.
Tudung dan dress?
Amani mengangkat bahunya. Dah orang tu suruh pakai malam nanti,pakai je lah.
Kemudian,Amani terus bersiap kerana matahari sudah mulai terbenam.
BUNYI loceng membuatkan pergerakan Amani terhenti. Itu pasti Zaiful!
"Kejap!" Amani mengambil beg tangannya.
Apabila Amani membuka pintu,terpampang wajah Zaiful di hadapannya.
Mereka berdua seakan terpesona apabila melihat antara satu sama lain.
Zaiful kelihatan lebih kacak apabila memakai suit secara lengkap.
Amani pula kelihatan lebih cantik apabila memakai dress putih bercorak bunga serta shawl putih berkain satin pemberian Zaiful.
Zaiful berdehem. Amani tersentak daripada lamunannya.
Aik,aku seorang je ke yang berangan? Desis hati Amani.
Keadaan menjadi janggal seketika.
"So,kita nak pergi mana ni?" Tanya Amani.
"Sebenarnya aku ada dinner dengan client. Sebab tu aku suruh kau pakai baju ni."
Amani melihat dirinya sendiri.
"Ok ke Amani pakai macam ni?"
Zaiful mengangguk.
"Dah,jom gerak." Ajak Zaiful.
Amani hanya mengikuti jejak langkah Zaiful. Kepalanya masih lagi memikirkan kejadian tadi.
Kenapa aku kuat berangan sekarang? Kalau berangan dekat depan orang lain tak apa lah juga,ni aku berangan dekat depan Zaiful! Haih,memalukan!
PIN! PIN!
Bunyi hon menyedarkan Amani daripada lamunannya. Kini,dia sudah berada di hadapan pintu kereta. Zaiful pula sudah masuk ke dalam kereta.
Astaghfirullahalazim,aku berangan lagi!
Amani masuk ke dalam kereta. Dia memandang Zaiful sekilas.
"Tahu lah aku hensem." Kata Zaiful secara tiba-tiba.
Amani mengerutkan keningnya.
"Kenapa abang cakap macam tu?"
"Ye lah,kau daripada tadi tenung aku"
Amani membulatkan matanya. Dia mengalihkan pandangannya ke luar.
Kau ni memalukan lah,Amani!
Vote and comment!
![](https://img.wattpad.com/cover/282926191-288-k342823.jpg)
YOU ARE READING
Cinta Kita✔️
RomanceCinta... Ya,itulah yang dirasakan oleh Zafirul Ashraf dan Amani Syakira. "Tunggu abang balik ya?" - Zafirul Ashraf "Walau apa pun terjadi,Amani akan tetap tunggu abang." - Amani Syakira Akibat satu tragedi hitam,segalanya berubah. "Kononnya abang hi...