PROLOGUE
Dia adalah penyelamat aku.
Hidup dalam dunia yang lemah hanya akan menjadi mangsa kepada yang kuat. Di buli, di pukul, bahkan di buat sesuka hati. Hanya kerana orangnya lemah, mereka berani menganiaya.
Aku tak mahu hidup dalam dunia penuh dengan kelemahan dan menjadi kuli kepada orang-orang jahat.
Mereka tidak tahu apa erti sebuah sakit, sedih dan perit. Yang mereka tahu hanyalah kepuasan, kesenangan dan kekejaman.
Mereka berbuat kejam, tidak ada siapa berani melawan. Mereka berbuat jahat, tiada siapa berani mahu mendekat. Mereka bukan sekadar binatang, tapi setan!
-☯︎--☯︎--☯︎-
" Kau ni tak layak di pijak je la ! " kata si lelaki agak tinggi daripada dua orang budak lelaki itu.
Mereka selalu saja mengganggu para pelajar lain. Mereka di gelar dengan nama kumpulan 'Triple Bad'. Mereka jahat? Ya, sama persis seperti nama kumpulan mereka.
Ini bukan kisah mafia. Bukan kisah psiko. Tapi ini kisah Hans Samien yang merupakan anak lelaki kacukkan inggeris + melayu.
Hans Samien.
Ayahnya asal daripada United States, yang bernama Rainer Hazie.
Ibunya pula berasal daripada Malaysia, yang bernama Tania.Hans Samien adalah anak yang baik dan pintar dalam akademik. Tidak kurang juga dengan wajahnya yang tampan, di tambah pula warna matanya yang unik; berwarna coklat dan biru.
Namun, di sebalik ketampanan, kepandaian dan kebaikan diri seorang Hans Samien, dia adalah lelaki yang lemah yang kerap menjadi mangsa buli.
" Kau siapkan kerja rumah kitorang ni . Dan pastikan jangan ada yang salah . You understand mamat ! " kata Brandon.
Brandon.
Ketua geng kumpulan Triple Bad.
Selalu mendapat reputasi yang teruk dan selalu membuat masalah disiplin. Dia tidak di buang daripada sekolah kerana emaknya merupakan cikgu disiplin , yang mana emaknya sendiri berani membuang kes anaknya. Huh!Mereka tertawa.
" Mamat ! HAHAHA ! " mereka bertiga tertawa.
Hans hanya mampu menunduk menahan air matanya yang sudah bergenang di tubir mata. Siapa kata lelaki tak boleh nangis? Tiada siapa cakap. Siapa kata lelaki senang nangis? Tak ramai, dan salah satunya adalah Hans.
" Aduhai mamat ni . Dah la dengan mata cacat dia tu puih ! Rasa macam nak korek je biji mata dia ! " kata Brandon.
" Itu la ! Berlagak pula speaking melayu bagai . Ek eleh ! " kata Faez pula.
" Haah doh . Weh , apa kata kita suruh dia buat kerja lebih sikit . Kan ? Amacam ? " ujar Azhar.
Brandon mengangguk tanda setuju.
" Idea yang bagus ! " puji Brandon. Dia tersenyum miring memandang Hans. Ini kali, mereka harus beri dia pelajaran!
-☯︎-
Hans terbatuk-batuk, dengan baju yang habis basah itu dia merangkak keluar daripada tandas.
" Weh , tu Hans ! " tunjuk Que.
Quezan.
Seorang lelaki tapi lembut. Dia adalah kawan sekelas kepada Hans. Dan juga mangsa buli kepada Brandon dengan gengnya.Quezan dan Adi berlari menuju ke arah Hans.
Adika ataupun Adi.
Lelaki. Berketinggian 174cm. Dia ini juga kawan sekelas kepada Hans. Dan Adi seorang pengawas." Weh , kau okey tak ni ? " soal Que pada Hans.
Hans sudah menggeleng. Tiba-tiba saja dia merasa mual kemudian termuntah di lantai. Que dan Adi membuat muka jijik. Hampir saja mereka ikut muntah.
" Kalini apa pula diorang buat ? " tanya Adi.
" Diorang paksa aku minum air tandas " Hans memberitahu. Dan kali ini Que pula yang berlari masuk ke tandas, dia termuntah ke singki.
Adi menggeleng dengan ekspresi muka jijiknya itu. Dia menahan nafas kerana badan Hans sudah habis basah dengan air tandas. Adi membawa Hans pergi dari situ. Que yang sudah mecuci mulut dan membersihkan muntahnya itu terus membuntuti mereka.
-☯︎-
" Cikgu ! Anak cikgu dah melampau tau tak ! " bentak Adi kepada Cikgu Maria.
Cikgu Maria adalah guru disiplin, dan emak kepada Brandon si tak guna itu.
Cikgu Maria yang mendengar aduan dari Adi itu hanya berlagak biasa. Dia tidak peduli dengan semua hal itu.
" Cikgu boleh tak buat sesuatu ? " kata Que pula.
" Itu bukan masalah cikgu . Sekarang ni kamu berdua dah buat kesalahan tau tak ! Satu , kamu bawa kawan kamu yang busuk ni masuk ke dalam bilik disiplin dan kedua , kamu berani naikkan suara dengan cikgu ! "
PAK
Rotan di hempas ke meja. Terhinjut bahu Que dan Adi bila Cikgu Maria buat begitu. Cikgu Maria menjeling. Dia tidak kisah dengan apa yang mahu anaknya lakukan di sekolah ini.
Adi dan Que memapah Hans pergi daripada bilik disiplin. Tak guna mereka report itu ini. Keputusannya tetap sama, Cikgu Maria pasti akan membela anaknya yang tak guna itu.
" Kau bersabar je la Hans . Cikgu Maria tu dah sewel agaknya , anak yang berperangai tu pun dia masih nak bela " kata Que .
" Itu la pasal . Aku pun bingung dengan cikgu tu ha . Nak komen itu ini pun kita kena balik " keluh Adi.
Hans hanya mendiamkan diri. Dia sendiri tidak tahu macam mana dengan hidupnya ini. Tinggal setahun lagi dia mahu mengakhiri pembelajarannya di sini. Dia tidak mahulah berpindah lagi.
Pindah lagi? Ya, sudah dua kali Hans pindah kerana tidak tahan asyik di buli. Dan Hans tidak pernah bayangkan yang sekolah ini adalah yang paling teruk!
" Aku harap aku boleh ubah semua ni . . . " ucap Hans. Dia memang mahu semua hal ini berhenti.
Tapi bila? Dan sampai bila dia perlu tunggu...?
©nurshyn
Maafkan author kerana banyak kesilapan, kesalahan dan keter-typoan. Maaf ya. Vote dan komen ❤.
(√) edited* on 291021 : hanya blurb yang ditukar. TQ!
YOU ARE READING
KNIGHT PRINCESS ✅️
Teen Fiction[ 09 | COMPLETE teenfiction - short ] *unedited* Ini kisah tentang Hans, si mangsa buli. Berjumpa dengan Elly, untuk meminta pertolongan. Mampukah Hans terus bertahan? start: 3.SEPTEMBER.2021 end: 8.SEPTEMBER.2021 ©nurshyn