"Tinggalkan Zaiful,hidup dengan aku."
Rayyan memecahkan kecanggungan di antara dia dan Amani.
Amani tergelak kecil.
"Kau suruh aku tinggalkan Zaiful dan hidup dengan syaitan macam kau?" Amani tersenyum sinis.
Rayyan meraupkan mukanya.
"Tolong lah,Amani! Zaiful dah tak ada apa-apa! Zaiful dah lupakan kau! Dia dah banyak seksa dan sakitkan hati kau! Dia dah duakan kau! Kenapa kau masih nak kejar cinta dia?!" Bentak Rayyan.
Amani tersenyum pahit.
"Biar lah aku terseksa kejar cinta dia. Takde kena mengena dengan kau pun."
"Kenapa kau nak seksa diri kau?"
"Sebab aku cintakan Zaiful."
"Cinta tu buta,Rayyan. Walaupun dia dah banyak buat kesalahan tapi aku tetap cinta dan sayangkan dia!" Sambung Amani dengan tegas.
Rayyan tergelak sinis.
"Tapi kenapa dengan aku,kau tak macam ni?"
"Macam apa? Kau memang dah rancang untuk belot harta ayah aku kan?!"
"What is the proof,Amani?"
"Now!" Bentak Amani.
"Kau belot semua harta Zaiful,Ray! Itu buktinya. Kau bunuh ibu dengan ayah aku! Kau hancurkan semuanya,Ray!" Sambung Amani.
"Aku tak bunuh ibu dan ayah kau,Amani!"
"Habistu siapa? Zara? Kalau kau nak tau,Zara dengan kau sama je! Dua-dua syaitan yang bertopengkan manusia!"
Rayyan mengangkat tangannya. Dia ingin menampar Amani.
"Kau nak tampar aku? Tampar lah!" Provok Amani.
PANG!
Bibir Amani pecah. Darah mula mengalir di tepi mulutnya. Rayyan tergamam.
"Aku ingatkan kau dah berubah,Rayyan. Tapi kau langsung tak berubah! Aku bencikan kau! Aku takkan maafkan segala perbuatan kau sampai aku mati!" Bentak Amani lalu meninggalkan Rayyan keseorangan di taman rekreasi itu.
Rayyan meraupkan mukanya. Dia mengenggam tangannya kuat sehingga menimbulkan urat-urat tangannya.
"ARGHHHHH!!!!!" Jerit Rayyan.
AMANI berlari masuk ke dalam rumah sambil menangis teresak-esak. Dia menghempaskan pintu bilik dan menguncinya.
"Amani!" Panggil Arissa sambil mengetuk pintu.
Zaiful yang baru sahaja masuk ke dalam rumah mengerutkan keningnya.
"Kak,kenapa ni?"
"Amani. Dia balik tadi,dia nangis. Lepastu pipi dia merah."
Zaiful mengerutkan keningnya.
"Takpe,biar Zaiful pujuk dia."
Zaiful mengetuk pintu.
"Amani." Panggil Zaiful lembut.
"Amani open the door,please?"
Tiada respon.
"Kak,ada kunci pintu bilik ni?"
"Ada." Arissa berlari anak menuju ke sebuah almari.
Apabila Arissa telah mendapatkan kunci bilik itu,Zaiful terus memasukkan kunci ke dalam tombol pintu.
"Amani." Panggil Zaiful lembut.
Zaiful menghampiri Amani. Amani sedang menangis sambil memeluk lututnya di atas katil.
"Amani." Zaiful memegang kedua-kedua lengan Amani.
Dia memeluk Amani.
"Hey,what's wrong?"
Amani menggeleng.
"Don't lie to me,love."
Amani mengangkat kepalanya. Zaiful melihat darah yang mengalir di dagu Amani.
Zaiful tersentak.
"Who did this to you?!" Keras suara Zaiful.
Amani menggeleng. Dia menyembamkan mukanya ke dada Zaiful.
"Tell me,Amani." Kata Zaiful lembut.
"R-Rayyan." Amani semakin kuat menghamburkan tangisnya.
Zaiful mengerutkan dahinya.
"Rayyan?" Tanya Zaiful perlahan.
"Dia buat apa datang sini?" Suara Zaiful keras.
Tiba-tiba,tangisan Amani terhenti.
"Z-Zaiful." Amani mengangkat mukanya.
"Dia buat apa datang sini?" Zaiful menikam tajam anak mata Amani. Rahangnya diketap kuat. Amarahnya sedang cuba ditahan.
"D-dia..." Amani gerun.
"Dia apa?!" Bentak Zaiful.
"Dia jumpa Amani s-sebab dia nakkan Amani semula." Amani terlepas cakap. Dia cepat-cepat menekup mulutnya.
"Dia suruh you tinggalkan I?"
Amani terpaksa mengangguk.
"T-tapi Amani takkan tinggalkan abang." Lirih Amani.
Zaiful mengetap bawah bibirnya. Dia menghela nafas berat dan memejamkan matanya.
"Pergi lah,Amani."
Amani memandang Zaiful. Keningnya dikerutkan.
"No!" Amani mengetatkan pelukannya.
"Just go,Amani. Dia ada segala-galanya."
"Tak! Takkan!" Tegas Amani.
"Please,Amani. I tak nak seksa you."
"Amani akan lebih terseksa kalau Amani tinggalkan abang!"
"Ni semua salah I,Amani!" Bentak Zaiful.
Amani memandang muka Zaiful.
"Rayyan jadi macam tu sebab I." Lirih Zaiful.
Amani tergamam.
"D-dia tak ada niat pun nak belot semua harta ayah you. Dia tak salah. I fitnah dia. I fitnah dia sebab I nak dia tinggalkan you."
Amani menolak perlahan badan Zaiful.
"No! A-abang tipu je kan? Amani tau abang tak jahat."
"Sebenarnya I tak hilang ingatan,Amani."
Vote and comment!
![](https://img.wattpad.com/cover/282926191-288-k342823.jpg)
YOU ARE READING
Cinta Kita✔️
RomanceCinta... Ya,itulah yang dirasakan oleh Zafirul Ashraf dan Amani Syakira. "Tunggu abang balik ya?" - Zafirul Ashraf "Walau apa pun terjadi,Amani akan tetap tunggu abang." - Amani Syakira Akibat satu tragedi hitam,segalanya berubah. "Kononnya abang hi...