Bab 50 - 𝓒𝓾𝓵𝓲𝓴 II

172 20 1
                                    

Zaiful membuka matanya. Dia terbaring di suatu tempat yang sangat cantik dan tidak pernah dilihatnya. Dia bangun dari pembaringannya.

"Aku kat mana ni?"

Zaiful menggosokkan matanya.

Tiba-tiba,dia terlihat dua orang wanita sedang bergelak tawa tidak jauh daripadanya. Dia memerhati dua wanita itu.

Mereka berdua semakin dekat dirinya. Apabila mereka berdua sudah berada di hadapannya,barulah dia dapat melihat wajah dua wanita itu.

Amani dan...

"Melly?!" Zaiful terkejut.

Melly tersenyum.

Tanpa Zaiful sedari,air matanya mengalir perlahan-lahan.

"Mel..." Panggil Zaiful.

Kemudian,Melly memusingkan badannya ke belakang dan berjalan meninggalkan dirinya dan Amani.

Amani memandang Zaiful. Zaiful juga memandang Amani.

"Amani!" Suara Melly menyentakkan mereka berdua.

Amani memandang Zaiful dengan wajah cemas.

"Amani..." Panggil Zaiful.

Amani melangkah menghampiri Melly.

"Amani..." Zaiful memegang lengan Amani lalu menggeleng. Mukanya sudah basah dengan air mata.

Amani meleraikan tangan Zaiful dan terus berlari.

"Amani!" Zaiful tersedar dari lenanya.

Nafasnya tidak teratur.

"Astaghfirullahalazim." Zaiful meraupkan mukanya.

Mukanya juga basah dengan air mata. Dia menangis?

Petanda apakah tadi?

Amani akan tinggalkan dia? Ya,itu yang dia hendak. Tetapi,dia tak nak Amani mati.

Zaiful menghela nafas panjang. Mungkin itu mimpi buruk? Ya,itu mimpi buruk.

Amani takkan mati.

MEJA makan itu sepi. Tiada sesiapa yang berada di dapur dan meja makan. Jadi,Amani mengambil sebungkus roti beserta kaya.

Dua keping roti dimasukkan ke dalam mesin pembakar roti. Sementara menunggu roti itu siap dibakar,Amani termenung seketika.

Siapa pembunuh Melly?

Soalan itu berlegar di kepalanya semenjak semalam. Selepas sahaja dia bergaduh dengan Zaiful,dia terus mengelak daripada berjumpa dengan Zaiful.

Bunyi deheman menyedarkan Amani ke alam realiti. Kelihatan Zaiful sudah berada di hadapannya.

Keadaan menjadi kekok. Amani tidak memandang wajah Zaiful malah dia memandang mesin pembakar roti.

Mesin itu lebih menarik daripada wajah Zaiful.

Zaiful berdehem sekali lagi.

Nak apa dia ni?! Desis hati Amani.

Amani memandang wajah Zaiful sekilas.

"Aku nak minta maaf." Kata Zaiful secara tiba-tiba.

Amani juga terkejut dengan permohonan maaf Zaiful itu. Dia memandang wajah Zaiful.

"Kenapa awak nak minta maaf? Awak tak ada buat apa-apa salah pun." Balas Amani acuh tak acuh.

Zaiful diam.

Amani membuat roller eyes tapi baguslah dia dah minta maaf.

Ting!

Bunyi pembakar roti memecahkan suasana. Amani mengambil kedua-dua roti dan menyapukan kaya di atasnya.

Sekeping roti yang sudah disapu kaya itu diberikan kepada Zaiful. Marah macam mana pun kena utamakan suami.

Zaiful mengambil roti itu dan menyuapkannya ke dalam mulut.

Amani memandang Zaiful. Hatinya membisikkan sesuatu. Kalau tak maafkan,berdosa. Kau nak jadi isteri derhaka ke?

Astaghfirullahalazim.

Amani menghela nafas panjang.

"Yelah,saya maafkan awak."

Zaiful tersenyum kecil. Lega.

PRANG!!

Bunyi pecahan pasu mengejutkan Zaiful dan Amani.

Amani terus berlari ke pintu utama rumahnya. Pintu rumahnya sudah terbuka. Tiba-tiba,terdapat satu tangan yang menekup mulutnya. Amani meronta. Namun,kepalanya semakin pening dan matanya semakin memberat.

Dunianya gelap.

Zaiful yang mendengar suara rontaan Amani sebentar tadi terus menolak kerusi rodanya ke ruang tamu rumahnya. Kelihatan Amani sedang diangkat oleh seorang lelaki berbaju hitam.

"Woi!"

Zaiful mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mendail nombor seseorang.

"Tolong! Isteri aku kena culik!"














Just a short update ')
Vote and comment!


























Cinta Kita✔️Where stories live. Discover now