Bab 24 - 𝓐𝓴𝓾 𝓒𝓲𝓷𝓽𝓪𝓴𝓪𝓷 𝓚𝓪𝓾

118 12 2
                                    

"Kau buat apa kat sini?"

Zara duduk di kerusi berhadapan dengan Rayyan. Dia merenung wajah Rayyan.

"Apa kau nak?" Rayyan bersuara apabila Zara merenung wajahnya lama.

Zara mengeluarkan sebuah sampul surat coklat bersaiz A4 ke atas meja pejabat Rayyan.

Rayyan mengambil sampul surat itu dan membukanya.

Surat Persetujuan Pemindahan Aset
ZF Holdings - RayHar Holdings

"Kau betul-betul buat Zara?" Rayyan tersenyum sinis.

"Kau dah janji nak bagi aku separuh kan? Gila tak nak? Zaiful tu dah lah kaya raya. Duit berkepuk-kepuk. Sekali petik,ada RM100 000 kat tangan."

Rayyan tersenyum sinis.

"Mana kau dapat cap jari dia?"

"Aku ambil masa dia tidur. Nasib baik,dia tak sedar."

Rayyan mengangguk.

"Aku dah suruh pihak mahkamah bagitau Zaiful pasal benda ni."

Rayyan tersenyum sinis.

"Tak lama lagi,mesti kau akan dapat Amani dan aku akan dapat Zaiful semula." Kata Zara.

Rayyan dan Zara tergelak sinis.

Melly kembali kepada realiti. Terngiang-ngiang perbualan di antara Rayyan dan Zara pagi tadi.

Melly mengambil telefon pintarnya dan mendail nombor Amani.

"Helo?" Amani mengangkat panggilan.

"Helo,Amani."

"Melly..." Lirih suara Amani.

"Amani,kau ok?"

"Melly,Zaiful dah bankrupt"

Melly tersentak.

"Kau tahu siapa yang beli semua aset Zaiful?"

Amani menelan air liurnya. Matanya terasa hangat kerana air matanya mula berkumpul di kelopak matanya.

"Kau mesti tau kan?"

"Amani,sumpah aku baru tau tentang ni. Aku terdengar perbualan Zara dengan Rayyan pagi tadi. Aku tak tau kenapa Rayyan berubah sampai macam tu sekali. Aku tak tau apa-apa,Amani." Lirih suara Melly.

Rasa serba salah mula menyelubungi diri Melly.

Amani mematikan panggilan.

Melly melihat skrin hitam telefonnya. Dia meraupkan mukanya.

SAMPAI sahaja di pejabat,Melly terus meluru ke arah bilik Rayyan. Dia terus membuka pintu bilik pejabat Rayyan.

"Rayyan!" Jerit Melly.

Rayyan terkejut. Dia melihat muka Melly yang tegang di muka pintu pejabatnya.

"Kenapa?" Tanya Rayyan selamba.

"Kenapa? Kau tanya aku kenapa?!" Keras suara Melly. Dia mendekati Rayyan.

"Kau ni kenapa?" Rayyan masih lagi berlakon seperti orang yang tidak tahu apa-apa.

"Stop acting in front of me,Rayyan!"

Rayyan mengerutkan dahinya.

"Kau jangan ingat aku tak tau,Ray! Kau ambil semua harta Zaiful,kan?!"

Rayyan meletakkan pen yang di pegangnya.

"Baru tau ke?" Kata Rayyan selamba sambil memandang tepat muka Melly yang berada disisinya.

"Kau tau tak?! Disebabkan perbuatan bodoh kau tu! Amani dah tak nak angkat call daripada aku!"

"So? Apa kena mengena dengan aku?" Tanya Rayyan.

Eh,ada juga yang kena pijak ni kang! Desis hati Melly.

"Bodoh! Kau tau tak disebabkan dendam bodoh kau tu! Persahabatan kita berantakan!"

Tiba-tiba,Rayyan tergelak sinis.

"Kita? Sahabat? Kalau betul kita sahabat,mesti takkan ada yang akan rampas hak aku." Rayyan menekan perkataan sahabat itu.

"Ray,move on! Itu masa lalu! Kisah kau dengan Amani dah lama tamat! KAU KENA TERIMA YANG AMANI TU DAH TAK CINTAKAN KAU!" Jerkah Melly.

"AKU TAK KISAH LAH,MEL!" Balas Rayyan dengan jerkahan.

"Ray..." Lirih suara Melly.

"Boleh tak jangan selfish?" Jeda.

"Kalau kau ambil harta Zaiful sekalipun,Amani takkan datang balik dekat kau. KAU KENA SEDAR BENDA TU,RAY!!"

Rayyan terdiam.

"Boleh tak kau jangan jadi bodoh hanya kerana dendam. Kau ingat kalau kau berdendam,hidup kau akan bertambah tenang?"

"Aku buat semua ni sebab aku terlampau cintakan Amani,Mel." Lirih suara Rayyan.

"Ini bukan caranya,Ray!"

"Ini je caranya,Mel! Aku tau Amani cintakan Zaiful disebabkan harta! Aku tau,Mel!"

"Kalau macam tu kau dengan Zara sama je,Ray. Hati kau busuk. Busuk sangat-sangat."

Melly mula melangkah keluar.

"Tolonglah jangan fikir pasal diri kau je,fikir jugak pasal orang lain. Fikir pasal aku,Ray!"

Rayyan terdiam.

"Aku tak ada sesiapa selain korang bertiga. Korang je lah keluarga aku,sahabat aku..." Jeda.

"Dan kau Ray,aku cintakan kau." Lirih suara Melly.

Rayyan tersentak.

"Tapi kau dah hancurkan cinta aku yang baru je tumbuh untuk kau,Ray."











Vote and comment!




Cinta Kita✔️Where stories live. Discover now